Aku solat subuh secara berjemaah pagi tu. Muka aku sepagian pink sahaja. Malu berbakul-bakul dengan suamiku dengan kejadian malam tadi. Dia pula tak habis mengusikku.
Dan apa yang memeranjatkan aku. Dia sangat sweet dan romantik sebenarnya. Dan juga manja. Hehehe.
“Sementara ada masa yang terluang ni, abang nak kita sentiasa banyak melakukan aktiviti bersama. Jangan fikir lain pulak tau”
Huaaa. Dia kenakan aku lagi. Muka aku dah tak tahu nak sorok mana.
“Maksud abang, solat Jemaah bersama, mengaji bersama, makan bersama, semualah bersama. Yelah. Masa kita tak banyak. Abang dah nak ke Mesir dah hujung bulan depan. Sayang pun dah start sem baru nanti.”
Aku sekadar mengangguk.
“Kenapalah susah sangat nak dengar suara bidadari abang ni. Bukan sayang suka bercerita ke? Ni diam je.”
Aku malu sebenarnya. Serius malu. Dia menarikku ke dalam pelukannya.
“Sayang tak bahagia ke?”
Aku menggeleng laju. Mahu kau tak bahagia. Hati aku berbunga-bunga. Kalau dekat taman, dah nampak jalan, bunga je penuh.
“Dah tu kenapa?” Dia menyoalku.
“Malu”
Jawab ku pendek menggunakan suara halusku.
Dia tergelak.
“Tak habis dengan malu dia tu. Dari awal dulu malunya. Habis tu abang nak berbual dengan siapa kalau sayang malu?”
Aku diam. Tapi aku mengeratkan pelukanku. Sejujurnya ada satu soalan yang bermain di fikiranku sejak kami di ijab kabulkan. Kenapa dia memilih aku. Walaupun terang-terang kakcik menolaknya, dia tidak perlu memilih aku. Aku berdehem-dehem sebelum memulakan bicara. Aku merenggangkan pelukanku dan mendongak memandang tepat ke bola matanya. Eee. Tengok mata pun aku dah angau. Teruk penyakit aku ni.
“Abang..” Aku bersuara.
“Hurmm.” Dia menjawab pendek.
“Qaisara nak tanya sesuatu boleh?”
Aku meminta izin darinya terlebih dahulu.
“Hurmm.”
Dia menjawab pendek. Aku rasa dia sengaja memberi ruang untuk aku banyakkan bersuara.
“Kenapa Qaisara?”
Dia yang ralet membelai rambutku, memberhentikan terus perbuatannya.
“Maksud sayang?” Dia meminta soalan yang lebih jelas daripadaku.
“Kenapa pilih Qaisara?”
Aku berterus terang. Dia tersenyum. Manis sekali. Semua menjadi milikku. Matanya yang redup. Senyumannya yang menghangatkan jiwaku. Wajahnya yang jernih. Kasih sayangnya. Aku bahagia.
“Sebab walaupun Qaisara tahu, Qaisara sangat cantik, tapi Qaisara tak pernah layan lelaki. Qaisara tahu jaga maruah diri. Walaupun adalah sikit nakalnya.” Dia mencuit hidungku.
“Korek dari alonglah tu.” Tebakku. Dia tergelak.
“Ialah. Korek dari alonglah. Nak korek dari siapa lagi. Banyak ea koleksi number telefon yang admirer sayang.”
Kali ini aku pula tergelak. Pasti along menunjukkan koleksi number telefon yang aku berikan pada dia.
“Takkan tu je” Soalku lagi.
“Sebab yang utama abang pilih sayang, adalah kerana Allah. Sebab abang nak bimbing sayang. Abang terlanjur sayangkan ummi dan walid, dan abang harap ada sesuatu yang dapat mengeratkan hubungan kami.” Dia diam tiba-tiba.
“Dan bila abang nampak sayang, dengan style apa entah, abang rasa terpanggil untuk mendekati sayang dan mengubah sayang. Tapi dengan cara yang betul. Tak sangka sedikit sebanyak sayang dah berubah terlebih dahulu. Abang bersyukur sangat.”
Dia bangun, lantas menghulurkan tangannya, agar aku turut bangun bersama. Dia memimpinku dan membawa ke satu bilik. Bilik bacaan personalnya. Aku kini di rumahnya. Bukan rumahku. Dia membuka satu bekas yang sederhana besar. Pelbagai jenis sampul surat ada.
“Apa ni?” Soalku.
“Kalau rindu sayang, abang teringin sekali ingin bertanya khabar melalui mesej atau pun call seperti orang lain. Tapi abang sabarkan diri abang, supaya jangan pilih jalan yang di murkai Allah.
“Jadi?” Soalku lagi.
“Abang menulis surat cinta untuk sayang, dan abang masukkan dalam bekas ni.” Jawabnya. Aku terdiam.
“Sayang bacalah mana-mana yang sayang nak baca. Macam-macam abang cerita dalam ni” Ceritanya.
Aku mendekati diriku kepadanya nak memeluknya. Aku tidak pernah meragui kenapa dia yang aku pilih walaupun usiaku terlalu muda.
“Abang. Qaisara cintakan abang”
Huh. Terluah juga rasa yang aku tahan dari terluah ini kerana malu. Dia membalas pelukan. Dan dia ketawa halus mendengar pengakuanku.
“Abang cintakan sayang kerana Allah.” Dia membalas.
Share this novel