Aku memandang cermin besar yang berada di hadapanku. Cuba membayangkan layakkah aku bersama insan sepertinya. Bagaikan langit dan bumi. Tiada keserasian langsung. Aku mengeluh memandang cermin. Apa yang aku nampak seperti pantulan diriku mengejek diriku kembali.
Ku buka laci meja solekku. Ku ambil surat pemberian dia. ‘untuk bakal isteriku’. Perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman.
“Kenapa kau ingin menjadikan aku bakal isteri?”
Aku bertanya kepada surat tersebut, seolah-olah surat tersebut akan menjawab soalanku.
“Kenapa kau pilih aku? Bukan dia, dan dia.”
Aku cuba mengingati ‘dia’ yang aku maksudkan, beberapa pelajar perempuan aliran Thanawi yang ku jumpai. Cantik, sopan dan insyaAllah mereka seorang yang beragama.
“Kenapa aku yang berperangai gangster dan tak semenggah ni?”
Soalku lagi. Aku membaringkan diriku di atas katil. Suratnya berada kemas di dalam genggamanku ku bawa dalam pelukanku. Walaupun begitu banyak soalan yang terlakar di mindaku, tapi bibirku tetap mengukirkan senyuman. Kerana aku bahagia!
Pintu bilikku di ketuk. Cepat-cepat aku menyorokkan surat di dalam bantal dan di tindih dengan bantal yang lain. Hehe. Aku merenggangkan sedikit daun pintu bilikku. Kelihatan kakak sedang tersenyum.
“Kakcik. Ingatkan siapalah.”
Aku memberikan keizinan pada kakakku untuk masuk ke dalam kamar tidurku.
“Adik ni sejak akhir-akhir ni selalu terperap dalam bilik je.” Kakakku bersuara.
“Tahu tak, ummi dengan walid, along, angah, ude, kakcik sampai tertanya-tanya, adik wujud ke tak lagi dalam rumah ni.”
Aku tergelak apabila kakakku merungut melihat kepada perubahanku.
“Adik ada masalah ke?”
Soal kakakku. Aku menggelengkan kepala laju. Masalah apanya. Tengah bahagia ni tau!
“Dah tu kenapa?”
Aku melangkah ke pintu dan menutupnya serta menguncikannya. Aku kembali kepada kakakku. Perlahan-lahan aku menarik bantal yang aku letakkan surat dalamnya, dan aku berikan kepada kakak.
“Muhammad Fakhrul Radzi?” Aku mengangguk.
“Dia ni sekelas dengan kakcik dekat sekolah.”
Aku membulatkan mataku. Betulkah? Kenapalah aku bersusah payah cari, padahal aku boleh tanya kakakku. Eh. Ha’ahkan. Baru hari ni aku nak bocorkan rahsia hati. Padanlah baru hari ni aku tahu.
“Amboi-amboi. Mengorat adik aku Nampak.”
Kakak menyambung bebelannya. Aku hanya diam.
“Macam mana dia kenal adik ea?”
Aku bertanya pada kakakku. Dia seperti sedang berfikir.
“Haa!”
Kakakku bersuara dan aku pula teruja.
“Tak tahu. Hehehe.”
Ceh! Sempat lagi dia berlawak dengan aku. Hampeh!
“Seriuslah kakcik.”
Aku membuat suara tidak puas hati pada kakakku.
“Seriuslah. Kakcik tak tahu. Mana tahu dia terserempak dengan adik kat mana-mana ke.”
Jawab kakak acuh tak acuh.
“Dia ni macam mana ea orangnya?”
Aku bertanya. Sekadar ingin mengetahui sifatnya. Kakakku menayangkan senyuman nakal kepadaku. Aku hanya mencebik. Fikir lainlah tu! Eh. Apa lainnya. Hehehe.
“Kalau nak jadi adik ipar kakcik, akak bagi 1 juta bintang kat langit tu tau.”
Aku membulatkan mata ku. Sampai begitu sekalikah bagusnya dia? Kakakku tersenyum.
“Dia ni luar biasa tau. Kesayangan ustaz dan ustazah kat sekolah tu. Kesayangan semua pelajar kat sekolah tu yang beraliran Thanawi. Ibarat mutiara yang berharga.” Kakakku menambah.
“Tapi.”
Ah. Ni yang aku tak suka ni. Ada tapi pulak.
“Tapi apa kakcik?” Soalku separuh mendesak.
“1 juta kat langit tu macam tak layak pulak di berikan pada adik. Hehehehe”
Kakakku memerliku. Aku terasa hati. Teruk sangatkah aku? Tak layakkah aku berdampingan dengan dia.
“Alolololo. Adik manja mucuk kakcik ni merajuk.”
Kakakku mengusik aku. Aku mendiamkan diri. Terasa nak menangis pun ada. Eee. Benci!
“Kakcik gurau jelah. InsyaAllah, kalau adik ada niat nak berubah jadi baik, patuh perintah Allah, ikut ajaran Rasulullah, taat pada walid dengan ummi, adik layak untuk Fakhrul Radzi tu. Kalau lambat sangat, susah-susah kakcik je yang ambil.”
Kakakku mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum nakal. Ada je nak kenakan aku?
Share this novel