BAB 14

Romance Completed 15570

Cuti semester. Ah!! Akhirnya aku lega. Walaupun cuti semester ini hanya sebulan lebih, tapi aku bersyukur kerana final exam sudah lepas. Aku lega! Haha.

Sekarang aku sudah sah menjadi tunangan orang. Eh. Baru tunangan orang. Bukan isteri orang. Kami bertunang simple je. Fakhrul just hantar rombongan meminang untuk sarung cincin, dan kami sekadar buat doa selamat. Tu je.

Segala persoalanku terjawab. Fakhrul selalu bertandang ke rumahku kerana ustaz yang mengajar aliran Thanawi ingin menjodohkan dia dengan kakakku. Fakhrul sekadar bersilaturrahim terlebih dahulu dengan ummi dan walid, sebelum dia menyampaikan hasratnya.

Walid menerima hasratnya dengan senang hati, tetapi kakakku tidak mempersetujuinya. Dalam diam, kakakku sudah menunggu seseorang dan amat mencintainya.

Walau bagaimana pun, Fakhrul tidak berhenti bersilaturrahim dengan ummi dan walid apabila kakak menolaknya.

Ya. Aku tahu ada seorang lelaki, kerap kali hadir ke rumah setiap minggu. Tapi aku selalu memerap dalam bilik, setiap kali lelaki itu ada.Aku pula tidak pula bertanya apa-apa kepada ummi dan walid hal berkaitan lelaki tersebut.

Satu hari ketika aku baru balik dari lepak dengan kawan, dia menumpang solat di rumahku. Mungkin aku tidak perasan akan dirinya. Dari situ dia mula mengetahui, ummi dan walid mempunyai anak perempuan yang lain.

Dia mula merisik-risik khabar tentangku, dari guru-guruku di sekolah. Ya Allah. Malunya! Sumpah aku tak tahu apa-apa.

Oleh kerana aku yang sentiasa tidak perasan akan kewujudan dirinya, sengaja dia mencuba nasib, seperti pelajar-pelajar lelaki yang lain buat padaku, iaitu mengirimkan surat. Aku tergelak sendiri apabila mengetahuinya.

Nasib baik surat tu tak ‘gol’ terus dalam tong sampah. Dia tidak mahu tergopoh-gopoh, kerana itu dia sentiasa memberi aku ruang, dan mendidik aku dari jauh.

Owh. Aku tahu maksud jelingan tajamnya ketika aku bercakap dengan seorang pelajar lelaki, sewaktu pertama kali berjumpa dengannya. Dia cemburu. Dia sendiri mengakui perkara itu depan walid. Dia berkerja siang malam, untuk membuktikan bahawa dirinya seorang lelaki bertanggungjawab. Dia mahu segala keperluan perkahwinan aku dan dia, melalui hasil titik peluhnya. Sungguh aku terharu.

Kerana itu, tiada lagi keraguan untuk aku berkahwin dengannya, walaupun usia ku baru mencecah 19 tahun. Mudakan? Hee~

Tapi sampai sekarang aku tak pernah bertegur sapa dengan dia. Serius. Tak pernah! Aku tertanya-tanya, betulkah dia suka sama aku?

Hanya surat sebagai pengantaraan kami. Itu pun dua kali sahaja dia kirimkan surat. Selepas itu tiada langsung.

Eh ada. Dia hadiahkan aku tudung, dikirimkan pada kakak aku. Haha. Tapi aku ingin juga bertegur sapa dengan dia. Tak lah aku canggung malam pertama nanti. Erkk. Apasal awal sangat masuk bab ni?

Tok, tok, tok.. Pintu bilikku diketuk.

“Masuk”

Aku sekadar menjawab dari atas katil. Malas aku nak pergi sambut. Sudah pastinya kakak aku yang mengetuk.

“Qaisara. Pakai elok sikit. Fakhrul nak jumpa.”

Haa! Ambik kau. Nak sangat bercakapkan. Tu, Fakhrul ajak jumpa. Aku gelabah biawak dalam bilik. Blur otak aku kejap. Aku nak pakai apa ni. Takkan aku nak bersolek semua. Nak jumpa kat ruang tamu tu je. Adoii.

Aku keluar dari bilik. Aku menyarung jubah dan tudung labuh sahaja. Memandangkan aku di dalam rumah, aku tidak memakai purdah ketika itu.Di temani abang aku yang sulung, aku duduk berhadapanan dia. Aku tertunduk malu. Dia pun begitu. Abang sulung aku, kononnya sedang tengok tv. Bukan boleh aci, mata je fokus tv. Telinga fokus sini. Heh!

“Maaf ganggu Qaisara.”

Dia memulakan bicara.

“Tak apa. Ada hal penting ke?”

Aku memberanikan diri untuk bertanya.

“Tidak. Cuma abang datang sini nak tanya terus pada Qaisara, betul Qaisara terima abang, redha dengan pilihan ini, tanpa paksaan sesiapa.”

Okay. Aku gugup. Pertama sebab dia bahasakan diri dia abang. Ummii!! Adik nak panggil dia apa?? Malu!!!

Kedua dia tanya soal yang berkaitan hati dan perasaan. Kenapa mesti tanya depan-depan. SMS, email, ym? Kan banyak lagi saluran yang tidak perlu membuatkan aku berhadapan dengan dia.

“Maaf kalau abang tanya secara berhadapanan, sebab abang perlukan keyakinan melalui jawapan Qaisara sendiri di depan mata abang.”

Ish dia ni. Macam tahu je apa yang aku tengah fikir.

“Abang dah tahu jawapannya ketika Qaisara duduk di bawah pondok tempat abang mengaji dahulu.”

Oleh kerana aku tak tahan rasa malu, aku tergesa-gesa bangun masuk ke dalam bilik. Sumpah aku malu! Malu! Malu!!!! Tok, tok, tok. Pintu bilikku di ketuk. Hish. Siapalah kacau aku ni. Jangan suruh aku keluar, aku sepak siapa yang suruh.

“Nah. Fakhrul bagi. Dia dah balik.”

Kakakku memberikan surat. Aku berdebar-debar. ‘Untuk bidadariku di dunia dan di akhirat, Nur Qaisara Irdini’ Aku tersenyum membaca tiap-tiap patah ayat di sampul surat itu. Bahagia!

“Maaf meragui perasaan Qaisara. Abang bimbang Qaisara bertemu insan lain di universiti. Abang hanya sekadar inginkan kepastian. Alhamdulillah. Terima kasih mengizinkan abang masih berada di dalam hati Qaisara.

Muhammad Fakhrul Radzi”

Paling tidak aku sudah bertegur sapa dengannya. Cuti semester yang akan datang, aku akan di ijab kabulkan dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience