Aku memasuki kelas pagi itu seperti biasa. Membuka lampu, dan meletakkan beg sekolahku di atas bangku, dan meletakkan beberapa buah buku di atas meja. Perkara pertama yang aku perlu buat pagi ini ada mengemas kelas. Hari ini aku bertugas!
Aku mengambil penyapu dan menyapu setiap sudut kelas. Aku menggelengkan kepala. Sampah tak banyak. Tapi pasir yang banyak. Dah macam pasir tepi pantai! Hehe.
Kali ini tiba di barisan mejaku. Aku mendongakkan sedikit meja agar mudah untuk menyapu.
Ketika ingin menurunkan meja, tanganku terlepas memagang meja tersebut dengan kemas. Bukuku berterabur dan meja pun tumbang. Aku mengeluh kecil sambil menggelengkan kepala. Aku mengangkat semula meja untuk diletakkan di tempatnya semula.
Mataku menangkap sampul surat yang berada di dalam meja tersebut. Aku mengerutkan dahi.
“Surat lagi? Eee..Tak penat ke peminat-peminat fanatic aku ni bagi surat.”
Aku membebel ketika menarik surat tersebut keluar dari dalam meja. Bukan 1 tapi 4!
Aku ini gadis biasa sahaja. Tidaklah pelajar pandai, bukan juga pelajar yang baik dan sopan. Ada ganasnya. Cantik? Bolehlah. Mungkin sebab aku kacukan Melayu Arab, membuatkan wajahku sungguh jelita. Uwekkk. Sorry. Terpuji diri sendiri pula.
Aku melangkah ke tong sampah dan ingin membuang surat-surat yang menyemak di bawah mejaku. Aku mencampakkan surat tersebut dari jarak yang dekat. Satu surat tidak masuk.
“Aisey! First time tak masuk aku campak. Selama ni sentiasa gol!”
Aku merungut. Aku melangkah ke surat tersebut. Sampulnya di buat sendiri. Sungguh unik. Aku menebalikkan surat tersebut
‘Untuk bakal isteriku, Nur Qaisara Irdina.’
Aku membulatkan mataku. Eh? Bakal isteri??? Secara automatic aku membawa surat tersebut bersamaku. Niatku ingin membaca surat tersebut di mejaku.
Baru aku ingin membuka sampul surat tersebut,
“Qais! Kau buat apa tu ha? Dah sapu kelas belum?”
Sahabatku Nurul Izzati baru menapak masuk ke dalam kelas. Aku mematikan niatku, lantas surat tersebut aku masukkan ke dalam poket baju.
“Aaa. Aku tengah sapulah ni. Kau tak nampak ke?”
Aku menduga Izzati. Dia meletakkan begnya di atas kerusi.
“Nak aku tolong tak?”
Soal Izzati. Dia tidak pernah kedekut untuk memberi sumbangan tenaga dalam membantu. Aku sekadar menggelengkan kepala.
“Tak apa. Sikit je lagi.”
Balasku pendek. Dia sekadar tersenyum.
Aku menyambung kerjaku yang tergantung. Kotak fikiranku tidak berhenti-henti menayangkan kembali kata-kata pada sampul surat tersebut! Aduh. First time aku jadi penasaran macam ni.
“Kringggg” Loceng sekolah berbunyi, menandakan waktu belajar sesi pertama bermula.
Share this novel