BAB 6

Romance Completed 15570

“Pengirim surat tu suami Qaisara sekarang ni ke?”

Kak Daria menyoal. Aku mengukirkan senyuman di bibirku, lalu aku mengangguk. Pelik. Itu caranya aku mengenali suamiku dahulu.

Ah! Rindunya pada dia yang berada jauh dariku. Aku di sini menghabiskan pengajianku. Habis sahaja belajar nanti, aku akan menemani dia di sana. Di sisinya, di mana di situlah tempat seorang isteri sepatutnya berada.

Peritnya hanya dia dan aku sahaja yang tahu. Tapi kerana tuntutan masa depan yang lebih baik, kami terpaksa merelakan diri, hidup berjauhan biarpun masing-masing menanggung beban rindu yang dasyat.

“Sekarang suami Qaisara buat apa?” Soalnya.

“Dia dekat Mesir sekarang. Awal tahun baru ni dia pergi.”

Kak Daria mengangguk faham. Bibirku terasa murah dengan senyuman ketika ini. Mungkin kerana mengingati kenangan-kenangan indah yang pernah tercipta dahulu.

“Suami Qaisara ambil bidang apa?”

“Dia ambil Usuluddin. Dia lepasan STAM” Aku menjawab.

“Seterusnya apa yang terjadi lepas Qaisara membaca surat dia?” Kak Daria menyoalku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience