BAB 13

Romance Completed 15570

Aku duduk di bilik bersendirian. Lagi beberapa hari lagi final exam untuk semester satu.

Aku begitu rindukan dia. Sumpah sangat rindu. Aku beristighfar kerana terlalu mengikutkan kata hati ketika itu.

Mungkin dia sedang sibuk sekarang ini. Aku dengar khabar dari kakakku, Fakhrul berkerja sekarang ini sementara menunggu result STAM keluar.

Dengar katanya, siang dia bekerja sebagai kerani di syarikat swasta kawan ayah dia. Malam pula dia kerja dia restoran sampai pukul 12. Aku tak tahu kenapa dia beria-ia sekali berkerja seteruk itu, sedangkan dia mahu sambung belajar selepas ini.

Telefonku bimbitku berbunyi. Aku mencapainya.

“Hello, Assalamualaikum”

Aku memberi salam setelah menekan butang hijau.

“Waalaikumussalam. Qaisara ke ni?”

Suara di hujung talian seperti suara wanita yang sudah separuh abad. Aku teragak-agak untuk menjawab.

“Yer. Saya Qaisara. Kenapa yer? Siapa di sana?” Soal ku bertalu-talu.

“Alhamdulillah. Betul pun. Ni Mak.”

Aku terpinga-pinga. Ayah aku kahwin dua kah?

“Hahaha. Apalah mak ni. Kenalkan diri tu dulu.”

Aku mendengar suara lelaki gelak di hujung talian. Jantungku berdebar-debar.

“Maaf Qaisara. Makcik salah sebut. Ini mak Fakhrul.”

Aku rasa waktu tu, kepala aku berpusing-pusing. Jantung aku tak payah cakaplah, boleh meletup waktu tu.

“Err. Yer. Makcik.”

Aku tergagap-gagap dan otakku blank kita itu.

“Qaisara, ada lagi tak tu?”

Soal mak. Hehehehe.

“Yer mak cik. Saya masih di sini”

Aku cuba membetulkan intonasi suara ku yang tadinya seperti tersekat di kerongkong.

“Maaflah, kalau makcik ganggu kamu. Macam ni. Boleh makcik nak datang merisik kamu sabtu ni?”

Bedebuk! Telefon bimbitku jatuh. Aku terduduk. Eh. Telefon aku. Aku mengambil telefon bimbitku yang jatuh.

Fuh. Masih berfungsi.

“Hello.”

“Yer Qaisara. Qaisara okay tak? Apa yang jatuh tadi? Kuat bunyinya.”

Aku tergelak sendiri.

“Mak cik ada telefon mak Qaisara semalam. Dia suruh mak cik tanya terus pada Qaisara.”

Hish ummi ni. Tak ada ciri-ciri mempertabatkan adat melayu betul.Patut ummi tanya aku, aku jawab ya, dan ummi beritahu pada mak Fakhrul. Bukan tanya terus aku. Aku nak kata ya??? Ummiiiiiiiiiiiiiiii!!!!! Adik malu……

Aku berdehem-dehem. Apa ayat yang terbaik ketika ini.

“Macam ni lah makcik. Saya nak bincang dengan ummi dan walid saya dulu. Saya nak dengar pendapat mereka.”

Jawapan lepas diri. Padahal kalau ummi dah kata macam tu, sah-sah lampu hijau jalan terus.

“Yelah. Kalau boleh bagi jawapan sebelum khamis ni yer.”

Aku hanya mengiakan sahaja. Selesai berborak dengan mak, aku menelefon ummi pula.

“Ummi. Kenapa suruh mak Fakhrul call adik. Malu tau”

Belum sempat apa-apa, aku membebel kepada ummi.

“Waalaikumussalam.”

Zappp!! Hahaha. Kena perli dengan ummi..

“Assalamualaikum ummi.”

Aku bersuara lembut.

“Waalaikumussalam.”

Lepastu apa lagi. Berdas-das tembakan aku berikan. Haha.

“Yelah. Nanti ummi yang call mak Fakhrul bagitahu Qaisara setuju.”

Alhamdulillah. Lega rasa hatiku. Eh. Mana ummi kenal Fakhrul ea. Kenapa ummi terus setuju bincang dengan mak Fakhrul. Eh. Kenapa baru sekarang aku baru fikir?

“Ummi kenal Fakhrul?” Soalku.

“Lahh. Apa tak kenalnya. Dia rajin datang rumah”

Aik. Mana ada dia datang rumah selama ni.

“Bila?” Soalku lagi.

“Time Qaisara tak ada. Selalu time Qaisara pergi kelas Tusyen.”

Pelik. Tak ada siapa pernah cerita pada aku.

“Kenapa Qaisara tak pernah tahu pun?” Soalku lagi.

“Sebab Qaisara tak tanya”

Heh! Ummi aku ni. Berbelit-belit pula dia dengan aku.

“Tak naklah kawan ummi.” Aku membuat rajukku.

“Kalau tak nak kawan, kira cancellah nak kahwin dengan Fakhrul kan?”

Amboi-amboi. Ummi ugut aku pulak sekarang. Ceit!

“Eeee. Bencilah. Semua orang tipu Qaisara”

Aku buat ayat provokasi supaya ummi bercakap lebih lanjut.

“Kira Qaisara tak setujulah Fakhrul merisik ni?”

Eeee. Ummi ni saja je kan kenakan aku.

“Ha’ah. Qaisara tak setuju. Qaisara tak nak dia! Biar Qaisara tak kahwin”

Aku mula bengang.

“Eh, eh. Ummi gurau je. Hehehe.”

Eh ummi. Boleh pula bergurau. Tahu takut. Ngee~

“Nanti-nantilah kita cerita. Qaisara fokus final exam Qaisara, kat sini biar ummi dan walid uruskan”

Aku menerima alasan yang ummi berikan. Akhirnya aku beralah, tapi tidak beerti mengalah. Hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience