Aku menongkat daguku. Terasa ingin sekali pergi ke tandas untuk membaca surat tersebut. Hehe. Tapi mengenangkan tandas bangunan kelasku terletak di tingkat 1, kakiku berat sekali melangkah.
Confirm mengah aku naik kelas ni semula karang. Kelasku terletak di tingkat tiga. Ah! Biarlah. Nanti-nanti aku baca juga. Aku mengingatkan diriku.
‘Bakal isteri’ ya! Perkataan itu menarik perhatian sebenarnya.
Aku tidak pernah teruja untuk membaca mana-mana surat yang ku terima. Tidak! Kebanyakan surat aku buang, dan ada yang memberikan number, aku memberikan number mereka kepada abang sulungku, untuk dia ‘settle’.
“Hoi!”
Satu suara menyergahku. Hish! Aku memandang tajam milik suara yang telah menyergahku.
“Wo, wo. Ko marah ke beb?”
Soal Eisya. Aku menjeling.
“Taklah. Sumpah aku suka!”
Aku memerli. Eisya tergelak.
“Sorrylah beb. Aku tengok kau asyik termenung je dari tadi. Kenapa? Siapa telah membuat tuan puteri murka?”
Eisya membuat lawak tak berapa bodohnya.
“Aku cepuk juga kau ni karang.” Marahku.
“Kau ni kenapa moody ni?”
Soal Izzati pula. Aku pulak yang moody? Adehh. Sabarkan aja. Aku membiarkan mereka terus-terusan mengusikku. Tidak kuasa aku ingin melayan. Aku berlari masuk ke dalam bilik setibanya di rumah. Dari pagi tadi aku bersabar ingin mengetahui kandungan surat tersebut.
Aku membuka sampul surat tersebut, mengeluarkan isi yang ada di dalamnya. Aku membuka lipatan surat tersebut.
“Salam perkenalanku hulurkan buat bakal isteriku Nur Qaisara Irdina. Aku hanya ingin memperkenalkan diriku, yang aku bakal suamimu, dan kau bakal isteriku.
Muhammad Fakhrul Radzi”
Aku mengeluh. Hampeh. Ini sahaja yang dia tulis. Aku punya bagai nak gila baca surat ni tadi kat sekolah.
“Muhammad Fakhrul Radzi.”
Nama itu meniti di bibirku. Aku tersenyum. Hish. Dah kenapa aku ni. Mainan je tu. Aku mengingati diriku.
Share this novel