Sudah dua bulan berlalu, tidak ada lagi surat darinya. Aku tercari-cari insan yang bernama Muhammad Fakhrul Radzi. Aku tidak menjumpai siapakah gerangan orangnya.
Pelik. Majoriti pelajar aliran biasa aku kenal. Kecuali??? Mustahil pelajar aliran Thanawi. Tapi tak mustahilkan??
Aku melangkah ke bangunan yang meletakkan pelajar Aliran Thanawi. Kakiku melangkah ke bangunan ini. Setiap mata yang memandang menjadi pelik melihat kehadiranku.
Aku bertudung pendek. Lengan bajuku di singsing hingga siku. Kain ku singkat. Aku sentiasa mengikuti trend pelajar sekolah selalu buat. Aku merasa malu ketika itu, apabila ada pelajar perempuan yang memandangku sambil berbisik-bisik. Pasti mereka sedang mengutuk aku.
Aku ternampak seorang pelajar lelaki sedang duduk bawah pondok, sedang mengaji. Jantungku. Ah! Tiba-tiba sahaja berdegup kencang. Aku menjadi lelah dengan keadaanku ketika ini.
Dia menutup al-Quran yang berada di tangannya. Dia mengangkat wajahnya tetapi tidak memandang ke arahku. Wajahnya. Subhanallah. Memberi seribu ketenangan apabila memandang.
Aku seperti terpaku di situ. Siapakah dia?
“Assalamualaikum.”
Satu suara menegurku. Aku terjaga dari lamunanku.
Aku memandang wajah yang bersuara itu. Seorang pelajar lelaki.
“Waalaikumussalam.”
Aku menjawab ringkas.
Kemudian mataku dikalihkan semula kepada pelajar lelaki yang duduk di bawah pondok. Dia memandang tajam ke arahku. Aku menelan air liur. Kenapa pandangannya seperti menggigit tangkai hatiku, dan seperti nak makan aku?
“Saudari buat apa di sini?” Soalnya.
Aku kembali memberi fokus kepada dia yang bersuara. Aku sekadar diam.
“Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”
Aku mengetap bibir. Hish! Menyemak betul dia ni. Mataku di kalihkan sekali lagi ke arah pondok tersebut. Hilang!
Ah! Ke mana dia pergi. Bentak hatiku tidak berpuas hati.
“Saudari.”
Lelaki itu bersuara lagi. Aku mengeluh kecil apabila lelaki tersebut masih di situ.
“Erm.. Saya nak tanya. Kenal Muhammad Fakhrul Radzi?”
Aku bertanya terus.
Dia mengerutkan dahinya. Aku tersalah soal ke?
“Kenapa awak tanya dia?” Soalnya kembali.
“Kalau tak kenal tak apalah. Saya pergi dulu.”
Aku terus menapak ketika itu.
“Eh. Nanti dulu. Yer-yer. Saya kenal. Dia ketua pelajar bagi aliran Thanawi.”
Jawab lelaki tersebut, sambil memuncungkan bibirnya, seperti menunjukkan sesuatu.
Aku memusingkan badanku, di hadapanku ada papan kenyataan yang meletakkan carta organisasi bagi Aliran Thanawi. Mataku menangkap satu nama, dan aku terus memandang gambarnya.
Aku terdiam.
“Diakah?” Soalku.
“Apa dia? Maaf. Saudari cakap perlahan sangat.”
Lelaki tersebut bersuara.
“Tak ada apa-apa. Terima kasih. Saya pergi dulu.”
Aku terus melangkah pergi.
Dalam diam, bibirku mengukir senyuman. Hatiku. Ah. Terasa di hujani dengan bunga-bunga indah yang berada di taman. Inikah cinta?
Share this novel