BAB 10

Romance Completed 15570

“Lawaklah Qaisara.”

Kak Daria menghabiskan saki baki gelaknya. Lawak ke? Rasa macam tak je.

“Err kak. Semua yang saya cerita ni, akan akak masukkan ke dalam research akak?” Soalku lurus.

Terburai gelaknya lagi.

“Qaisara, lecturer akak memang suruh buat research. Tapi dia nak 5 muka surat je tau. Kalau masukkan cerita Qaisara whole story, akak tak tahu berapa muka suratlah research akak ni.”

“Dah tu macam mana?” Soalku lagi.

“Hish dia ni. Kerja akak, akak tahulah nak buat macam mana. Qaisara jawab je apa yang akak tanya. Macam dah penat je nak bercerita.” Dia menduga.

Ah! Kalau 10 kali aku ulang cerita yang sama, aku takkan rasa penat. Bahkan aku rasa bahagia kerana dapat berkongsi cerita kebahagiaanku bersama dengan orang lain.

“Hah. Sambunglah cerita. Akak tak sabar nak dengar kisah kau orang berdua yang seterusnya.”

Kak Daria teruja ingin mendengar sambungan ceritaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience