“Sweetnya.”
Kak Daria bersuara. Aku hanya tersenyum. Sweet ke? Sweetlah. Kalau tak kenapa sampai sekarang aku tak terasa manisnya. Heee~
Kak Daria seperti menulis sesuatu dalam buku notanya. Aku mengintai sedikit apa yang dia tulis. Dia menutup dan tersenyum kepadaku.
“Tak penting untuk di baca.”
Aku tersengih. Adoii. Malu pula.
“Qaisara sekarang pakai purdahkan?” Dia bertanya.
Aku mengangguk. Mesti dia tak percaya. Ialah. Aku pelajar aliran biasa. Bukan pelajar aliran Thanawi. Pula tu waktu sekolah, aku ni perangai boleh tahan juga.
“Qaisara berpurdah lepas kahwin ke?”
Aku menggelengkan kepala.
“Waktu bertunang. Two weeks before kami bertunang.”
Aku tidak mahu kak Daria salah faham kenapa aku berpurdah.
Aku memakai purdah, atas kesedaran dari dalam diri. Tiada siapa yang memaksa atau menyuruh. Bahkan suamiku tidak menyentuh apa-apa pun pasal pemakaian sewaktu kenal dahulu. Dia begitu bersahaja, tetapi amat menjaga!
Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Ringtone Istikharah Cinta yang telah aku khaskan untuk suamiku, membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga.
Aku membuka mesej tersebut. Mesejnya manja separuh merengek. Aku tergelak kecil. Apabila menyedari kak Daria memerhatikan aku dengan senyuman nakal, aku terus mematikan senyumanku, lalu aku menundukkan wajah. Malu!
Kak Daria ketawa lepas melihat gelagatku.
“Alololo. Terus tukar pink muka dia.”
Dia menyakatku. Malunya aku!!
Aku seperti tiada suara ketika itu untuk berkata apa-apa. Sungguh aku malu.
“Okay-okay. Sorry. Akak gurau je. Dia memujukku apabila aku langsung tidak mengangkat muka memandangnya.
“Lepas Qaisara tahu siapa yang hantar surat tu, apa Qaisara buat?”
Kak Daria kembali kepada tujuan asalnya.
Share this novel