Hari ini hujung minggu. Kakakku ada usrah di sekolahnya bagi aliran Thanawi. Hatiku seperti terpanggil untuk mengikutnya juga pada pagi ini.
“Kakcik…”
Aku bersuara. Dia memandangku sambil tangan masih bergerak menggosok tudung labuhnya.
“Yer dik” Jawab kakakku pendek.
Aku serba salah untuk memberitahu yang aku ingin mengikuti program usrahnya. Bolehkah?
“Kakcik..”
Aku memanggilnya lagi. Dia berhenti menggosok tudung labuhnya. Dia memandangku pelik.
“Yer dik. Kenapa? Nak apa?” Soalnya. Hurmmm.
“Nak ikut boleh?”
Soalku. Dia mengerdipkan matanya berulang kali. Dia meletakkan iron ke tepi. Lalu dia menampar-nampar pipinya.
“Akak tak mimpikan?”
Huh. Sempat lagi dia kenakan aku rupanya. Aku menjelirkan lidah. Bengang pun ada. Aku ingin berlalu dari situ.
“Aik. Nak pergi mana? Kata nak ikut kakcik?” Tanya kakakku.
“Yelah. Dah orang tu tak bagi, buat apa kita nak ikut”
Aku sedikit berjauh hati ketika itu.
“Hailaaa. Sejak bila pula adik kakcik ni seorang yang sensetif? Sejak jatuh cinta ni, perangai berubah terus”
Aku membulatkan mataku. Eee. Saja je kan.
“Dah, dah. Tak payah nak merajuk ke apa. Lepas kakcik siap gosok ni, adik gosoklah apa yang patut untuk adik pakai. Then mandi, siap kita pergi sama-sama. Okay?” Terkoyak senyumanku ketika itu juga.
Aku bersiap-siap. Memakai blouse berwarna biru laut paras lutut, dan jeans hitam. Aku memakai tudung bawal biasa, yang dilabuhkan ke bawah. Aku memandang kakakku, yang berjubah dan bertudung labuh.
Erkkk. Jauh benar bezanya. Segan pula.
“Kakcik..” Aku bersuara.
“Haa. Apa lagi?” Soal kakakku acuh tak acuh.
“Tak apa ke adik pakai macam ni?”
Kakakku memandang dari atas sehingga bawah.
“Okay je. Tak ada cacat cela. Baju labuh bawah punggung, sampai lutut lagi. Jeans pun longgar. Cuma tudunglah. Singkat sikit. Tapi tak apa. Kita pergi usrah untuk tarbiyah jiwa kita. Mana tahu satu hari nanti terbuka pintu hati adik nak pakai macam kakcik. Perlahan-lahan kita ubah.”
Aku sekadar mengangguk.
Aku mengikuti kakakku. Dia tidak berenggang dari aku. Aku sudah sampai tempat di mana pertama kali aku berdiri di situ, aku memandangnya. Tiba-tiba perasaanku menjadi indah.
Aku melepaskan genggaman kakakku. Perlahan-lahan aku melangkah ke pondok yang tiada penghuninya di situ. Aku duduk di mana tempat dia duduk dahulu. Aku tersenyum sendiri.
Tiba-tiba jantungku berdebar. Aku rasakan ada mata yang memerhatikanku sambil tersenyum. Aku memandang ke tingkat dua, di mana bangunan tersebut menghadapku.
Dia menyandarkan dirinya di hujung koridor, sambil tersenyum memandangku. Lalu dia memandang ke tempat lain dan berlalu pergi. Jatungku makin lama, makin tidak keruan.
Ummi!! Tolong. Adik malu. Dia nampak apa adik buat tadi.. Tidak!!! Aku menyumpah diriku sendiri keterlanjuran aku duduk di tempat dia pernah duduk sambil tersenyum dan berangan.
Aku terus berdiri dan menempatkan diriku semula di sebalah kakakku.
Bunyi riuh rendah ketika itu, menjadi senyap tiba-tiba. Jantungku kembali berdebar. Kakak menyiku ku sedikit. Aku pandang ke depan. Glurpp! Macam mana dia ada kat sini pula.
“Ana bawa adik ana sekali, tak apa ke?” Kakakku bertanya.
Dia sekadar senyum mengangguk dan berlalu pergi. Fuh. Aura dia.. Dari hiruk pikuk boleh jadi aman damai. Tapi sekarang?? Dah macam kat pasar!
“Jom.” Kakakku menarikku.
Aku terpegun dengan pengisian yang kakakku berikan. Rupanya dia seorang Naqibah untuk pelajar junior.
“Kakak aku 1000 kali lebih layak dari aku.”
Aku membandingkan diri. Terasa diri ini terlalu kerdil ketika itu. Dari segi paras rupa, mungkin kakakku jauh ke belakang. Tapi dari segi agama, akhlak, kesopanan memang aku 1000 tahun mundur dari kakak aku.
“Huh.” Aku mengeluh kecil.
Bahuku di tepuk lembut.
“Kenapa mengeluh ni?” Soal kakakku.
Aku sekadar menggelengkan kepala. Beratnya rasa ketika itu. Hari itu kakak membincangkan bab tentang aurat. Terasa berdesing telingaku setiap patah yang keluar dari mulut kakakku.
Terasa dosa bertimpa-timpa atas bahuku sampai nak ‘rebeh’. Belum lagi campur dosaku yang kadang-kadang meninggalkan solat. Dosa lawan cakap ummi dan walid. Sumpah aku rasa, aku penghuni neraka kekal ketika itu.
“Tapi Allah ni Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Banyak mana pun dosa kita, kalau kita bertaubat bersungguh-sungguh, iaitu taubat nasuha, insyaAllah. Dia akan ampunkan dosa kita.”
Aku mengetap bibir.
Terasa peluangku untuk menjadi penghuni syurga masih ada.
“Adik-adik, jangan kita perlekehkan orang di luar sana yang tidak tutup aurat. Mengata dia ahli neraka dan kita ahli syurga. Salah sama sekali dik. Ingat. Tidak akan masuk syurga, jika ada dalam diri kita perasaan riyak walaupun sebesar zarah.”
Kakakku memberikan kata-kata nasihat dengan penuh hikmah dan lembut. Bertuahnya ummi dan walid ada anak solehah seperti kakak.
Aku? Dulu ummi dan walid nak aku masuk ke sekolah aliran Thanawi. Aku memberontak dan lari dari rumah. Ummi dan walid menjanjikan ‘bulan dan bintang’ agar aku pulang ke rumah.
Oleh kerana itu, ummi dan walid mengizinkan aku bersekolah di aliran biasa. Adik-adikku yang lain semua bersekolah agama, dan menjadi manusia. Aku tak tahu syaitan mana sesat dalam diri aku, sehingga jadi keras macam ni.
Aku pulang ke rumah dengan azam yang baru. Aku perlu berubah. Bukan kerana dia, tapi kerana Dia. Aku juga ingin menjadi kesayangan makhluk di langit dan di bumi. Mahu bersama keluargaku di syurga nanti. Aku tidak tersasar jauh lagi untuk berubah. Aku ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba tanganku di tarik. Aku terdorong ke belakang.
“Dik.”
Kakak bersuara. Dia menghulurkan sesuatu sambil tersenyum.
“Nah.”
Surat. Aku menjadi terpinga-pinga. Kakak meninggalkanku. Aku melangkah masuk ke dalam rumah, lalu terus ke bilik.
‘Untuk bakal isteriku, Nur Qaisara Irdina’ tertulis di sampul surat tersebut. Aku tersenyum. Jantungku berdebar-debar.
“Terima kasih meletakkan diriku di dalam hatimu. Beri aku sedikit masa, dan aku akan hadir sebagai yang halal buatmu.
Muhammad Fakhrul Radzi”
Sewaktu itu tiada kata yang aku dapat lafazkan. Mengalir air mataku. Demi Allah, aku terharu dengan kata-katanya.
Kakakku mengetuk pintu dan membuka sedikit daun pintu, dan aku cepat-cepat mengesat air mataku.
“Kakcik” Aku menggosok-gosok mataku.
“Masuklah” aku mengizinkan dia masuk.
“Mata adik ni ha masuk habuk. Hish”
Aku menggosokkan mata aku lagi. Dia mengunci pintu terlebih dahulu sebelum duduk di sebelahku. Telingaku menangkap bunyi ketawa halus. Aku memandang kakakku.
“Nak berlakon tak pandai” Kakakku mengejekku.
Dia mengambil surat tersebut, dan membaca isinya. Selepas itu, dia memulangkan kembali surat tersebut kepadaku. Dia membawaku ke dalam pelukannya.
“Adik kakcik dah pandai menangis dah sekarang. Terharu ea.”
Dia menepuk-nepuk belakangku. Aku tergelak kecil, walaupun ketika itu, menderu-deru air mataku keluar.
“Kakcik. Kenapa dia pilih adik?” Kakakku tersenyum.
“Kakcik pernah tanya dia.”
Aku mendongakkan mukaku dan memandang tepat bola mata kakak.
“Tapi dia cakap, dia boleh bagitahu, asalkan kakcik boleh simpan rahsia ni. Dia kata, dia sendiri akan bagitahu adik.” Aku sedikit kecewa.
“Bila dia nak bagitahu adik?” Kakakku tergelak.
“Bila adik dah jadi kekasih halal buat dia.”
Mataku terkebil-kebil memandang ke arah kakakku. Lambatnya lagi. Tahun ni aku SPM. Kakak pula tahun depan STAM. Begitu juga dengan dia. Aku sambung belajar, masuk u lagi. Kerja lagi. Ahh! Lambatnya.
“Dahlah. Pergi mandi. Lepas ni kita masak sama-sama. Ummi dan Walid balik kejap lagi. Aku mengangguk.
Share this novel