BAB 16

Romance Completed 15570

“Bahagia?” Soal kak Daria.

“Syurga di dunia yang berharap kekal hingga akhirat” Aku menjawab.

Kak Daria tersenyum.

“Dengar cerita Qaisara, akak rasa macam nak kahwin sekarang juga” Dia tergelak.

“Sara diri Qaisara di sini siapa tanggung?” Soal Kak Daria.

“Suami. Dia buat kerja sambilan kat sana. Walid dengan ummi still tanggung Qaisara. Walid cakap, dia faham keadaan Fakhrul kat sana”

Aku bercerita tanpa berselindung.

“Pelajaran macam mana?”

“Alhamdulillah. Rasa mudah belajar. Mungkin kalau dulu, kita rindu pada yang tak halal. Kalau ingat lebih-lebih dapat dosa. Kalau sekarang, buat apa pun dapat pahala.”

Aku tergelak kecil menjawab soalan itu.

“Tak menyesal kahwin muda?” Kak Daria menduga ku.

“Sikit pun tak kak. Alhamdulillah. Bersyukur sangat.”

“Hubungan Qaisara dengan suami macam mana?”

Ah. Soalan maut. Hehe.

“Kami seperti baru mula bercinta kak. Baru belajar nak kenal diri masing-masing. Alhamdulillah, setakat ni hubungan kami berjalan lancar.”

“Qaisara tak cemburu ke orang pertama yang dia nak adalah kakak Qaisara.”

Aku tergelak mendengar soalan cepu emas ini. Aku menggelengkan kepala.

“Dia cakap, waktu dia bersilaturrahim dengan ummi dan walid, memang niat dia nak berkenalan dengan keluarga kakcik dengan lebih lanjut kerana ingin memperisterikan kakcik. Tapi apabila dia rapat dengan walid, dia tidak jumpa titik penyatuan dua buah keluarga tu pada kakcik. Bila kakak tolak dia, dia sudah, terlanjur sayang pada ummi dan walid, tu yang dia masih bersilaturrahim di rumah Qaisara. Kemudian, bila dia jumpa Qaisara dia terasa dekat dengan hatinya.”

Aku bercerita panjang lebar.

Aku menyambung lagi,

“Dia juga cakap, dia tidak pernah tenang apabila kakak menjadi tujuan ketika dia bersilaturrahim dengan ummi dan walid. Tapi bila dia sudah pilih Qaisara menjadi tujuan, hati dia lapang.”

“Kiranya dia tak sempat mencintai kakak Qaisara lah?” Aku tersenyum.

“Wallahu’alam. Hati dia kak. Saya pun tak nak ambil tahu, kalau perkara tu hanya memburukkan hubungan kami.”

Aku semahunya cuba bersangka baik dengan suami. Warkah demi warkah cintanya yang diutuskan kepadaku satu masa dahulu hingga kini belum usai ku baca. Hampir saban hari dia menulis surat untukku selama 24 bulan. Dan sungguh aku terharu dan bersyukur dipertemukan dengan insan sebegini yang mana setiap warkahnya tidak pernah berhenti menitipkan doa dan menggodaku hatiku untuk lebih mencintai Allah. Bagiku ia satu sifat yang jarang ditemui dan aku bersyukur kerana dengan izin Allah, aku mengecap bahagia dengan lelaki ini yang sering membuat aku rindu pada Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience