BAB 2

Romance Completed 4739

“Aku dah malas nak mencari. Biar mereka pula yang mencari aku. Kalau ada pembeli yang betul-betul berminat, barulah aku jualkan hati aku ni. Kalau tak, aku akan terus menanti.”

“Hek eleh… macamlah selama ini kau yang mencari. Mereka juga yang datang pada kau, kan? Baru dua kali putus cinta dah penat. Orang lain berpuluh-puluh kali putus cinta, masih belum serik pun. Aku ni, dah lima kali tau! Aku tak kisah pun.”

“Eh, tolong sikit! Yang pertama tu, aku yang tanya dia tau! Kalau aku tak tanya, agak-agaknya sampai bertahun kami hanya akan berada di tahap berkawan sahaja.”

“Akhirnya, baru setahun, dah putus, kan? Putus tanpa sebab…,” sindir Juliana.

“Alah, dia yang nak putus. Apa aku boleh buat? Aku tanya dia kenapa, dia tak jawab. Aku nak buat macam mana lagi? Kau nak aku meraung sampai terkeluar anak tekak?” tukas Hani Safiya.

Juliana tersenyum sinis. “Itulah sebabnya bila si Fawwaz tu ajak kau couple selepas seminggu berkenalan, kau terima dia, kan? Sebab kau nak buktikan pada semua orang, seorang pergi, seorang lagi yang akan datang, kan? Sekarang, bila dah tak ada orang yang nak datang pada kau, kau buat kerja gila ni. Elok sangatlah tu. Aku rasalah kan… kau sebenarnya, tak pernah bercinta secara serius! Bila kau katakan yang kau sayang pada Fawwaz tu, sebenarnya kau sendiri tak yakin dengan apa yang kau katakan. Kau sendiri keliru sama ada kau benar-benar cintakan dia atau tidak. Betul tak tekaan aku?”

Glup! Hani Safiya menelan liur. Walau bagaimanapun, dia membalas dengan kuat, “Apa pula tak cinta? Kalau tak cinta, tak adalah aku nak ber’couple’ dengan dia sampai dekat 6 tahun!”

“Itu namanya kau buat kerja bodoh! Sejak dulu lagi aku dah katakan, kau dengan dia memang tak sesuai! Macam langit dan bumi tau! Kau tu pendek, dia tu tinggi menyayup! Kau tu baik, dia tu… ya Allah, sabar sajalah! Bila kau beri dia pinjam duit, aku awal-awal lagi dah bangkang. Tapi, kau degil! Tak nak dengar. Sayang konon. Akhirnya, kau sendiri yang minta putus sebab dah nampak sangat dia berubah sejak dah famous ni. Awal-awal, memanglah dia sayang kau. Kau beri dia pinjam duit, kau beri dia hadiah hari jadi yang dia nak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience