BAB 3

Romance Completed 4739

Tapi, kau… apa yang kau dapat? Kau nak jam, tengoklah jam apa yang dia berikan kepada kau? Jamban!”

“Jue….” Hani Safiya menggeleng sambil memberi isyarat mata mengharapkan agar sahabatnya itu tidak terus-menerus ‘menembak’nya. Mati kering dia di situ sebelum sempat bertemu dengan pembeli hatinya nanti.

“Aku cakap sikit, mulalah buat muka.” Mulut Juliana terherot-herot.

Hani Safiya pula menjegilkan matanya. “Sikit kau kata? Kau tengok jam tu dah pukul berapa? Kalah mak aku berleter tau!”

Baru Juliana hendak membuka mulut, seorang pelanggan menolak pintu kaca Rosette Florist. Jelas terdengar bunyi hentakan tapak kasut pelanggan tersebut melangkah ke arah mereka.

“Hai, saya baru tengok iklan cik di luar tadi. Siapa punya, ya?” kata pelanggan tersebut.

“Iklan yang mana satu, Encik?” soal Juliana sedangkan dia sendiri tahu bahawa hanya ada satu sahaja iklan yang tertampal di pintu kedai bunganya.

“Iklan ni!” Lelaki itu meletakkan kertas iklan di atas kaunter.

HATI UNTUK DIJUAL!

BEST OFFER!!!

NO REFUNDS after purchase!

Harga : kasih sayang tak terhingga

(tak boleh dirunding)

Berminat? Sila hubungi Cik Hati di :

012-333XXXX

Atau hantarkan mesej di :

Hani Safiya segera melangut. Terperanjat dengan kata-kata lelaki yang boleh tahan kacak dan berpakaian kemas di hadapannya ketika itu. Dia benar-benar teruja. “Oh, hai! Iklan tu saya yang punya. Encik berminat ke?”

“Macam menarik. Tapi, saya nak cuba dulu hatinya sebelum buat keputusan nak beli, boleh?” soal lelaki itu sambil mengusap-usap dagunya.

Hani Safiya tersenyum lalu membalas, “Tak boleh, encik. Tawaran saya ni tak boleh dicuba terlebih dahulu. Maklumlah, barang mahal, fragile. Kalau encik betul-betul berminat, barulah saya jual. Kalau tak, saya tunggu orang lain.”

“Saya berminat, cuma…,” lelaki itu kelihatan teragak-agak sebelum menyambung, “saya nak cuba dulu. Nak tengok serasi ke tak dengan saya. Barang mahal, kan? Kalau tak sesuai, rugilah saya nanti. Dahlah tak boleh pulangkan.”

Dengan senyuman sinis, Hani Safiya berkata, “Encik, kalau encik tak berani, tak payahlah beli! Saya tak paksa.”

“Saya nak….”

“Chup, chup, chup! Encik, saya nak tanya encik betul-betul ni.” Tiba-tiba sahaja Juliana mencelah.

“Ya?” Dahi lelaki itu berkerut-kerut.

“Encik betul-betul nak beli hati kawan saya yang tak berapa nak betul ni?” tanya Juliana.

“Of course! Kalau tak, saya tak tanya.” Lelaki itu menjawab dengan penuh yakin.

“Encik sedar tak tindakan encik ni?”

“Sedar! Saya tak mamai mahupun mabuk!”

“Jadi, encik pun sama tak waras macam kawan saya nilah, ya?” Juliana bertanya dengan nada sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience