BAB 4

Romance Completed 4739

“Err… well, who knows?” Selamba sahaja lelaki itu membalas.

Juliana menepuk kuat dahinya. Eloklah tu, sama-sama tiga suku! Memang sepadan!

“Kenapa, cik?”

Juliana tergelak kecil. Ketawa yang dibuat-buat. “Tak apalah, encik. Encik Pembeli Hati dan Cik Penjual Hati, kalian berbincanglah ya. Saya nak ke belakang minum air. Nak cari Panadol juga. Rasa macam nak pitam saja sekarang ni. Safi, aku masuk dulu. Kalau ada customer datang, jangan halau pula. Panggil aku.”

“Okey!” Hani Safiya menayang tanda ‘OK’ dengan tangannya.

Juliana cepat-cepat berlalu. Lututnya terasa tidak bermaya. Boleh sakit jiwa dia melayan kedua-dua manusia itu.

DAMEER AMZAR tersenyum lebar. Fahmi yang berada di sebelah kehairanan. Pelik dia melihat teman serumahnya yang seorang itu. Boleh pula dia tersengih ketika sedang menonton berita kemalangan di kaca televisyen. Ada fius yang tercabut agaknya?

“Hoi! Kau ni kenapa? Dah tak betul gamaknya?” tegur Fahmi.

Dengan senyuman yang masih terukir di bibir, Dameer Amzar menjawab, “Agaknyalah.” Ringkas.

“Kau ni…,” Fahmi tidak jadi hendak menyambung ayatnya, sebaliknya dia mendengus kuat.

Tidak semena-mena, Dameer Amzar berkata sambil mengusap dagu, “Mie, aku rasalah kan, tak lama lagi kau kena cari rumah sewa lainlah.”

“Eh, kenapa pula? Kau dah tak suka aku tinggal di sini ke?” Fahmi benar-benar terperanjat. Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba sahaja pemuda itu mahu menghalaunya keluar. Musykil dia dibuatnya.

“Bukan sebab tu.”

“Habis tu, sebab apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience