BAB 8

Romance Completed 4739

“Kenapa kau tak beritahu awal-awal?”

“Sebab aku pun baru tahu. Kadang-kadang sewaktu dia datang, bukan aku yang jaga kaunter. Semalam, aku baru semak rekod klien aku. Adalah ternampak nama dia beberapa kali sebagai penghantar bunga.”

“Okey. Thanks for the info, Jue.” Hani Safiya mula melangkah pergi.

“De nada (sama-sama)!”

“Amboi, speaking dengan aku.”

Juliana sekadar tersengih. Matanya memerhati kelibat sahabat karibnya menghilang di celah-celah orang ramai yang lalu-lalang di depan restoran tersebut.

“TAK silap tindakan saya membuat keputusan untuk membeli hati awak. Tak rugi langsung,” ujar lelaki yang mahu dipanggil Kamil itu. Tangannya sengaja merayap di bahu Hani Safiya.

Hani Safiya yang tidak senang dengan tindakan tersebut cuba menepis. Belum apa-apa sudah mahu sentuh-sentuh, raba-raba. Dia memang pantang dengan lelaki sebegitu. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia teringat akan permintaan Dameer Amzar supaya dia menyediakan tempoh percubaan terlebih dahulu. Menyesal dia tidak mengikut kata-kata lelaki itu. Jika beginilah perangai lelaki yang mahu membeli hatinya, dia lebih rela digelar andartu atau tak laku!

“Hei, kenapa ni? Relakslah. Saya kan pembeli hati awak. Sebagai klien, awak patut layan saya sebaik mungkin, tau!” ucap Kamil sambil tersengih-sengih.

Macam kerang busuk! Menyampah! Desis Hani Safiya di dalam hatinya.

“Awak setuju dengan kata-kata saya, kan?” Kamil angkat kening.

Hani Safiya tersenyum sinis lalu membalas, “Setuju sangat! Tapi, semua itu hanya boleh diaplikasikan dalam sesetengah perkara saja. Saya bukan nak jual body, tapi, saya nak jual hati, Encik Kamil! Soal hati, tak ada kena-mengena dengan sentuh-sentuh dan raba-raba tubuh saya.” Dengan pantas dia menjauhkan diri dari Kamil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience