BAB 11

Romance Completed 4739

Hani Safiya sekadar membalas pandangan Dameer Amzar. Dia tidak mengiakan, tidak juga menafikan telahan lelaki itu. Tidak perlu dia bercakap banyak, sedikit sebanyak, lelaki itu sudah dapat menekanya. Klise. Setiap kali seseorang itu terdesak mencari calon suami atau isteri, puncanya tidak akan lari jauh dari kedua-dua sebab yang disebutkan oleh lelaki itu. Bodohlah dia jika masih mahu berdolak-dalik.

“Hani. Err… can I call you with that name? Atau awak nak saya panggil Safiya?”

“Terpulang pada awak.” Hani Safiya menjawab pendek. Jarang sekali orang yang mengenalinya memanggil dengan panggilan tersebut kerana dia hanya membenarkan ahli keluarganya sahaja memanggilnya sebegitu. Hani, nama itu kedengaran manja. Entah mengapa dia membenarkan lelaki kasanova itu memanggilnya Hani.

Dameer Amzar tersenyum lebar. “Jadi, Hani dah setujulah, kan?”

Hani Safiya angkat bahu. Dia berpura-pura membelek kukunya yang sentiasa dipotong pendek. Tampak bersih. Tiada kotoran yang terselit di celah-celahnya. Dia sebenarnya malu hendak mengaku. Sejak pertama kali bertemu dengan lelaki itu, hatinya sudah tertawan. Tetapi, pada masa yang sama, dia tidak yakin bahawa lelaki sekacak itu adalah jodohnya kerana dia sedar, siapalah dia. Seorang gadis biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Namun, ketika ini, dia sudah tidak peduli lagi. Apa hendak jadi pun jadilah. Yang penting, ibunya sudah tidak berleter. Soal hati dan perasaan, biarlah dia memupuk perasaan istimewa itu secara perlahan-lahan kerana dia tahu, sekiranya lelaki di hadapannya kini merupakan jodohnya yang sudah ditetapkan sejak azali, perasaan itu akan hadir juga. Walau sejauh mana dia cuba melarikan diri, perasaan itu akan datang jua mengejarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience