BAB 12

Romance Completed 4739

DUA bulan masa berlalu. Selama dua bulan inilah dia belajar mengenali siapa Dameer Amzar yang sebenarnya. Mungkin lelaki itu pernah digelar kasanova tetapi, melalui pemerhatiannya, Dameer Amzar seorang yang cukup prihatin dan bertanggungjawab. Setakat ini, pemuda itu melayannya dengan baik. Walau bagaimanapun, baginya, jangka masa dua bulan itu masih belum cukup untuk menilai segala baik buruk lelaki itu. Dia bimbang sekiranya perangai lelaki itu tidak jauh bezanya daripada perangai Fawwaz, bekas teman lelakinya.

Matanya menyorot ke segenap wajah Dameer Amzar. Dari kening turun ke mata. Kemudian, ke hidung dan seterusnya ke bibir. Lelaki itu memang kacak pada pandangan matanya sehingga membuatkan hatinya tidak tenang. Bagaimana jika lelaki itu hanya mahu mempermainkan hatinya sahaja? Bagaimana pula jika ada perempuan lain tiba-tiba sahaja muncul mengganggu hubungan mereka apabila hatinya sudah dijual sepenuhnya kepada lelaki itu? Dia tidak mahu sejarah berulang kembali. Dia tidak mahu merasai perasaan itu sekali lagi. Dia yakin jika ia datang lagi, kali ini, dia pasti tidak mampu untuk menanggungnya. Dia… dia… dia sudah…

“Hani, kenapa senyap saja ni? Tak suka jumpa Am? Hani marahkan Am ke?”

Hani Safiya masih enggan bersuara. Dia sekadar merenung lelaki itu tanpa sebarang reaksi.

“Hani, Am minta maaf, okey? Am tak sempat nak mesej. Hani tahu kan yang waktu di tempat kita berbeza? Selepas habis kerja, Am memang nak sangat call. Paling kurang pun mesej tapi, disebabkan waktu tu Hani dah tidur, Am tak sampai hati nak ganggu. Am pendamkan saja perasaan teruja nak dengar suara Hani.”

“Lelaki… banyak alasannya.” Hani Safiya membalas pendek.

“Hani, tolong jangan samakan Am yang dulu dengan Am yang sekarang.” Dameer Amzar memandang wajah gadis yang dirinduinya itu dengan sayu. Nampaknya, gadis itu masih belum mempercayai perasaannya sepenuhnya.

“Am, orang tak kenal siapa Am yang dulu. Jadi, orang tak dapat nak samakan Am yang sekarang dengan Am yang dulu. Orang cuma boleh samakan Am dengan lelaki-lelaki lain yang pernah orang kenal.”

“Jadi, tolong jangan samakan Am dengan lelaki-lelaki tu semua, sayang!”

“Orang tak berani nak janjilah, Am. Orang memang nak sangat jual hati orang kepada Am supaya orang dah tak payah pening-pening kepala dengan desakan mak orang. Tapi, orang takut, Am. Orang takut harga yang Am akan bayar nanti, tak setimpal dengan harga hati yang orang serahkan kepada Am.”

“Tapi….”

Hani Safiya cepat-cepat memintas, “Orang sedar tindakan orang dua bulan lepas tu sangat bodoh. I was… insane! Waktu tu, orang nak sangat get rid of the problem.”

“Jadi, Hani nak kita putus? Untuk puaskan hati Hani, supaya Hani tak perlu rasa takut, bimbang dan sebagainya, Hani dah tak nak teruskan hubungan kita?” teka Dameer Amzar.

“Tak! Orang tak….”

“Wow! Selepas dua bulan, Hani. Setelah Hani buat Am jatuh cinta pada Hani, setelah Hani beri harapan pada Am, Hani nak kita putus macam tu saja? Hani sayang, Am dah berubah! Am bukan lagi playboy seperti dulu. Sekarang, Am sayangkan Hani seorang saja! Am nak Hani seorang saja! Am nak Hani tahu, Am tak ada dan tak pernah ada perasaan pada perempuan lain! Am cuma keluar dengan dia orang untuk suka-suka saja. Dia orang sendiri tahu niat sebenar Am dan dia orang juga tak pernah minta lebih daripada apa yang Am mampu berikan. You’re the only one! Please don’t do this to me. Walaupun Am masih penat sebab baru sampai, Am datang juga berjumpa dengan Hani malam ni. Hani janganlah kejam sangat buat Am macam ni ya, sayang? Tolong pertimbangkan semula keputusan Hani tu.” Panjang lebar Dameer Amzar bercakap, cuba untuk memujuk Hani Safiya.

“Dah habis dah merepek?” tanya Hani Safiya sambil menyilang tangan ke dada.

“Merepek Hani kata? Am serius tau!”

“Ada orang cakap nak putuskan hubungan kita?”

“Tadi tu….”

“Ada ke?”

“Tak ada, ya?” Dameer Amzar menggigit bibir. Adakah dia sudah tersalah tafsir maksud sebenar gadis itu?

“Tak ada!” tegas Hani Safiya.

“Habis tu?”

“Orang nak Am buktikan pada orang yang Am betul-betul serius!”

“Macam mana?”

“Entah.”

“Habis, tadi nak Am buktikan. Bila kita tanya dia, dia cakap entah pula.”

“Am buatlah apa sekalipun asalkan orang yakin yang Am memang bersungguh nak beli hati orang.”

“Betul ni?”

“Betullah.”

“Kalau Am cium Hani, boleh?”

“Nak makan penampar?” Hani Safiya segera mengangkat tangan kanannya.

Dameer Amzar tersengih. “Kalau macam tu, Hani bawa Am jumpa mak Hani.”

“What?”

“Bawa Am jumpa mak Hani. Am nak minta izin mak Hani. Kemudian, Am hantar rombongan meminang, okey?”

“Am dah gila?”

“Lah, kita pula dikatanya gila. Tadi kan Hani nak Am buktikan?”

“Tak ada cara lain ke?”

“Tak ada! Kenapa?”

“Cepat sangatlah. Hani… Hani belum bersedia.”

“Belum bersedia atau Hani ada niat nak cari orang lain?” soal Dameer Amzar dengan nada sinis.

“Am, kan Hani dah cakap tadi?”

“Ya, Am tahu. Am dengar tadi. Jadi, bolehlah, kan?”

Hani Safiya membuat muka sambil menggaru kepala. Haru sungguh!

“Hani, lepas kahwin, transaction is complete! Sebanyak mana kasih sayang yang Hani nak, Am akan bagi selagi termampu. Okey kalau macam tu, kan?”

Hani Safiya menghela nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Kepalanya dianggukkan sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience