bab 5

Romance Completed 6473

Betullah Adi tukar nombor. Puas aku dail nombor dia. Malangnya nombor itu tiada dalam perkhidmatan. Hampeh! Apa masalah lah mamat ni. Mana aku nak cari dia? Bos dah banyak kali tanya. Asal jumpa aku je, tanya aku dah dapat belum nombor Adi? Asal nampak je muka aku, soalan itu yang dia tanya. Naik rimas aku. Sampaikan aku rasa
macam nak menyorok bawah meja tiap kali bertembung dengan bos. Tak pun pakai topeng pergi kerja!

Adi... Adi... kau ni memang memang menyusahkan aku la. Kali ni, bos bukan sahaja suruh aku minta nombor Adi. Tetapi dia suruh aku pujuk Adi supaya balik rumah. Arh bagus. Tambah lagi satu kerja aku kena pujuk mamat keras kepala sekeras batu igneus tu!

Tapi apa yang aku bersemangat nak cari Adi bila Dato' Zamri naikkan gaji aku sekali elaun. Memang duit aku bertingkat-tingkat lah nanti. Jadi nak tak nak, terpaksa lah aku cari Adi. Manusia paling degil pernah aku jumpa.

********************************

Cuti yang ada aku isi dengan membeli belah. Aku menuju ke popular book store bagi mencari novel baru. Arlana tak dapat menemani aku kerana hari ni dia ada temu janji dengan doktor. Dia disahkan mengandung dua bulan. Wahh macam tak percaya kawan baik aku dah mengandung. Tak lama lagi jadi ibu.

Aku membelek buku novel yang berjudul 'why always me?' dikarang oleh Tulip Hijau. Aku sangat menggemari novel dari tulisannya. Novel-novel dia semuanya laris. Terhangat di pasaran. Jalan ceritanya best dan sentiasa menghasilkan idea yang baru. Teringin sekali aku nak jumpa penulis Tulip Hijau dan mendapatkan autograph nya. Dialah antara penulis yang tak menonjolkan diri di khalayak ramai. Kalau aku dapat jumpa dia. Akulah orang yang paling bertuah sekali. Huh. Dalam mimpi la aku dapat jumpa dia.

Aku terlanggar bahu seseorang ketika aku menuju ke kaunter pembayaran.

"Ops! Sorry."

"Iman?"

Aku menoleh saat terdengar ada orang memanggil nama aku.

"Adi!!" Aku separuh menjerit. Mulutku terlopong luas.

"Jangan jerit boleh tak?" Ujanrnya seraya berpeluk tubuh.

"Kau kemana hah?" Aku tidak menghiraukan tegurannya. Yang penting aku sangat marah dengan lelaki ini.

"Kenapa rindu ke?" Balasnya tersengih.

Aku menghempuk bahunya dengan beg duit aku. Dia mengaduh kesakitan.

"Apa ni Iman?" Adi menggosok-gosok bahunya. Aku pula dah tak hirau orang tengok aku. Yang penting aku nak lepaskan kemarahan aku dekat Adi.

"Tu untuk sebab kau menghilangkan diri!"

Aku menghempuk lengannya pula. "Yang tu sebab kau menyusahkan aku!"

Last aku hempuk dia dekat bahu dan kata, "Dan tu sebab kau langsung tak jumpa aku!"

Adi nampak cool lagi walaupun kena pukul. Aku mengetap bibir geram. Tak tengok cermin pun aku tahu mata aku dah merah. Tetiba aku jadi sensitif! Rasa nak menangis dekat situ tapi aku tahan. Aku tak nak orang nampak aku lemah.

"Sorry..." Adi akhirnya meminta maaf. Sekadar meminta maaf tak cukup buat aku.

"Kata member? Apa ni? Kalau tak nak kawan cakap lah tak nak kawan. Tak payah la nak menyusahkan aku!" Aku mengherdiknya.

Adi menarik tangan aku berlalu ke rak di sudut yang agak kurang orang.

"Apa kau cakap ni? Aku tak faham. Aku hilang beberapa hari pun susahkan kau ke?" Soal Adi.

"Memanglah! Kau tukar nombor. Bapak kau suruh aku cari kau supaya aku dapat nombor kau. Kau pulak hilangkan diri. Terbaru, dia suruh aku pujuk kau balik rumah orang tua kau semula. Kau ingat aku ni postman ke? Jadi pengantara korang? Mujur aku ni baik tau nak tolong dia."

Puas aku memberi hujah kepadanya. Geram tinggal berbaki lagi.

Adi mengeluh perlahan. Matanya tertancap pada sebuah novel di tangan aku.

"Aku belanja kau novel tu sebagai minta maaf. Amacam?"

"Tak cukup!"

"Okey apa lagi? Cakap. Nak aku belanja kau makan?"

Aku menggeleng kepala.

"Habis tu?"

"Balik. Balik rumah mak ayah kau, Adi."

Adi menggeleng pula. Dia menuju ke rak seterusnya. "Kau tak faham.."

Aku mengekori langkahnya. Memerhati perbuatannya yang sibuk membelek novel.

"Apa yang aku tak faham? Cuba kau fahamkan aku. Kan senang?"

"Aku diugut tahu tak? Aku nak bermogok sampai papa tarik balik ugutan dia."

"Kau cakap lah kau diugut pasal apa? Apa perjanjian dalam surat tu?" Gesaku.

"Aku dipaksa kahwin!"

Aku tersentak. Terkejut. Mata Adi memerah. Dia memandang ke arahku sebelum mengambil buku di tanganku lalu menuju ke kaunter. Aku berdecit. Aku tak marah dia nak bayarkan. Tapi ceritalah sampai habis.

Dia mengajak aku makan. Dia yang belanja. Untung orang kaya. Setakat belanja tempat mewah. No hal lah.

"Aku tak nak kahwin dengan perempuan pilihan papa. Dia paksa aku jugak. Kalau nak syarikat tu, kena dengar cakap dia." Adi memulakan cerita. Mukanya nampak tension sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience