bab 2

Romance Completed 6473

Dari jauh aku sudah nampak seorang lelaki melambai-lambai tangannya ke arahku. Aku tersenyum membalas lambaiannya.

"Lama tunggu?" Soalnya.

"Tak adalah lama sangat." Huh. Hipokrit betul aku ni. Sedangkan dekat tiga puluh minit sebenarnya aku tunggu dia.

"Oh ye ke? So. Mana dia?"

Aku pantas mengeluarkan sepucuk surat sebelum beri kepadanya. Surat perjanjiannya dengan bos aku. Entah apalah masalah dua beranak ni sampaikan tak nak bersua muka. Aku jugak yang kena jadi pengantara antara mereka. Ingat aku ni postman ke?

"Oh akhirnya... masa depan aku." Ujarnya seraya membuka surat tersebut.

Aku berkerut tidak faham. Aku nak tanya. Tapi nanti dia ingat aku ni jaga tepi kain orang pulak.

Saat Adi membaca surat itu, bibirnya yang mula-mula tersenyum, terus mati. Lalu kertas itu dironyok-ronyokkannya dan memberi makan kepada tong sampah!

Aku tergamam. Ni buat aku nak sangat tahu perjanjian apakah sampaikan Adi marah benar pada kertas yang tak bersalah tu.

"Apa isi perjanjian tu?" Aku mula bertanya. Wajah Adi kelat. Takut jugak aku. Rasanya aku tak patut tanya. Kang aku pulak yang dimarahinya.

Adi memandang aku kemudian mengeluh perlahan. "Papa aku masih tak percayakan aku. Dia tak kasi lagi aku ambil alih syarikat tu." Ujarnya membuatkan keningku berkerut. Aku masih tidak faham.

"Habis tu. Apa perjanjiannya?" Aku nak tahu. Sibuk betul aku ni.

"Perjanjian tu merepek. Arh serabut! Kalau macam ni sampai bila-bila pun aku tak dapat kendalikan syarikat tu." Gumamnya geram.

Aku semakin tak faham. Adi langsung tak menjawab soalan. Nak tanya rasa bersalah pula. Ya. Dia memang ada masalah dengan ayahnya. Ayahnya itulah bos di syarikat tempat aku bekerja. Tapi apa masalah mereka aku sendiri tidak tahu.

"Dekat office aku ada pekerja baru. Handsome..." aku memulakan perbualan kosong. Sekaligus tukar topik.

Adi tidak memandang aku. "Tahu.."

Wahh anak bos la katakan. Mesti dia tahu. Eh. Tapi bukankah mereka tak berhubung? Adi pula langsung tak nak jumpa papanya. Merajuk kenapa entah. Jadi bagaimana dia tahu?

"Mama aku yang bagitahu Fahri kerja situ."

Mulut ku terlopong. "Kau kenal Fahri?"

Adi mengangguk. "Sepupu aku. Dia boleh pula kerja situ. Ish janganlah dia yang ambil alih syarikat tu." Dengus Adi.

Mataku membulat terkejut. Mak ai.. sepupu kawan baik aku? Dunia ni kecik je kan..

"Kau suka dia ke?" Soal Adi. Kali ni matanya menoleh ke arah ku.

Aku tersenyum-senyum malu. Sudah seminggu Fahri kerja di situ. Aku mula rasa bunga-bunga sedang mekar di taman. Yes. I love him.

"Buat apa kau suka lelaki macam tu? Dia tu playboy."

Aku terkejut. Hah? Seriously? "Kau jangan reka cerita. Aku tengok dia baik je."

"Dari luar memang lah nampak baik. Kau tak tengok dari dalam."

Aku mula rasa tak selesa. Adi seperti tak suka dengan sepupunya.

"Adi. Kau ni tak baik tuduh dia macam tu. Kau sebenarnya jealous dia dapat kerja situ kan? Kalau ye pun kau tak payah lah tuduh dia bukan-bukan." Suara ku keras tidak puas hati.

Adi agak terkejut melihat aku memarahinya. Aku mendengus kasar lantas berlalu pergi meninggalkan Adi keseorangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience