bab 7

Romance Completed 6474

Aku terpegun melihat keindahan rumah Meera yang bak istana itu. Rasa macam tak layak pula aku menjejakkan kaki ke sini. Rasa macam nak balik je. Tapi niat aku terbantut apabila Fahri sudahpun memberi salam kepada tuan rumah. Aku serba salah nak patah balik.

"Waalaikumsalam. Eh Fahri. Kenapa balik tak beritahu?" Sapa seorang wanita 50 an sebaik sahaja pintu pagar dibuka.

Aku sedikit keliru mendengar ayat yang dilontarkan wanita itu. Ya lah. Dia sebut balik? Kenapa balik? Kenapa bukan datang? Aku tertanya-tanya sendiri. Nak tanya rasa macam bukan masa yang sesuai apabila melihat wanita itu rancak bersembang dengan Fahri.

"Amboi bawak girlfriend nampak? Cantik! Siapa nama?" Soal wanita itu kepadaku.

"Saya Iman." Jawabku seraya bersalam dengannya. Rasa bahagia pula bila aku dikatakan girlfriend Fahri.

"Hah kamu berdua duduklah dulu. Mak Nab nak buat air dulu nanti turun la si Meera tu." Ujar wanita yang digelar Mak Nab tu sambil ketawa kecil. Ceria sungguh orangnya.

Usai kelibat wanita itu menghilang, aku terus bertanya kepada Fahri.

"Awak, kenapa mak cik tu kata awak balik tak bagitahu?"

"Abang!"

Fahri tidak sempat membuka mulut apabila ada seorang gadis menerpa ke arahnya. Gadis itu bersalam dengannya. "Suka balik terkejut macam ni." Gumam gadis itu. Fahri hanya tersengih.

Aku makin tidak faham. Siapa Fahri dengan keluarga ni sebenarnya?

"Kenalkan ni Iman. Dia kawan Adi. Iman, ni lah Meera." Beritahu Fahri.

Aku menguntumkan senyum kepada Meera. Meera juga begitu. Aku agak dia seorang yang baik. Cantik pulak tu. Kenapa Adi tak nak dekat perempuan yang cukup serba serbi ni?

"Hai. Saya Iman." Aku menghulurkan tangan kepadanya.

"Meera." Dia menyambut huluranku.

"Abang ke dapur dulu ya. Nak tengok Mak Nab." Katanya kepada Meera.

Aku mengerutkan dahi. Abang? Aku rasa aku tak salah dengar Fahri panggil dirinya abang.

"Err Fahri tu abang Meera?"

Meera menggeleng seraya tersenyum. "Bukan abang kandung. Meera cuma anak angkat je dalam keluarga dia."

Rahangku jatuh. Tergamam mendengar pernyataan Meera. Jadi.. er.. lambat pulak otak aku nak proses maklumat yang diterima.

"Maksudnya... dia bukan abang kandung awak. Tapi jap. Ni rumah dia ke?"

Meera mengangguk. Dia tergelak melihat aku. Barangkali kelakar tengok aku yang lambat pick up ni. Cis. Kenapa Fahri tak berterus terang je dari semalam? Kan senang.

"Iman dengan Adi kawan rapat ya?"

"Haah. Kami satu kolej dulu. Saya kerja di bawah company papa dia. Err kalau saya tanya awak sesuatu boleh? Tapi awak jangan marah ye."

"Tanyalah. Apa dia?" Balasnya lembut. Meera memang seorang yang sopan santun.

"Awak suka Adi?" Aku menggigit bibir. Aduh straight to the point betul aku ni. Direct je aku tanya. Meera pun nampak macam malu-malu nak jawab. Adeh. Soalan apa lah aku ni?

Mak Nab datang membawa dulang lalu meletakkannya di atas meja kopi. Aku tersenyum sebelum mengucapkan terima kasih. Mak Nab berlalu semula ke dapur. Tak nampak pula batang hidung si Fahri. Tadi bukan ke dapur?

"Err maaflah kalau saya tanya. Saya tahu papa Adi nak jodohkan awak dengan dia. Meera setuju ke? Sebab tu saya tanya. Sorry lah kalau soalan saya ni melampau..."

"Eh tak lah." Potong Meera. Aku menarik nafas lega. Mujur dia tak marah aku.

"Adi minta awak tanyakan saya ke?"

Aku mengerutkan dahi mulanya namun cepat-cepat aku mengangguk. Nak jadi penyiasat kenalah bijak dan bertindak dengan cepat weh. Terpaksalah aku gunakan nama Adi. Nak jugak aku tahu isi hati Meera.

"Saya tak kisah keluarga kami nak satukan kami. Saya ikut je cakap ibu bapa kami."

"Awak suka Adi?" Aku menyoal direct lagi. Tak ada simpang siur.

Meera terdiam. Dia bermain-main dengan jarinya.

"Tak apa. Saya janji tak bagitahu dia." Faham dengan sikap malu-malu Meera.

"Suka la jugak. Err awak jangan bagitahu dia ya. Saya segan sebenarnya."

Aku tersenyum. Alhamdulilah... dapat aku merasa nasi minyak kawan baik aku. Tapi Adi tu la masalahnya.

"Err.. saya ke dapur kejap ya. Minumlah dulu." Meera meminta diri sebelum meninggalkan ruang tamu.

Aku tidak berdiam diri. Langkahku diatur menuju ke dapur. Aku tidak terus masuk ke ruang dapur. Sengaja aku bersembunyi di sebalik dinding bagi menghendap Fahri dan Meera.

"Tu girlfriend abang eh?" Soal Meera. Dia sibuk memotong kek pisang di atas tabletop. Aku tak nampak kelibat Mak Nab di situ.

"Kenapa Meera tanya? Jealous?" Fahri yang berdiri di sebelah Meera memeluk bahunya sebelum mendekatkan wajahnya pada wajah Meera.

Aku mengetap bibir tatkala melihat adegen seperti itu. Cemburu. Yes aku cemburu. Kerana mereka bukan adik beradik kandung!

Meera menolak tangan Fahri yang memeluk bahunya. "Abang ni. We are not real sibling. Behave yourself!"

"Yes I know. Tapi Meera jangan buat-buat tak tahu. Meera tahu apa perasaan abang kan?"

"Dah la abang. Meera dah nak kahwin pun dengan Adi."

"Not yet!" Hentak Fahri keras. Dia terduduk di atas kerusi sebelum melepaskan keluhan berat.

Meera mengambil tempat di sebelah Fahri. Mahu memujuk barangkali.

"Meera sayang abang macam abang kandung Meera sendiri. Abang jangan la macam ni..." Meera menyentuh bahu Fahri namun ditepisnya.

"Apa kurangnya abang? Apa yang abang tak ada, Adi ada?" Soal Fahri tanpa memandang wajah Meera. Matanya tajam merenung pinggan yang berada di atas meja.

Meera mengeluh perlahan. "Abang, Meera yang tak layak untuk abang. Cuba abang tengok Iman. Dia macam suka dekat abang. Cuba abang buka hati abang untuk dia. Bukan untuk Meera."

"She's just my friend. Abang tak anggap dia lebih dari kawan."

Aku terpempan mendengar kata-kata Fahri. Dek kerana terlalu terkejut entah bagaimana tanganku tertempuh kunci yang berada di atas meja. Bunyi kunci berlaga menarik perhatian Fahri dan Meera. Mereka terkejut melihat aku disitu.

Air mata aku mengalir tanpa dipinta. Aku bergegas melarikan diri daripada rumah itu. Panggilan Fahri langsung tidak dihiraukan. Aku berlari meninggalkan perkarangan rumah banglo itu. Aku menahan teksi yang lalu di kawasan itu.

"Jalan je pakcik. Jalan!" Arahku apabila melihat Fahri semakin mendekat. Pakcik itu tidak banyak cakap. Dia terus menekan pedal minyak selaju mugkin.

Aku menangis teresak-esak di situ. Now aku dikecewakan lagi. Sedarlah aku hanya bertepuk sebelah tangan! Thanks to you Fahri! Terima kasih banyak-banyak sebab bagi aku harapan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience