bab 10

Romance Completed 6473

"Kau nak bawak aku ke mana ni Adi? Aku tengah kerja la.."

"Tak apa. Nanti aku cakaplah dengan papa. Lagipun sekarangkan waktu lunch hour." Jawab Adi sambil memutar stereng.

Senang jawapan Adi. Mentang-mentang dia anak bos. "Waktu lunch hour pun dah nak habis. Kalau kau kena marah dengan papa kau macam mana?"

"Aku rela kena marah demi kau."

Pipiku tiba-tiba berbahang mendengar ayatnya. Aku terus membuang pandang ke luar tingkap. Malu seh..

"Seriuslah Adi. Kau nak bawak aku ke mana?" Soalku berlagak tenang.

Adi memberhentikan keretanya di hadapan Kenny Rogers roaster. Katanya dia nak belanja. Aku pulak memang tak boleh dengar perkataan belanja. Terus bercahaya mata.

"Aku nak tanya. Kau dah terima aku belum?" Soalnya sambil merenung aku yang tengah menyumbat ayam terakhir ke dalam mulutku.

Keningku dijongket tinggi. Buat-buat tak faham. Air jus orange disedut perlahan. Sengaja buat dia tertunggu-tunggu dengan jawapan aku. Tetapi dia kelihatan sabar menunggu. Aku pulak yang tak selesa dia pandang.

"Maksud kau?" Soalku setelah lama berdiam diri.

"Kau ni. Kau tak dapat lagi ke hint yang aku beri? Belajar tinggi-tinggi. Kerja tempat bagus. Tapi bab ni pun kau lemah?"

Kata-kata Adi sedikit mencalar kesabaran aku. Apa kena mengena kerja tempat bagus, belajar tinggi-tinggi dengan bab... bab apa? Ayat Adi terbelit-belit.

"Kau cakap apa ni? Cuba cakap tu elok-elok sikit. Ni cakap bahasa alien. Mana aku faham."

Adi memandang aku tajam. Geram la tu. Aku hanya beriak biasa. Buat muka seposen.

"Pasal kita."

Aku menghabiskan makananku. Sebenarnya aku faham sangat apa yang dia nak tanya. Tetapi entahlah. Aku dah malas fikir semua ni. Cukuplah aku dengan Adi hanya kawan.

"Iman kau dengar tak ni?"

"Adi. About us. You know. Kau kena kahwin dengan Meera. Dia suka kau. You better with her. Jangan kecewakan dia Adi. Aku faham sangat perasaan kecewa tu macam mana." Baru je aku laluinya. Sambungku dalam hati.

Adi mengeluh perlahan. "Aku tak boleh terima kau cakap macam tu. Takkan sekelumit pun kau tak ada perasaan dekat aku?" Kelihatan Adi begitu berharap.

"Kita kawan Adi. Aku sayang kau sebagai kawan aku. Tak mungkin aku musnahkan persahabatan kita."

Adi menggeleng laju. "Sebab Fahri? Sebab lelaki itu ke kau tolak aku?" Soalnya dengan nada keras.

"Ni bukan pasal dia. Tolonglah kau jangan sebut nama lelaki tu lagi dah!" Hentakku kuat. Aku bangun daripada duduk. Tiba-tiba je aku jadi emo tiap kali mengenangkan Fahri. Aku bingkas keluar daripada restaurant itu.

"Kau masih suka dia kan?!" Adi menerpa ke arahku. Mengejar langkahku.

"No. Never!" Aku berhenti melangkah. Aku pandang dia sekilas sebelum meneruskan jalan.

"Tipu! Kalau kau tak suka dia. Kau tak marah-marah macam ni. Kau tak kan bengang setiap kali kau dengar nama dia. Kau masih suka dia kan?" Mata Adi kelihatan berkaca. Adakah Adi menangis?

"Aku kata aku tak suka dia, aku tak suka dia la.. Argh!!" Entah macam mana mata aku tengok jalan tiba-tiba aku terlanggar batu sebelum tersungkur jatuh.

"Iman!!" Adi menerpa ke arah ku.

"Aduh..." aku mengaduh kesakitan. Serasa macam buku lali aku terseliuh.

"Boleh berdiri tak ni?" Soal Adi sambil cuba memapah aku.

Aku cuba untuk bangun. Tetapi aku duduk semula dan mengerang kesakitan. Aku tak boleh nak bangun langsung! Kaki aku berdenyut sakit.

Tiba-tiba Adi meletakkan tangan kanannya diebelakangku. Tangan kirinya pula di bawah lututku. "Sini aku angkat kau."

"Apa?!" Jatuh rahang aku mendengarnya.

Tidak sampai dua saat aku berasa tubuhku sudah terangkat dengan sendiri tanpa perlu kakiku memijak ke tanah. Adi dengan suka hatinya mencempung aku!

"Apa ni Adi? Turunkan aku." Aku rasa wajahku sudah merona merah. Orang lalu lalang tengok je kami berdua. Malunya!

"Nanti aku turunkan kau la. Dah jangan banyak cakap. Jom kita pergi klinik." Arahnya seraya menuju ke kereta.

Aku terus mendiamkan diri. Leher Adi dirangkul kemas. Terpaksa okey! Aku dah la gayat!

*********************************

Sebaik sahaja aku dibawa ke klinik, Adi terus menghantar aku pulang. Mujur dapat MC. Nak tak nak. Terpaksa aku mengambil cuti seminggu. Baru start kerja dah cuti balik. Haih...

"Assalamualaikum!" Laung ku. Hah tubuhku masih digendong oleh Adi sampai depan pintu. Aku suruh dia turunkan aku. Dia tak nak. Erghh geramnya!

"Waalaikum..." Ilham tercengang melihat kami berdua.

Usai pintu gril dibuka Ilham terus menghabiskan salamnya. "..salam... Iman, Adi? Kenapa ni?"

"Iman jatuh tadi. Saya dah bawa dia ke klinik." Balas Adi yang masih mencempung tubuhku.

"Oh masuklah." Ilham memberi ruang untuk Adi masuk ke dalam rumah. Aku nampak muka Ilham cuba menyembunyikan senyuman. Erghh teruklah!

Adi terus menghenyakkan tubuhku di atas sofa. Aku menarik nafas lega. Tak stabil degupan jantung aku semasa dekat dengan Adi.

"Abang pergi buat air kejap. Ibu dengan Ayah pergi rewang tadi." Ujar Ilham sebelum berlalu ke dapur.

"Er tak apalah. Susah-susah je bang. Saya sekejap je ni."

"Tak apa. Bukan susah pun. Minum la kejap. Penat kendong Iman kan. Dia bukannya ringan, badan je kurus tapi berat macam anak gajah." Sahut Ilham dari dapur.

"Eee mana ada! Abang ni..." marah ku. Sedap dia je kata aku berat. Memalukan betul. Manakala Adi hanya tersengih saja.

"Ni ubatnya." Adi menghulurkan bungkusan plastik pada aku.

"Terima kasih." Sambutku malas.

"Kasih diterima." Balas Adi selamba membuatkan pipiku merona merah.

"Aku harap kau faham pendirian aku, Adi." Ujarku. Berharap yang dia faham sememangnya aku tak boleh terima dia lebih daripada kawan.

Adi mengangguk lemah. "Kau betul-betul tak menyesal tolak aku?"

Aku menggeleng menjawab soalannya.

"Kalau macam tu aku doakan kau bahagia dengan lelaki pilihan kau. Kalau kau perlukan aku. Just call me. We still friend right?"

Aku mengangguk seraya tersenyum. Tetapi jelas senyuman hambar yang mampu aku berikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience