bab 8

Romance Completed 6473

Aku tak fikir panjang. Aku terus berhenti kerja daripada situ. Dato' Zamri naik hairan melihat aku. Berat sebenarnya dia nak lepaskan pekerja macam aku. Alasan aku, aku berhenti kerana sudah ada kerja lain yang aku inginkan. Tu cuma alasan. Hakikatnya, aku tak sanggup berdepan dengan lelaki yang telah patah riukkan hati aku. Aku tak mahu bertentang mata dengan Fahri. Aku benci!

Sekarang aku terkontang kanting cari kerja. Ibu pula marah-marah kerana aku berhenti. Dah elok-elok kerja tempat bagus. Boleh pulak aku berhenti. Makin ibu desak aku suruh kahwin. Ah sesak nafas aku.

"Kenapa berhenti kerja?" Soal Fahri di talian.

Aku berani menjawab panggilannya setelah lama aku berdiam diri. Akhirnya aku ada sedikit kekuatan mendengar suaranya. Walau hati aku sakit seperti disiat-siat dengan sembilu.

"Suka hati sayalah. Awak sibuk kenapa?" Kasar aku menjawab.

"Okey. Saya minta maaf kalau sebab saya awak jadi macam ni."

Aku naik geram dengan dia. Dia ingat maaf boleh cantumkan balik hati aku yang dah berkecai ni? Memang tak lah!

"Tak ada kena mengena dengan awaklah saya berhenti. Jangan perasan boleh tak?! Dah la bye!" Aku mendengus kasar.

"Wait! Iman wait. Saya tahu awak marahkan saya. Saya minta maaf Iman. Please kerja sini balik. I'm begging you." Fahri separuh merayu.

"No. Never. Bye! Assalamualaikum!"

Tit! Segera aku menutup panggilan. Dengan bateri-bateri aku cabut! Tak nak dia telefon aku lagi!

**************************

Sudah tiga kali aku menghadiri temuduga. Namun rezekiku masih lagi tak ada. Haih.. Apa lah nasib aku ni. dah la patah hati. Kerja tak ada. Ibu pula bising-bising. Apa aku patut buat?

Aku mengeluh perlahan. Surat khabar sinar harian di kedai runcit aku beli. Aku melabuhkan punggung di bangku berdekatan kedai itu. Surat khabar diselak pada halaman yang terdapat pelbagai jawatan kosong. Ada kerja sebagai pelakon pembantu. Erk? Takkan nak jadi artis. Aku menggeleng perlahan.

"Tu lah.. Orang dah elok-elok bagi kerja situ. Kau berhenti."

Aku memandang lelaki yang tiba-tiba berada di sebelahku. Cermin mata hitamnya ditanggal. Topinya diperbetulkan. Dia memandang aku redup.

"Apasal kau ada dekat sini?"

"Kenapa? Tak boleh? Patutnya aku yang tanya kau. Apasal kau ada dekat sini? Tak kerja ke? Kata dah ada kerja lain sebab tu kau berhenti. Tak gitu?" Jawab Adi sarkastik. Sengaja nak menyakitkan hati aku. Mesti tahu daripada Dato' Zamri ni.

"Kau perli aku?" Aku menampar bahunya geram. Tiap kali aku marahnya mesti bahu dia jadi sasaran.

"Rileks la Iman. Aku nak jumpa kau pun tak boleh ke? Ni aku nak tanya kau kenapa kau berhenti?"

Aku diam sejenak. Patut ke aku mengadu dekat Adi? Lagipun dialah satu-satunya kawan aku yang memahami aku.

"Haritu aku ke rumah Meera." Aku memandang Adi. Menunggu responnya. Ternyata riak wajahnya berubah terkejut.

"Kau tahu?

"Tahu apa?" Aku menyoal semula.

"Yang aku kena kahwin dengan Meera. Mesti Fahri bagitahu kan?"

Aku mendengus apabila Adi menyebut nama lelaki itu. "Benci aku dengar nama mamat tu."

"Kenapa pulak?"

Sedaya upaya aku menahan daripada keluar air mata. Sebak. "Aku dengar perbualan Meera dan Fahri. Fahri kata dia cuma anggap aku kawan. Tak lebih daripada tu. Sedangkan dia tahu aku suka dia. Tapi dia bagi aku harapan. At last aku yang bertepuk sebelah tangan. Sebab tu aku berhenti kerja. Aku tak boleh tengok muka dia."

"Dari mana kau tahu pasal Meera? Macam mana kau tahu rumah dia?"

Aku mengesat seketika air jernih di tubir mata sebelum menyambung. "Aku tahu pasal Meera daripada papa kau. Aku curi-curi dengar perbualan kau dari telefon. Then aku tanya Fahri. Dia pun tunjukkan la di mana rumahnya. Rupa-rupanya Fahri dan Meera adik beradik angkat. Dan Fahri suka dekat Meera." Aku teresak-esak.

"Dah la tu Iman. Lupakanlah lelaki itu. Listen here." Adi memegang bahu aku bagi menghadapnya. Dia menatap anak mata aku dalam-dalam.

"Iman, masih ada ramai lagi lelaki yang nak kat kau. Yang jauh lebih baik daripada Fahri. Kau je yang tak nampak, Iman."

Aku mengesat air mataku perlahan. "Mana? Mana lelaki tu? Pakcik jaga tu ke? Tak nak lah aku." Aku menunjukkan pakcik jaga yang dari tadi duk curi-curi pandang ke arah kami. Lepas tu tersengih-sengih. Cucuk biji mata tu karang!

"Lelaki tu ada depan mata kau ni." Jawab Adi.

Aku melihatnya. "Siapa? Kau ke?"

"Ya. Aku lah tu."

Aku terus tergelak terbahak-bahak. Haih. Adi.. Adi.. pandai betul buat lawak. Jenaka apa kah ini? Adi kawan baik aku. Memang tak lah aku bercinta dengan kawan baik aku.

"Kenapa kau gelak? Aku rasa aku tak buat lawak pun." Soal Adi serius. Aku terus terdiam.

Kenapa dengan Adi ni? Ke dia cuma main-main je? Aku mula rasa tak senang duduk. Pandangan redup Adi buat aku gelisah.

"Kau serius ke?" Aku berani menyoal.

Adi meraup mukanya. "Kenapa? Salah ke aku nak kahwin dengan kau? Dosa ke? Tak kan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience