bab 6

Romance Completed 6473

"Kau tak nak kahwin ke?" Aku menyoalnya.

"Aku tak nak kahwin dengan pilihan papa."

Aku tergelak dalam hati. Sama macam jawapan aku semasa ibu paksa aku kahwin. Minuman fresh orange disedut seketika bagi melegakan tekak yang haus.

Sempat mata aku menangkap gadis-gadis yang berada di meja sebelah kami tersenyum-senyum memandang Adi. Apabila Adi memandang ke tepi, mereka selamba melambai-lambai tangan, gedik. Adi kelihatan tidak selesa menjadi perhatian.

"You know what. Kau memang kena kahwin. Sebab apa? Sebab kau tu handsome. Ramai perempuan tergila-gila kan kau. Kalau kau kahwin. At least kuranglah gadis nak ngorat kau. Ya lah. Mostly women tak pilih lelaki yang dah berpunya."

Adi tersenyum. Tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas tangan ku di atas meja. Mataku membulat. Baru nak tarik, Adi mengenggam tanganku kemas.

"Kau dah kenapa?!" Soalku dengan nada yang keras.

Tiba-tiba terdengar kerusi di meja sebelah kami di tolak hingga terlaga meja besi. Kelima-lima gadis di meja tadi terus berlalu sambil menjeling menyampah ke arah kami.

"You right. Mostly women tak pilih lelaki yang dah berpunya." Adi tersengih kemudian.

Aku menarik tanganku kembali yang masih melekap di tangannya. "Kau pergunakan aku? Semata-mata nak halau budak-budak tu? Teruklah kau ni!" Rengusku.

Hish. Baling dengan meja ni kang!

"Alah relax lah. Kau patut rasa bertuah sebab dapat berlakon jadi girlfriend aku yang handsome ni."

"Perasan!"

Adi ketawa galak. Heh. Menyampah aku.

*********************************

Misi aku untuk membawa Adi pulang gagal. Aceceh! Macam aku ni Sherlock Holmes pulak nak ber misi-misi. Dato' Zamri kata Adi akan mendengar kata aku. Tapi tak! Adi adalah lelaki paling degil pada abad ni. Mana mungkin dia akan dengar cakap aku. Tetapi aku berjaya dapatkan telefon bimbit Adi. Lantas aku beri nombor telefon kepada Dato' Zamri. Adi tahu. Dan dia tak kisah kalau aku bagi sekalipun. Itu membuat aku sedikit musykil. Selalunya dia akan marah-marah kalau aku bagi nombornya pada papa dia. Walau selama ni dia marah sekalipun dia tetap mahu berkawan dengan aku. Setiap kali aku beri, dia mesti marah. Begitulah seterusnya. Tak serik-serik aku kan?

Tetapi lain pulak kali ni. Seolah-olah dia mahu berurusan dengan papanya. Aku rasa nak siasat lagi. Siapa suruh jadikan aku orang tengah? Aku patut tahu. Mana tahu aku dapat tolong mereka beranak supaya berbaik semula.

Setelah aku beri nombor itu kepada Dato' Zamri, aku terus keluar daripada biliknya. Sengaja aku tidak menutup rapat pintu agar aku dapat mendengar perbualan mereka.

"Baliklah Adi. Jangan buat papa dengan mama macam ni. Kamu tahu tak betapa risaunya mama dengan kamu."

"...."

"Papa buat semua ni untuk kebaikan Adi jugak. Papa yakin Adi mesti bahagia dengan pilihan papa. Lainlah kalau Adi ada pilihan Adi sendiri. Mesti tak ada kan?"

"...."

"Okey. Papa bagi masa satu minggu untuk Adi cari menantu untuk papa. Kalau tak. Nak tak nak, Adi kena kahwin juga dengan Meera. No excuse!"

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Kedengaran bunyi tapak kaki menyusur ke arah pintu. Aku syak Dato' Zamri mahu keluar daripada biliknya. Segera aku berlalu dari situ dengan kalutnya.

Akibat terlalu tergopoh gapah aku terlanggar tubuh seseorang.

"Sorry sorry sorry." Ucapku kalut. Baru je aku nak melangkah semula terasa ada tangan memaut lenganku.

"Kenapa ni Iman?"

Aku berpaling memandang wajah kacak itu. "Err.."

"Its okay. Calm down. Lets sit here." Dia membawa aku ke pantry. Aku menjadi tidak betah disitu. Aku pergi ikut jugak kenapa?

"Awak okay?" Dia meletakkan tangannya pada dahi aku.

"Tak panas pun. Kenapa muka pucat je ni?"

Pandangannya yang lembut tu buat aku goyah. Kemudian aku cepat-cepat sedar. Aku mungkin perlukan bantuan Fahri.

"Err boleh awak tolong saya seuatu tak?" Soalku.

"Untuk awak semua boleh."

Aku tersipu-sipu.

"Awak. Sebelum tu saya nak tanya. Kenapa awak tak bagitahu awak anak saudara Dato'?"

"Macam mana awak tahu? Dato' bagitahu awak?"

Aku laju menggeleng. "Adi, dia kawan saya. Dia beritahu saya."

Fahri tersentak. Tak tahu kenapa muka dia macam terkejut sangat.

"Oh."

Erk? Itu je yang jawabnya. Sedar ada soalan yang tidak berjawab aku terus menyoal. "Kenapa perlu rahsiakan yang awak anak saudara bos?"

"Saya cuma tak nak dilayan istimewa oleh pekerja lain."

Aku mengangguk faham.

"Awak nak saya tolong apa?" Soalnya pula.

"Awak kenal tak perempuan yang  Dato' nak jodohkan dekat Adi?"

"Kenal. Kenapa awak tanya?"

Aku tersenyum lebar. "Awak tahu kat mana tempat tinggal dia?"

"Tahu. Kalau awak nak esok saya bawa awak jumpa dia."

"Ye ke? Terima kasih awak. Okeylah. Saya sambung kerja dulu eh." Ucapku dan dia hanya menghantar aku dengan senyuman.

Baru lah bersemangat nakbuat kerja. Semoga Adi berbaik-baiklah semula dengan family dia. Itu doa aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience