bab 11

Romance Completed 6473

Sudah seminggu aku tidak keluar rumah. Naik bosan aku. Mujur ada novel yang dapat menghilangkan kebosanan aku. Kaki aku yang bengkak sudah baik pulih. Aku sudah mampu berjalan dengan baik. Dan sudah seminggu jugak aku tak jumpa Adi mahupun Fahri. Berhubung dalam talian jauh sekali.

Kalau Fahri, memang tak jumpalah memandangkan dia duduk Johor. Tetapi Adi. Kenapa dia tak contact aku langsung? Dia senyap. Aku pun senyap. Tapi kenapa tak datang lawat aku? Last aku jumpa dia pun, masa dia hantar aku balik rumah minggu lepas. Kenapa tiba-tiba aku merasa kehilangan? Pelbagai soalan dalam kepala aku yang tiada jawapannya.

"Termenung apa itu adik oi?"

Suara Ilham mengembalikan aku ke dalam dunia nyata. Buaian yang aku duduki dihayun perlahan. Ilham mengambil tempat disebelahku.

"Esok Iman dah mula kerja kan?"

"Hmm."

"Kenapa ni? Macam tak bersemangat je."

"Abang. Can you explain to me. What the mean of love?" Soalku kepadanya. Wajahnya ditatap meminta jawapan.

"Love tu..."

Aku menunggu jawapannya dengan penuh rasa debaran.

"Maksudnya sayang lah." Sambungnya membuatkan aku menepuk dahi sendiri.

"Seriuslah abang. Kata doktor cinta." Sindirku.

"Okey. Okey. Macam ni.. susah nak cakap maksudnya. Ianya terlalu complicated."

Aku mengusap dagu. "Maksudnya? Abang rasa apa maksudnya cinta?"

Ilham membaringkan kepala ku pada bahunya. Jarinya bermain-main dengan dengan rambut panjangku.

"Ada yang kata cinta adalah dimana bila dua manusia itu berasa saling memerlukan. Saling sayang menyayang. Saling mengasihi antara satu sama lain. Cinta juga membawa maksud bila seseorang tu korbankan dirinya demi orang yang dicintainya bahagia bersama dengan orang lain.

Sebab cinta kadangkala tak semestinya bersama. Cinta juga bila pasangan itu saling rindu merindui. Saling rasa diperlukan untuk berada disamping pasangannya. Kenapa Iman tanya ya? Iman dah jatuh cinta ke?" Sengih Ilham.

Aku berkerut. Aku.. aku dah jatuh cinta ke? "Entah. Macam mana kita nak tahu yang kita dah jatuh cinta?" Aku menyoal lagi.

Ilham ketawa perlahan. "Takkan Iman tak pernah jatuh cinta sebelum ni. Yang haritu Iman kata Iman suka dekat seseorang tu. Yang abang suruh Iman luahkan perasaan Iman dekat dia tu. Bukan Cinta?"

Ya. Memang aku pernah kata aku suka kepada Fahri. Tetapi tak bermakna aku cinta kepada Fahri. Nampaknya aku dah mula faham.

"Iman rasa Iman cuma suka. Bukan cinta. Iman rasalah." Jawabku.

Ilham mengagguk. Dia mengelus lembut rambut aku. "Okey berbalik pada soalan Iman tadi. Macam mana kita nak tahu kita dah jatuh cinta. Pertama. Kita selalu teringatkan pasal dia. Kedua. Kita rindukan dia. Ketiga. Bila kita berdepan dengan dia, kita rasa berdebar. Yang ni confirm. Tak berdebar tak sah.

Keempat. Kita cemburu bila lihat dia dengan orang lain. Kalau lelaki dia cemburu tapi tak tunjuk. Diaorang suka berlagak macho. Tunjuk steady depan perempuan. Walau sebenarnya dia cemburu melangit. Biasalah, lelaki ego tinggi berbanding perempuan."

"Kelima?"

"Kelima, bila kita dekat dengan dia kita rasa tenang, rasa selamat dan sebagainya. Keenam.. hmm banyaklah. Kalau cerita sampai lusa tak habis. Yang pasti kita kena yakin yang kita cintakan orang tu. Masih tak dapat jawapan lagi. Cuba tanya hati kita di lubuk hati yang paling dalam. Betul ke kita cintakan orang tu. Sebab kadang-kadang cinta hadir tanpa kita sedar.

Kalau tak dapat jawapan lagi. Berserah pada Allah. Minta petunjuk. Solat istikharah. Kalau betul dia jodoh kita, minta Allah dekatkan hati kita dengan hati dia. Begitulah sebaliknya."

Aku tersenyum mendengar jawapan abangku. Jawapan yang cukup buat aku tersedarkan sesuatu.

"Terima kasih abang. Sayang abang." Aku memeluk Ilham seerat-eratnya.

"Eh, terima kasih je? Bagi lah KFC ke pizza ke?"

Aku mencebik. Eleh demand pula abang aku sorang ni. Tapi tak apa. Disebabkan Ilham dah beri jawapan yang aku nak, aku turutkan apa yang dia nak. Lagipun aku dah lama tak makan Pizza ni. Rasa kempunan pulak. Order delivery lah senang!

*********************************

Pulang daripada pejabat aku singgah Giant bagi membeli barang dapur. Di sana tak semena-mena aku ternampak Meera. Aku ingin tegur tapi dia pula yang tak nampak aku. Suasana di situ pun agak sesak. Akhirnya Meera hilang dari pandangan aku.

Usai memasukkan barang-barang ke dalam bonet. Aku terus disapa Meera. Ternyata kereta Meera dipakir bersebelahan dengan kereta aku. Huh lelucon apakah ini?

"Eh jemputlah ke kenduri saya. Dua puluh hari bulan. Jangan lupa datang tau." Meera menghulurkan sekeping sampul surat berisi kad kahwinnya. Aku tergamam mendengarnya.

Entah kenapa hati aku luluh. Namun aku cepat-cepat mengawal riak. Kad bertukar tangan sambil memberikan senyuman kepada Meera.

"Okaylah. I have to go now. Nanti kita jumpa ya. Bye. Assalamualaikum." Ucap Meera sebelum berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terkaku di situ.

"Waalaikumsalam..." Balasku lemah.

Aku menelan liur yang tiba-tiba tersekat. Air mata yang mahu tumpah pantas diseka. Sampul surat berwarna kuning coklat itu ditenung sebelum aku masukkan ke dalam dashboard kereta. Akhirnya cerita aku tamat. Betullah kata abang Ilham cinta tak semestinya akan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience