bab 4

Romance Completed 6473

Balik daripada pejabat aku dan Arlana singgah di restaurant sekejap. Tengoh syok menjamu selera, mata aku ternampak Fahri makan sorang-sorang dekat suatu sudut. Terdetik hati aku nak teman dia. Ish apa aku ni? Jangan kau jadi perigi cari timba lah Iman oi.

"Eh tu bukan Fahri ke?" Soal Arlana. Aku buat-buat tak nampak.

"Mana?"

"Alah.. dekat situ.. Fahri!!" Panggil Arlana.

Aku menggigit bibir. Ish Arlana ni panggil dia kenapa? Aku dah tak senang duduk. Fahri menoleh ke arah kami berdua. Dia.. senyum.. macam senyum dekat aku je? Eh tak tak. Dia kan memang suka senyum.

"Jom lah join kita orang." Ajak Arlana lagi. Over pulak sampai semua pelanggan di situ memandang ke arah kami. Aku cubit peha Arlana.

"Kenapa kau panggil dia?" bisikku.

"Biarlah. Aku nak satukan korang ni." Ujar Arlana selamba. Aku dah mula gelabah saat lelaki itu duduk bertentangan kami.

Dari tadi, hanya Arlana yang banyak berborak dengan Fahri. Aku pula kadang-kadang je bersuara. Sesekali mata Fahri mencuri-curi pandang ke arah aku. Bila aku pandang, dia terus membuang pandang ke tempat lain.

Aku tersenyum dalam hati. Nak cover pula. Tapi hati aku berbunga-bunga bila dia curi-curi pandang gitu!

"Asal makan sorang je tadi. Tak makan dengan girlfriend ke?" Tiba-tiba Arlana menyoal sebegitu. Keningnya dijongket berkali-kali.

Fahri ketawa kecil. "Saya mana ada girlfriend." Fahri menjawab tetapi matanya memandang aku.

"Lelaki handsome macam awak takkan tak ada girlfriend?" Soal Arlana lagi. Aku hanya menjadi penengar dari tadi.

"Iman ada boyfriend?" Soal Fahri tiba-tiba.

Aku membulatkan mata. Tiba-tiba je tanya aku. Tetapi mujur Arlana yang jawabkan.

"Dia tak ada boyfriend. Macam awaklah single."

Fahri tersenyum memandang aku.

****************************

Aku terbaring lesu di atas sofa cerita yang dimainkan di televisyen langsung aku tak hiraukan. Tv yang tengok aku. Aku pula sedang sibuk berangankan Fahri. Teringat pula semasa kami saling mencuri-curi pandang di restaurant tadi.

Alangkah bahagianya kalau aku dapat miliki dia.

"Tersenyum sorang-sorang ni dah kenapa?"

Terjongket bahu aku dek terkejut. Aku makin tersengih menampakkan gigi aku yang tersusun. Kantoi pulak aku dengan abang sulung ku, Ilham.

"Biasanya, orang yang tersengih-sengih macam Iman ni maknanya tengah angau!"

"Hish tak adalah. Mana ada." Aku berdalih. Malulah aku.

"Eleh.. abang dah makan garam lebih dari Iman tahu. Abang tahu lah."

Aku hanya tersengih. Betul la tu...

"Iman dah ada calon suami ke?" Soalnya.

"Macam ada. Macam tak ada."

Ilham memandang aku pelik. "Apa yang ada? Apa yang tak ada? Tak faham lah abang."

Aku menggigit bibir. "Iman suka seseorang ni. Tapi Iman tak tahu dia suka Iman ke tak." Dengan tak malunya aku meluahkan perasaan kepada Ilham. Ya lah. Dia je lah tempat aku meluahkan perasaan.

"Kalau macam tu. Iman kena lah beritahu. Iman tak boleh pendamkan perasaan."

"Tapi kalau dia tak suka Iman macam mana?"

"Kalau tak suka. Padanlah muka Iman!" Ilham ketawa besar. Sebagai balasan aku hempuk dia dengan bantal sofa. Geram punya pasal.

"Seriuslah abang!"

"Itulah Iman. Iman kena belajar bab cinta dari abang. Abang ni doktor cinta tau." Ilham mendabik dada.

Aku mencebik. Doktor cinta konon. Tapi tak kahwin-kahwin. Eh aku pun sama. Cakap orang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience