bab 1

Romance Completed 6473

Mulutku sedikit memuncung apabila mendengar ibu ku membebel. Tak lain tak bukan pasal kahwin! Mana tak nya. Umur aku dah meningkat tetapi tiada seorang pun yang melekat!

Aku pun apa lagi? Pekakkan telinga je la. Nanti dah penat ibu membebel, dia berhenti lah. Aku bukan apa. Bukan aku tak nak kahwin. Tapi tak jumpa yang sesuai lagi. Kalau jumpa pun, bukannya cinta aku terbalas. Sokmo tepuk sebelah tangan. Aku yang syok sendiri. Kau rasa? Buang masa aje!

"Ibu dah tak tahu nak cakap apa dah. Ibu kenalkan semua anak kawan ibu, kamu tak nak. Dah tu kamu nak yang macam mana, cuba bagitahu ibu?"

"Err bu. Dah lewat malam ni. Esok Iman nak kerja. Kita bincang lain hari je lah eh. Good night. Sayang ibu." Aku terus mencium pipi ibu sebelum berlari masuk ke bilik tidur ku. Sempat telinga aku dengar bebelan ibu lagi.

Abang sulung aku tak kahwin boleh pula. Oh ya sebab dia lelaki. Lelaki tak apa kahwin lewat pun. Kata orang lah. Ibu pula nak sangat cucu. Aku jugak yang kena.

******************************

Aku memandang Arlana yang sedang sibuk dengan make up nya. Tagline nya Arlana tak touch up. Tak sah! Huh. Muka dah cantik. Nak make up tebal-tebal. Makin buat aku jealous aje. Hmm maklumlah. Aku bukannya cantik macam Arlana. Untungnya Arlana..

Astargfiruahalazim... mengucap aku seketika. Apa aku cakap ni? Aku patut bersyukur apa yang aku ada. Dah-dah lebih baik aku tumpukan kerja aku yang berlambak ni.

"Kau tahu tak Iman. Dekat office kita ada pekerja baru. Handsome you alls..  nasib baik aku dah kahwin, kalau tak..."

Aku buat-buat tak dengar. Walaupun sebenarnya tergerak hati aku untuk mengetahui lebih lanjut.

"Weh kau dengar tak ni?"

Aku memandang Arlana sekilas. "Hmm." Itu yang aku mampu jawab.

Arlana kelihatan tak puas hati dengan jawapan aku. Ye lah. Aku kalau bab-bab lelaki aku malas nak ambil tahu. Mugkin sebab tu kut sampai sekarang aku tak kahwin-kahwin. Dunia luar langsung aku tak peduli.

"Imann..!!!"

Aku memandang muka Arlana yang dah macam tepung gomak tu. Bibirnya hanya sebahagian je yang kena liptick. Perempuan ni pakai mekap macam mana? "Nak apa?" Soalku acuh tidak acuh.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni. Kut ye pun busy, respond la sikit."

"Ya intan patung... aku dengar. Aku belum pekak lagi."

Arlana tersengih-sengih. "Kau kan single lagi. Kau tak nak ke ushar-ushar mamat tu?"

"Malas. Lagipun aku ada banyak kerja daripada fikirkan benda yang tak penting." Aku menyambung tugasanku. Lebih baik aku sibukkan diri aku daripada mendengar gossip Arlana.

"Ala... kau ni belum tengok belum tahu. Lagipun.."

Tiba-tiba sahaja Arlana menghentikan ayatnya. Lama. Mulanya aku biarkan. Mungkin mulutnya dah kena stapler ke  gam ke apa aku pun tak tahu. Tetapi tiba-tiba aku rasa musykil aku pun toleh ke tempat Arlana. Peliknya Arlana tiada di tempat duduknya.

Mana pulak minah ni?

"Awak cari kawan awak ke?"

Aku toleh ke depan. Mata aku terpaku ke arah seorang lelaki yang berkumis nipis sedang tersenyum ke arah ku. Boleh kata aku ternganga jugaklah tengok muka dia yang kacak tu. Cepat-cepat aku tutup mulut. Takut nanti orang kata aku ni jakun tak pernah tengok lelaki handsome la apa la.

"Ya. Boleh saya bantu?" Aku menyoalnya. Sekadar berbasa basi kepada tetamu.

Lelaki itu tergelak kecil. "Soalan saya pun awak tak jawab lagi. Awak tanya saya pulak."

Aku memandangnya pelik. Aku tak tahu nak cakap apa. Salah ke aku tanya? Rasanya tak ada salah pun.

"Saya baru lagi dekat sini. Boleh awak tunjukkan dekat mana bilik bos?"

Oh aku rasa inilah lelaki yang Arlana cakapkan tu. Pekerja baru.

"Encik terus ke sana. Then belok kiri."

"Thanks. Oh ya. Please jangan panggil saya Encik. Panggil saya Fahri. Nama awak?"

Erk? Nama aku? Pelik betul. Tak pernah-pernah pula lelaki nak tahu nama aku.

"Iman." Jawabku sepatah.

Fahri melebarkan senyumannya apabila aku memperkenalkan diri. Dan senyumannya sangat indah dipandang. Pipiku mula memerah. Segera mataku memandang ke tempat lain.

"Nice to meet you Iman." Ucapnya lalu mengenyitkan sebelah mata kepada ku sebelum berlalu ke bilik bos.

Aku terpaku melihatnya. Indah sungguh ciptaan tuhan. Rasanya aku benar-benar tangkap cintan. Okey ibu. Ibu nak sangat menantu kan? I got what you want. Aku tersenyum sendiri.

"Oit"

Aku tersentak. Aku melihat Arlana kembali ke tempat duduknya

"Senyum sorang-sorang ni kenapa ha?" Arlana menjongket keningnya bekali-kali. Aku hanya tersengih memandangnya.

"Kau ke mana?" Soalku.

"Samad panggil aku tadi. Amboii kemain rancak kau berborak dengan budak baru tu ya."

Aku menggeleng. "Mana ada. Dia cuma tanya aku dekat mana bilik bos. Tu je."

Arlana memandang aku penuh curiga. "Ye ke... kalau tak kenapa kau duk tersenyum sorang-sorang? Dah tersangkut lateww."

Aku menggeleng sambil tersenyum mendengar celoteh Arlana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience