bab 9

Romance Completed 6473

"Kenapa? Salah ke aku nak kahwin dengan kau? Dosa ke? Tak kan?"

Kata-kata Adi semalam bermain dalam fikiranku. Tak mungkin. Kenapa pula Adi suka pada aku? Aku dengan dia cuma kawan baik. Tak lebih daripada tu. Aku mengeluh perlahan.

Tak lama selepas itu aku terima mesej daripada Adi.

-Papa nak kau kerja balik. Dia tahu kau masih menganggur. Pasal Fahri, kau jangan risau. Dia dah tak kerja situ.-

-Dia kerja mana?-

-Sebenci-benci kau dekat dia. Kau tetap nak ambil tahu pasal dia kan?-

Aku tersenyum membaca mesej Adi. Cemburu ke?

-Mana ada. Aku cuma pelik je kenapa dia tak kerja situ dah. Takkan sebab aku kut.-

-Jangan perasanlah sebab kau. Dia ditukar tempat kerja di johor. Tak ada kena mengena dengan kau pun.-

Aku mengetap bibir geram. Melampau Adi ni. Dia ingat aku ni terhegeh sangat ke dekat Fahri tu. Aku masih ada maruah okey. Dengan pantas aku menaip keyboard membalas mesejnya yang tak bertauliah tu.

-Aku bukan perasan. Aku cuma tanya je. Yang kau kenapa nak tuduh aku bukan-bukan!?-

Aku bagi sekali emoji marah. Baru je aku nak tekan send tiba-tiba Adi menghantar lagi mesej kepada aku. Aku membuka mesejnya dulu.

-Sebab yang ada kena mengena dengan kau adalah aku. Aku orangnya yang patut ada kena mengena dengan kau.-

Aku tersengih. Draft yang tak sempat aku hantar kepadanya aku padam. Tak jadi nak hantar lepas terima ayat begitu. Ayat yang kedengaran biasa tetapi sangat mendalam.

******************************

Hari ni aku dah start kerja macam biasa. Happy tak terkata aku dapat kerja aku semula. Sejujurnya aku sayang dengan company ni. Mugkin sebab tu kut aku minta kerja selama ni tak dapat. Sebab rezeki aku ada disini. Khidmat aku masih diperlukan disini.

"Ohh lepas saya dah pergi dari sini, baru awak nak kerja sini."

Terbuntang aku apabila mendengar suara yang amat aku kenali itu. Aku memandang Fahri. Bagaimana pula dia ada disini?

"Macam mana awak..." belum sempat aku menghabiskan ayat, Fahri memotong.

"Memang saya dah tukar kerja. Saya tahu awak kerja sini balik. Saja saya singgah sini nak jumpa awak. Kalau tak, bila lagi saya jumpa awak kan?" Dia tersenyum memandang aku. Lesung pipit dia tu yang sering buat aku igaukan dia sepanjang malam. Tapi tu dulu. Semasa aku buta hati tak nampak kebenaran.

"Saya tak nak jumpa awak. Jadi lebih baik awak pergi dari sini." Sedap aku halau dia. Dah la ni company bapak saudara dia.

"Iman. Straight to the point. Saya nak tebus balik kesalahan saya. Kita kahwin?"

Aku sedikit terkedu. Apa benar Fahri sedang melamar aku? Aku pantas menggeleng kepala. Mana mungkin semudah itu aku terima setelah hati aku dikecewakan.

"Awak tak cintakan saya. Kenapa pulak awak nak kahwin dengan saya?" Aku menduga.

"Saya suka awak. Cinta tu boleh dipupuk lepas kahwin nanti. Saya janji saya akan cintakan awak sepenuh hati saya."

Aku mengetap bibir. Tiba-tiba rasa marah. "No! Awak nak kahwin dengan saya sebab awak rasa bersalah dekat saya. Bukan sebab awak suka saya. Awak suka Meera. So please. Leave me alone!"

Laju aku mengatur langkah namun Fahri sempat memaut lengan aku. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.

"Kenapa awak tak nak terima saya? Bukankah awak cintakan saya?"

"Saya tak cintakan awaklah. Lepaslah!!!"

"No. You lie!" Aku meronta lagi. Lengan aku terasa sakit apabila aku meronta daripada cengkaman Fahri.

Buk!!

"Let her go!"

Tiba-tiba Fahri terjelopok jatuh. Aku tergamam. Aku melihat Adi melepaskan tumbukan keduanya tepat mengena muka Fahri.

"Adi, cut it out!" Aku segera menenangkannya. Adi mendengar kataku. Dia berhenti daripada membelasah Fahri. Aku sedikit teruja. Betul kata Dato' Zamri, Adi dengar kata-kata aku. Kadang-kadanglah!

"Kau okey?" Kedua-dua tangannya memegang pipiku lembut. Lagaknya risau sangat dengan keadaan aku.

"Aku okey. Sihat wal afiat." Balasku berseloroh. Adi tersenyum melihatku. Kemudian matanya berkalih memandang Fahri yang sedang mengesat darah pada bibirnya.

"Jangan kau berani dekat dengan Iman. Kalau tak siaplah kau!" Herdik Adi.

"Kau apahal hah Adi!? Kau rampas Meera daripada aku. Sekarang Iman pun kau nak. Apa sebenarnya masalah kau ni?!" Tengking Fahri.

"Hei aku tak nak lah Meera tu. Kau nak sangat. Kau ambil lah dia. Ambil lah. Ambil!" Balas Adi angkuh seraya menarik aku agar mengikutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience