bab 13

Romance Completed 6473

Aku terasa ada sesuatu yang aku terlepas pandang. Lantas aku membuka kunci kereta. Dashboard laju dibuka. Sampul surat berwarna kuning coklat dikeluarkan berserta kad didalamnya. Kad merah jambu itu ditatap sebelum mulutku ternganga luas. MasyaAllah..

"Tapi kau.. bukan sepatutnya kau..."

"Aku dah agak yang kau sebenarnya cintakan aku." Adi tersenyum meleret.

"Macam mana kau er.." tidak jadi aku menyambung ayat. Asyik tersekat daripada tadi lagi.

"Papa suruh aku carikan menantu untuk dia kalau tak nak kahwin dengan Meera. Jadi aku pinang kau. Dan Meera pula kahwin dengan abang angkat dia." Bagai memahami maksud aku, Adi menjawab.

"Dengan Fahri?" Aku menjongketkan kening. Seperti tidak percaya. Sedangkan nama yang tertera pada kad itu menunjukkan buktinya. Sudah terang lagi bersuluh kan.

"Ye. Dan aku kahwin dengan kau. Mukatamad. Any question?"

Selama ni aku ingat kan Adi yang kena akan berkahwin dengan Meera. Rupa-rupanya aku tersilap. Fahri yang berkahwin dengan Meera. Selama ni aku salah anggap. Erghh! Buat penat je aku menangis selama ni!

Tak semena-mena aku mencubit lengan Adi geram!

"Aduh sakitlah sayang!" Adi menggosok-gosok lengannya. Aku tersenyum nipis.

"Tu sebabnya kau hilangkan diri selama ni. Kau langsung tak lawat aku."

Kemudian aku menampar bahunya pula. "Yang tu sebab..."

Adi meletakkan jari telunjuknya pada bibirku. "Sebab aku cintakan kau." Ucapnya.

"Tak lah. Sebab kau buat aku menangis!" Aku pantas berlalu dari situ sambil tersenyum. Adi mengejarku.

"Ya ke? Bukan sebab buat kau jatuh cinta dengan aku?"

Aku tersenyum lagi. "Don't talk with me. Nak merajuk!"

"Alolo.. janganlah merajuk."

Aku ketawa lucu melihat Adi buat muka comel. Kami bersama-sama beriringan ke khemah pengantin. Meera yang ternampak kami berdua tersenyum seraya melambai-lambaikan tangannya ke arah kami.

********************************

Aku membuka mataku luas, terkejut. Mimpi ke? Terasa ada tangan sedang memegang lembut pergelangan tanganku.

"Kenapa tak tidur lagi?"

Aku menoleh melihat suamiku disisi. Matanya fokus ke arah monitor komputer ribanya manakala jemarinya kanannya berlari di atas keyboard tetapi tangan kirinya menggenggam tanganku seperti tidak mahu dilepaskan.

"Eh, Abang kejutkan sayang ke?" Soal Adi panik.

Aku menggeleng perlahan. "Abang tu tak tidur lagi kenapa hmm?" Soalku sambil mengusap lembut pipi Adi.

"Abang tengah siapkan novel abang ni. Sikit aje lagi. Sayang tidur lah dulu." Adi mengusap lembut tanganku.

"La.. tak siap lagi ke?" Tubuhku terus bertukar posisi daripada baring aku duduk menyandar.

"Elok-elok sayang. Baby tu.." tegur Adi sambil mengusap perutku yang sedikit memboyot ke depan. Risau betul dia.

"Jomlah tidur.. esok-esok je lah siapkan." Ujarku lembut di telinganya.

"Ala.. sayang janganlah goda abang."

Aku tergelak kecil mendengar rengekan Adi. Mengada-ngada! Tidak lama kemudian...

"Haa siap pun.." ujar Adi gembira. Mataku yang mula-mula layu terus tercelik semula. Aku menelek manuskrip yang dibuatnya.

"Baguslah.. dah jom tidur." Aku membaringkan semula tubuhku. Baru nak pejam mata, Adi bersuara lagi.

"Tapi... ada satu masalah." Ujar Adi tiba-tiba buat aku sedikit mendecit.

"Apa lagi abang..." soalku dengan mata terpejam. Haih nasiblah dapat suami novelis ni.

"Abang tak tahu nak letak tajuk apa.. sayang tolonglah bagi abang idea." Adi merengek macam budak-budak.

Tergeleng aku mendengarnya. "Ermm abang letak je lah apa-apa. Sayang dah ngantuk ni. Baby pun dah mengantuk dah.. papa dia buat bising pulak."

Adi tergelak. Perutku diusap. "Baby tengok mama baby ni. Bukan nak tolong papa bubuh tajuk novel. Baca novel papa nak pulak. Mentang-metang novel papa meletop kan baby?"

Aku tergelak nakal. Ya, memang aku sering membeli novel hasil dari karya suami aku sendiri. Tak sangka. Tulip hijau adalah nama pena Adi yang pernah menjadi sahabat aku, kini menjadi suami aku yang tercinta.

"Ermm what about... kau pilihanku? Sebab ni kan kisah cinta kita? Akhirnya, sayang pilih abang."

Usai aku memberi idea, Adi tiba-tiba mencium pipiku. Aku terpana! "Thanks sayang! Abang cintakan sayang."  Ujarnya sebelum jarinya menaip laju pada papan kekunci itu.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience