bab 3

Romance Completed 6473

Sudah lama aku tidak bertegur dengan Adi. Bukan aku yang tak nak tegur. Tapi dia yang tak nak tegur aku. Aku pun malas lah nak ambil kisah pasal dia. Kalau dah pinggan tak retak, nasi tak dingin. Dia tak nak, aku lagi tak hingin. Adios!

"Bos nak jumpa kau." Beritahu Arlana. Aku terperanjat. Kenapa bos nak jumpa aku? Aku ada buat salah ke. Bila aku tanya Arlana dia cuma angkat bahu tanda tak tahu.

Tidak membuang masa aku terus mengatur langkah ke bilik bos. Aku mengetuk pintu dua kali.

"Masuk." Terdengar arahan daripada bos.

Aku berdoa dalam hati semoga tiada kesalahan yang aku lakukan. Alah.. bos nak naik pangkat aku ni. Aku fikir positif. Kata orang, positif kita fikir, positif lah yang berlaku.

Aku memulas tombol pintu. Buk!

"Aduh!"

Tiba-tiba aku rasa seperti pintu yang aku buka terkena seseorang. Alamak! Aku gelabah. Rupa-rupanya daun pintu ni terkena Fahri yang juga kebetulan mahu keluar daripada bilik bos.

"Awak. Awak tak apa-apa ke?" Soalku kalut.

Hish! Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?

"Its okay. Sikit je ni." Ujar Fahri lembut. Dia tersenyum nipis. Hish dah kena hempuk dengan pintu pun boleh senyum lagi.

Aku menoleh ke arah Dato' Zamri. Dia tersenyum-senyum ke arah kami berdua. Aku kembali memandang sepasang anak mata milik Fahri.

"Sorry sangat-sangat. Saya tak sengaja. Sakit ke? Nak saya ambilkan balm?"

"Eh tak lah. Saya okay je. Awak masuklah dulu. Bos nak jumpa awak." Fahri memberikan senyuman walaupun tangannya menggosok-gosok dahinya. Dia melangkah keluar daripada bilik bos.

"Sorry bos."

Dato' Zamri ketawa kecil. "Kenapa minta maaf pulak?"

"Sebab pintu tadi terkena anak saudara bos."

Dato' Zamri tersengih. Sebenarnya satu company tak tahu Fahri tu anak saudara bos. Aku tahu pun daripada Adi.

"Jadi awak dah tahu Fahri tu anak saudara saya?"

Aku mengangguk. Hmmm kena marah ke? Lagipun aku tahu daripada Adi. Kan Dato' Zamri sendiri tahu aku berkawan dengan anaknya.

"Err ada apa bos nak jumpa saya?"

"Oh ya. Awak ada nombor Adi tak? Nombor dia yang baru."

Adi selalu bertukar-tukar nombor semata-mata tak nak ibu bapanya contact dia. Aku jugak yang jadi orang tengah. Kali ni bos meminta nombor baru Adi lagi. Pasti dia sudah menukar nombor lain.

"Saya dah lama tak contact dia bos. Nombor dia yang saya baru bagi dekat bos tu dia dah tak guna dah ke?"

Aku sendiri dah lama tak contact dia. Jadi dia dah tukar nombor ke belum, aku sendiri tak tahu. Selalunya dia akan beri nombor baru dia kalau dia dah tukar. Tapi sekarang ni, kami bergaduh.

"Nampaknya macam tu lah. Saya ingat awak ada lah nombor dia yang baru. Ke awak tak nak bagi?" Soalnya berbaur curiga. Aku pula yang kena.

Aku pantas menggeleng. Tak pernah sekali aku tak beri. "Demi Allah bos. Saya tak ada nombor dia. Kami dah lama tak berjumpa. Mungkin masing-masing busy. Nanti kalau saya jumpa dia, saya mintak dekat dia."

Dato' Zamri tersenyum akhirnya. "Sorry susahkan awak. Adi tu.. degil orangnya. Tak tahu dah saya nak buat macam mana."

Hmm nak sangat aku tahu apa sebenarnya yang membuatkan Adi merajuk dengan keluarganya. Adakah sebab bos tak beri dia ambil alih syarikat? Tapi kenapa? Bukankah memang selayaknya syarikat ini diturunkan kepada Adi?

"Datin Fauziah pun dia tak call ke?" Aku menyoal. Teringat pula kepada mama Adi. Walaupun Adi tidak saling berhubung dengan mereka tetapi dia ada contact mamanya melalui email. Hanya dengan Datin dia rapat.

"Tidak ada maknanya dia nak beri nombor telefon dia dekat kami." Dato' Zamri mengeluh perlahan.

"Nanti saya minta dekat dia ya bos"

"Terima kasih. Nasib baik ada awak, Iman."

Aku terus meminta diri menyambung kerja.

Aduh! Dah satu kerja aku nak pergi cari budak bertuah tu. Lepastu nak kena pujuk lagi. Aku tergaru-garu kepala yang tak gatal. Itulah kau Iman.. terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata hah cari lah kau si Adi sampai ke lubang cacing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience