BAB 6

Romance Completed 19898

“Makan ni.” Maira meletakkan dulang berisi nasi, sup daging, sayur bayam, dan segelas air masak di atas meja sebelah katil. Dia tahu Ilman tengah pandang tajam pada dia, tapi dia buat tak tahu saja. As long as dia buat kerja dia, sudahlah. Ilman nak tengking dia ke, nak belasah dia ke, itu belakang kira. Janji dia buat amanah yang diberikan pada dia.

‘Saya nak mintak tolong awak.’

‘Tolong apa?’

‘Tolong jagakan Ilman untuk mama?’

‘Hah???’

‘Please? Sementara saya carikan nurse baru untuk dia?’

Itu amanah yang diberikan oleh Irsyad pada Maira. Pada mulanya Maira tak berapa nak setuju, tapi bila mengenangkan riak wajah Cikgu Hayati yang berubah bila dia menolak amanah Irsyad, dia jadi tak sampai hati. Dan entah macam mana, selepas itu dia terus saja bersetuju. Dia bersetuju mungkin sebab dia tak sampai hati nak kecewakan Cikgu Hayati, ataupun sebab Irsyad memberi kepercayaan pada dia untuk menjaga adiknya yang banyak cekadak itu.

“Kau ingat aku apa? Setiap hari bagi aku makan sup. Ingat aku budak-budak ke?” Macam biasa, suara itu akan komen apa saja yang tak kena.

“Orang lain kat luar tu entah makan, entah tak, awak.” Selamba Maira menjawab. Kemudian dia berlalu ke tingkap dan selak langsir. Tingkap dibuka luas-luas supaya angin masuk ke dalam bilik yang suram itu.

“Hei, siapa suruh kau bukak tingkap?! Tutup balik!!”

“Bilik awak ni… kepam, awak tahu tak? Wap air terperangkap, tak boleh keluar. Sebab tu saya bukak tingkap, biar bilik awak ni segar sikit. Dengan awak-awak sekali segar.”

“Peduli apa aku! Baik kau tutup balik tingkap tu. Silau!”

Maira berdiri menghadap Ilman. “Kalau awak dapat habiskan lunch awak, baru saya dengar semua yang awak cakap. Deal?”

Ilman dah buat muka bengang. Maira tahu, tak lama lagi mesti berbakul-bakul sumpah yang akan keluar dari mulut Ilman. Dah lima hari dia jadi ‘babysitter tak bertauliah’ si Ilman ini, dia dah dapat tangkap apa yang akan Ilman buat seterusnya untuk tunjukkan bantahan. Setakat ni, dah banyak dah makian yang Maira terima daripada Ilman – perempuan kerek, gila, singa dan banyak lagi. Tapi, Maira buat pekak saja. Kita tengok pulak apa yang keluar dari mulut Ilman hari ini.

“Suka hati kau la.” Satu ayat itu keluar dari mulut Ilman.

Maira ternganga.

‘Suka hati kau la?’

Dia tak salah dengar, kan? Memang Ilman cakap macam tu, kan? Fuh… macam pelik. Setakat ni, itulah ayat yang paling sopan yang pernah keluar dari Ilman. Mana perginya semua perkataan yang negatif yang selalu keluar dari mulut lelaki itu?

“Ni apasal sayur ni banyak sangat ni? Ingat aku ni vegetarian ke apa?” Ilman complaint lagi sambil menguis sayur bayam di dalam pinggannya dengan sudu.

Maira mengeluh. Mamat ni la… ada je yang dia tak puas hati! Baru saja Maira nak buka mulut untuk membalas complaint si Ilman itu, Ilman dah menyampuk dulu.

“Ah, tak payah jawab. Aku dah tahu jawapan kau.” Ilman jawab sambil memindahkan sekeping daging ke pinggan. Dia langsung tak dongak memandang Maira, sebaliknya sibuk dengan nasi di pinggan. “Bersyukur la, awak. Orang kat luar tu entah-entah tak makan.”

Maira rasa tercekik. Bukan sebab Ilman dah hafal jawapan yang dia akan bagi. Tapi sebab Ilman mengajuk cara dia cakap – dengan suara yang sengaja dikecilkan macam suara kartun – dan dengan bahu yang digerak-gerakkan, kononnya nak meniru gaya Maira bercakap. Padahal Maira tak pernah pun buat gaya macam tu. Pandai-pandai je mamat ni!

“Eh, sejak bila saya buat macam tu?” Maira sedikit terjerit sambil menuding jari pada Ilman, memaksudkan gaya yang dibuat oleh lelaki itu.

Ilman hanya buat tak tahu dan terus menjamah makanan. Maira pula semakin pelik dengan sikap si Ilman ni – dah pandai terima makanan. Sebelum ni, bukan main menolak apa saja yang terhidang. Selain itu, Ilman dah rajin nak berborak walaupun kata-kata dia tu agak ‘tajam’. Tapi bila difikir-fikirkan balik, itu satu perkara yang positif. Sekurang-kurangnya lelaki itu ada ‘kawan’ untuk bercakap – iaitu Maira.

“Weh, Maria.” Ilman memanggil dengan mulut penuh.

Maira yang tengah mengemas meja kerja lelaki itu di tepi tingkap, laju menoleh. “Hei, nama saya MAI-RA la, bukan MA-RI-A!”

“Apa-apa la. Ni, aku rasa kau bukan nurse, kan? Apahal tiba-tiba ada hati nak jadi nurse aku ni? Abang aku bayar kau lebih ke?” tanya lelaki itu, selamba sambil terus suap nasi dalam mulut.

“Bila masa saya cakap saya nurse?”

“Sebab tu aku tanya, kau bukan nurse kan? Kau tak faham soalan ke apa?” Fuh, soalan yang bernada ‘tajam’!

“Ya, saya bukan nurse. So?”

“Kau penganggur?”

Maira ternganga. Apahal mamat ni sangat… senget? “Saya bukan penganggur la. Saya cuma tengah tunggu tawaran kerja. So, sementara tu saya tolong mama awak uruskan business kek online tu. Then, abang awak pulak mintak saya tengok-tengokkan awak. Takkan saya nak cakap ‘tak boleh’ pulak?”

Ilman senyap. Dia terus tumpukan perhatian pada lauk di pinggan. Seolah-olah dia tak bagi perhatian langsung pada apa yang Maira cakap tadi. Maira pula terus sambung kerja dia. Membersihkan meja kerja lelaki itu yang nampak agak serabut. Pelik juga dia sebab Ilman langsung tak ‘bising’ bila dia sentuh meja kerja itu.

“Weh, Maria.” Panggil Ilman lagi.

Maira mendengus. “Bukan Mar…”

“Kau tahu buat chicken pie tak?”

“Hah???”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience