BAB 1

Romance Completed 19898

Selepas hampir lima jam berhempas-pulas di dapur akhirnya siap juga projek kek mereka. Hari ini mereka menyiapkan dua biji kek country orange dan sebiji kek begium chocolate Kek yang sudah siap dihias dengan aising itu diletakkan di atas meja. Dia berpaling pada Cikgu Hayati yang masih sibuk menimbang tepung untuk membuat kek yang keempat untuk hari ini. Hari ini saja, Cikgu Hayati menerima tempahan sebanyak enam biji kek! Murah sungguh rezeki Cikgu Hayati hari ini.

“Cikgu, nak tambah apa-apa lagi tak kat kek ni?” Dia bertanya pada Cikgu Hayati sambil menunjuk pada kek yang dia hias tadi. Manalah tahu kalau-kalau Cikgu Hayati tak berpuas hati dengan hasil hiasan dia tu.

Cikgu Hayati menghampiri meja dapur itu dan melihat hiasan kek itu. Kemudian Cikgu Hayati tersenyum. “Hmm, cantik dah ni. Tak sia-sia cikgu mintak tolong Maira.”

Maira senyum. Dia taklah pandai menghias sangat, dia pun belajar daripada pengalaman. Ini pun sebenarnya kali pertama dia membantu Cikgu Hayati – cikgu Matematik masa dia sekolah menengah dulu – membuat kek. Dia tak tahu pula yang Cikgu Hayati membuat perniagaan kek online sejak berhenti menjadi guru. Dia tahu pun masa dia bertembung dan sempat berborak dengan Cikgu Hayati beberapa hari lepas di kedai runcit depan tu. Dan bila dia bercerita pada Cikgu Hayati yang dia masih menunggu surat tawaran daripada mana-mana syarikat untuk bekerja, Cikgu Hayati terus mengajak dia untuk sama-sama membantu perniagaan kek Cikgu Hayati ini.

“Kek mana lagi yang nak kena hias, cikgu?” tanya Maira.

“Kena tunggu yang tengah bakar tu ha. Lagi dua puluh minit siap la tu.” Cikgu Hayati menunjuk pada kek yang tengah dibakar di dalam oven.

“Okey.”

“Maira nak solat dulu? Kalau Maira nak solat, Maira naik tingkat atas, bilik Zati. Zati tak balik lagi. Selalunya hari Rabu macam ni dia ada kelas tambahan. Jadi, dia balik lambat sikit.”

“Zati anak bongsu cikgu ke?”

“Aah, dia tingkatan lima. Nak SPM dah.”

“Oh… mesti cikgu risau kan?” Teringat masa dia tingkatan lima dulu, Cikgu Hayati sangat risau apabila anak-anak muridnya nak menghadapi peperiksaan. Memang selalu macam tu – cikgu yang terlebih risau dan bimbang bila tiba masa peperiksaan.

“Mana tak risau, Maira. Anak sendiri yang nak ambil exam lagi la cikgu risau daripada zaman kamu semua exam dulu.”

Maira senyum. Ibu mana yang risaukan anak sendiri kan?

“Eh, Maira naik la dulu, solat. Cikgu tinggal sikit je lagi ni. Nanti cikgu solat. Lepas solat nanti, kita sambung sikit lagi, boleh?”

“Boleh, cikgu.” Senang hati Maira menjawab. “Saya naik dulu, eh? Err… bilik Zati yang mana satu?”

“Dia ada lekat nama dia kat pintu. Masuk je.”

“Okey.” Terus Maira keluar dari dari dapur dan panjat anak tangga untuk ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience