BAB 4

Romance Completed 19898

''Alhamdulillah, Yeay. Kek yang terakhir untuk hari ni!''

Maira senyum. Dia memasukkan kek keju itu ke dalam kotak. Sempat dia menjeling jam di dinding dapur, dah pukul 4.45 petang. Sempatlah dia solat Asar di sini sebelum balik nanti. Cikgu Hayati dah menghilang ke bilik, katanya nak mandi. Selepas membersihkan dapur dan meja, Maira terus ke ruang tamu. Dia nak minta izin daripada Zati untuk menumpang solat di bilik gadis itu.

“Zati.” Dia menegur Zati yang tengah bersila di ruang tamu sambil menyiapkan homework.

Zati angkat muka. “Hai, akak. Dah siap dah?”

“Dah. Subjek apa hari ni?” Dia bertanya sambil duduk di sebelah Zati. Berlambak-lambak buku yang tersusun kemas di atas meja kopi di ruang tamu itu. Pendidikan Islam, Biologi, Fizik, Matematik… fuh, Zati ni memang jenis yang study hard rupanya!

“Fizik.” Zati bersuara sedih. “Akak boleh tolong ajarkan?”

Maira senyum. Itu dah biasa. Tugas dia kat rumah Cikgu Hayati ni bukan sekadar jadi pembantu Cikgu Hayati masa buat kek. Sejak seminggu lepas, dia dah ‘menambah’ senarai tugasnya – menjadi tutor tak rasmi kepada Zati. Tapi, dia memang tak kisah pun sebab dia suka saja mengajar Zati. Lagipun, seronok pula melayan karenah Zati yang bongsu itu.

“Mana? Meh sini akak tengok.”

Dan bermulalah sesi pembelajaran mereka pada hari itu. Keluar segala terma tentang kinematics, inertia, dan entah apa entah lagi terma-terma yang berkaitan. Seronok rupanya mengajar semula apa yang kita dah belajar sebelum ini. Tiba-tiba rasa macam jadi cikgu pulak. Hahaa…

Semasa Maira sibuk membuat sesi pembelajaran dengan Zati, terdengar enjin kereta memasuki pintu pagar rumah. Maira dan Zati saling berpandangan. Kemudian masing-masing serentak memandang ke pintu masuk, menunggu si pemilik kereta memunculkan diri.

“Siapa, Zati?” tanya Maira. Pelik pula sebab selama dia membantu Cikgu Hayati membuat kek seminggu ini, dia tahu Cikgu Hayati tinggal bertiga saja dengan Ilman dan Zati. Jadi, kereta siapa pula kat depan tu? Sejak bila pulak Ilman dah boleh berjalan dan memandu?

Zati mula menjengukkan kepala. “Abang rasanya.”

“Abang?” Maira bersuara pelik. Abang… as in Ilman? Ilman dah boleh jalan?

Zati seolah-olah faham apa yang ada dalam fikiran Maira. Laju tangan Zati menepuk lembut paha Maira. “Bukan abang yang kat atas tu, tapi Abang Irsyad la. Abang sulung kitorang.” Zati dah mula berdiri dan berjalan ke pintu utama. Maira pula dah terkulat-kulat kat situ. Dia tak tahu pula yang Cikgu Hayati ada seorang lagi anak?

“Hai, abang!” Suara Zati kedengaran sangat teruja sampaikan boleh dengar sampai ke ruang tamu. Dan seketika, terdengar pula suara seorang lelaki berborak mesra dengan Zati. Agaknya sebab rancak sangat berborak, sampaikan Cikgu Hayati yang ada kat dalam bilik pun boleh keluar dari bilik dan menjenguk keluar.

“Siapa?” tanya Cikgu Hayati pada Maira.

Maira cuma angkat bahu, tanda tak tahu. Padahal tadi Zati dah bagitahu yang si… siapa nama dia? Rasyid? Rasyad? Arsyad? Entah la… confuse Maira dibuatnya.

Cikgu Hayati menjenguk lagi. Kemudian senyuman terukir di bibir Cikgu Hayati. “Oh… Irsyad.”

Dan pada masa yang sama, Zati dan Irsyad masuk ke ruang tamu. Maira hanya duduk diam di depan meja kopi, tak rasa yang dia patut untuk masuk campur urusan Cikgu Hayati anak beranak. Dia hanya memandang saja Irsyad bersalaman dan berpelukan dengan Cikgu Hayati. Dia pelik sebab dia tak pernah berjumpa dengan Irsyad sepanjang seminggu dia di sini. Tak tahu la sama ada Irsyad outstation ke, kerja luar ke, kerja kat negeri lain ke, ataupun…

“Maira?” Cikgu Hayati memanggil namanya. Maira tersentak terus.

“Err… ya, cikgu?” Cepat-cepat dia bangun dan berdiri di tepi meja kopi itu.

“Ni anak sulung cikgu, Irsyad. Irsyad, yang ni Maira, ex-student mama dulu. Dia la yang tolong mama siapkan semua order kek tu.”

Maira bertukar pandang dari wajah Cikgu Hayati ke wajah pemuda yang berdiri di sebelah Cikgu Hayati itu. Dan dia terkesima. Dengan sepasang jeans berwarna kelabu, t-shirt berkolar warna merah, dan cermin mata hitam yang tergantung di leher baju, anak Cikgu Hayati ini nampak sangat… kacak! Ah, sudah… apahal tiba-tiba jantung ni berdebar semacam?

“Hai.” Irsyad menegur Maira.

“Err… hai.” Agak tergagap-gagap Maira membalas.

“Thanks sebab sudi tolong mama. Mama selalu bising sebelum ni yang dia penat siapkan order seorang-seorang.” Irsyad berkata lagi.

“Eh, tak ada apa la. Saya okey je.”

Irsyad senyum, menampakkan lesung pipit di pipi sebelah kanannya. Dan itu membuatkan Maira terpaku, terasa hatinya semakin cair dek panahan senyuman manis si jejaka itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience