Bermula dari chicken pie, Ilman sekarang dah pandai mintak macam-macam. Lasagne, kari ayam, asam pedas, cekodok pisang, pengat durian, muffin coklat, aiskrim keladi, dan yang paling terkini – murtabak daging. Maira nak merungut pun tak boleh sebab itu perkembangan yang baik. Bila selera Ilman makin bertambah, maknanya emosi lelaki itu dah stabil. Dan bila emosi dah stabil, mungkin Ilman juga terbuka hati untuk menjalani fisioterapi. Kan?
Maira meletakkan pinggan berisi murtabak daging itu di depan Ilman. Ilman angkat muka, pandang dia sekejap sebelum kembali menghadap Samsung Tab di tangan. Entah apa yang dia tengok entah.
“Thanks.” Ilman berkata sepatah, tanpa nada, dan tanpa memandang Maira.
“Okey.”
Beberapa saat kemudian, Ilman angkat muka semula dan pandang Maira yang masih tercegat di tepi meja. Selalunya selepas hantar makanan, Maira akan keluar terus. Tapi kali ni dia pelik sebab Maira tak ada ura-ura nak keluar dari bilik ni.
“Kenapa? Ada apa-apa lagi ke?” tanya Ilman.
“Err…”
‘Saya dengan mama dah cuba pujuk dia untuk buat fisio tu. Tapi dia tak nak. Mungkin kalau awak yang pujuk dia, dia akan lembut hati.’
‘Tapi, saya ni cuma orang luar je, Irsyad. Tak sedap hati pulak nak masuk campur urusan dia.’
‘Tapi saya rasa dia selesa dengan awak. Kalau tak dia takkan cakap banyak macam tu.’
‘Hah?’
‘Dengan nurse-nurse yang lain sebelum ni, dia mana pernah berborak panjang-panjang macam yang dia borak dengan awak. Kat situ saya dah nampak yang dia selesa dengan awak. Mungkin kalau awak pujuk dia, dia akan setuju nak buat fisio tu.’
“Kau ni kenapa? Nak cakap apa ni?” Suara Ilman membuatkan Maira tersentak. Terus hilang segala perbualan antara dia dengan Irsyad tadi.
Maira serba salah sebenarnya. Dia tak rasa yang dia perlu masuk campur dalam urusan peribadi Ilman. Lagi-lagi dengan statusnya yang sebagai orang luar ni. Tapi, bila Irsyad meminta dia memujuk Ilman, dia tak berani nak kata ‘Tidak’. Entah la kenapa. Yang pasti, Maira tahu dia bakal ‘mengikiskan’ rasa selesa Ilman terhadap dirinya bila mengusulkan perkara ini. Mesti Ilman dah tak nak berborak panjang dengan dia lagi.
“Hoi, Maria! Kau ni kenapa?” Ilman sergah Maira lagi. Terkejut Maira dibuatnya.
Maira tarik nafas. Dia pandang Ilman. Takut-takut dia bersuara.
“Err… awak tak nak buat fisio ke?”
Diam. Riak wajah Ilman terus berubah – menjadi tegang dan dingin. Dia pandang Maira dengan pandangan yang sangat sangat sangat tajam. Maira terus telan air liur.
“Kau siapa nak tanya aku macam tu?” Ilman bertanya dingin.
Maira mula rasa tak sedap hati. Dia dah agak yang Ilman akan mengamuk kalau soal ini dibangkitkan. Dan apa yang membuatkan dia lagi risau – dia takut emosi Ilman akan jatuh semula. Beberapa hari ini, emosi Ilman dah cukup positif. Tapi, Maira takut hanya disebabkan dia ungkit hal fisio ni, emosi Ilman akan jadi tak stabil.
“Aku tanya ni, kau siapa nak tanya aku macam tu?!” Ilman dah bersuara tinggi. Dia nampak diri Ilman yang lama – yang suka marah-marah.
Maira rasa bersalah. Dan pada masa yang sama, dia rasa sangat malu! Mesti Ilman anggap yang dia ni dah pijak kepala lelaki itu. Yalah, selama ni Ilman rajin berborak dengan dia, mintak macam-macam dari dia, bermakna Ilman dah boleh terima dia sebagai kawan. Tapi, bila dia ungkit hal fisio ( hal yang memang Ilman tak suka ni ), seolah-olah dia dah tikam Ilman dari belakang!
“So… sorry.”
“Keluar.”
“Hah?”
“Ke-lu-ar.”
Maira pandang saja riak wajah Ilman yang dah berubah seratus peratus itu. Entah kenapa, walaupun Maira terasa cuak dengan nada suara Ilman yang dah tahap nak menengking tu, dia tetap rasa yang dia kena tunaikan amanah Irsyad dan Cikgu Hayati. Kalau memang betul dia seorang saja yang boleh nasihatkan Ilman, why not dia cuba, kan?
“Ilman, awak bukannya tak boleh jalan balik, cuma awak tak rajinkan diri nak buat fisio je. Kalau awak rajin, insyaAllah awak boleh jalan balik. Kalau awak berusaha lebih sikit, mesti awak dah okey dah sekarang ni.” Dia cuba berdiplomasi dengan Ilman.
“Aku suruh kau keluar, kan? Tak faham bahasa?”
Maira mengeluh. Dia tahu Ilman mesti mengamuk. Tapi sekurang-kurangnya dia dah cuba pujuk Iman kan? Perlahan-lahan Maira pusing dan melangkah ke arah pintu. Biarlah Ilman ‘sejuk’ sekejap. Proses nak pujuk-memujuk ni bukannya ambik masa yang singkat. Baru saja dia nak melangkah keluar, Ilman panggil nama dia.
“Maira.”
Oh my god!. Ilman panggil dia MAI-RA, dan bukan macam selalu – MA-RI-A. Sepatutnya dia boleh rasa lega sebab akhirnya Ilman sebut nama betul dia. Tapi entah kenapa, daripada nada Ilman tadi, dia tahu yang lelaki itu memang tengah marah. Dan serius.
“Aku boleh terima lagi kalau mama atau abang ataupun Zati yang suruh aku buat fisio tu. Tapi, bila kau, yang aku hormat sebab sanggup jaga aku, sanggup jadi kawan aku, suruh aku buat benda yang memang aku tak nak buat, aku rasa benda tu khianat. Aku rasa macam ada orang letak racun dalam makanan aku.”
Zupp. Terasa kata-kata Ilman tertusuk terus ke hati Maira.
“Ilman, saya bukan…”
“Dah. Keluar, keluar.”
“Sekejap. Bagi saya setengah minit. Kalau awak tak nak buat fisio tu sebab awak sendiri yang tak nak, fine. Tapi awak fikir tentang mama awak jugak. Awak ingat mama awak tak sedih ke bila awak still terbaring kat atas katil ni walaupun awak ada peluang untuk berjalan?”
Ilman pandang tajam pada Maira sebelum… sebelum Ilman menengking Maira.
“Aku cakap keluar, keluar la! Tunggu apa lagi?!”
Share this novel