BAB 10

Romance Completed 19898

“Dah lama tak makan kek yang cikgu buat.” Maira berkata sambil menyusun gelas di atas dulang. Dia tengah membantu Cikgu Hayati dan Zati di dapur menyiapkan apa yang patut untuk dihidangkan kepada tetamu. Padahal Maira pun dikategorikan sebagai tetamu juga. Heh.

“Tu la, siapa suruh akak tak singgah?” Zati membebel.

“Bukan tak nak singgah la, makcik. Tapi akak busy sangat. Tak sempat nak lalu kat taman ni pun.”

Zati mencebik main-main. “Ye la tu.”

“Hisy, dah, dah.” Cikgu Hayati menyampuk. “Pergi hantar kek tu kat depan, Zati. Nanti orang ramai datang.”

“Kejap, ma. Sikit je lagi ni.” Zati tengah memotong bahagian kek coklat yang paling akhir.

“Saya bawak air ni pergi depan ya, cikgu.” Maira dah tawar diri untuk membantu. Lagipun, daripada dia tak buat apa-apa, baik dia tolong tuan rumah, kan?

“Ha, okey. Terima kasih la ya, Maira.”

Maira senyum saja. Dia terus menatang dulang air ke depan. Dah makin ramai dah tetamu yang berkunjung ke rumah Cikgu Hayati ni. Kebanyakannya saudara mara Cikgu Hayati dan kawan-kawan sekerja Irsyad. Tadi dia sempat berbual sekejap dengan lelaki itu. Makin berseri-seri muka Irsyad sejak nak bertunang ni.

Maira meletakkan dulang di atas meja. Seorang kanak-kanak perempuan terus menerpa ke arah meja itu dan melihat air Sunquick di dalam jag kaca.

“Kakak, Ain nak air boleh? Ain haus la.” Pinta kanak-kanak perempuan itu.

Maira terus tuangkan segelas Sunquick itu untuk Ain. Bukan main suka lagi si Ain tu dapat air! Sampaikan kanak-kanak perempuan itu siap offer pada seorang lelaki yang tengah bersandar di sofa itu. Budak-budak, biasalah kan? Selepas menyusun gelas baru di atas meja itu, Maira mengambil pula gelas-gelas kotor dan diletakkan di atas dulang. Dia nak bawa ke dapur untuk dibasuh.

“Ni rupanya orang muda kita.” Seorang lelaki yang dalam pertengahan 40-an datang ke sofa dan menegur lelaki yang tengah duduk di sofa itu. “Sihat?”

Si lelaki di sofa itu tersenyum dan menghulur tangan untuk bersalam. “Macam ni la, Pak Ngah. Pak Ngah sihat?”

Sementara tengah mengutip gelas kotor, Maira ‘terpaksa’ memasang telinga mendengar perbualan si Pak Ngah dengan lelaki itu.

“Sihat, Alhamdulillah. Kaki dah okey, ke?”

“Okey sikit. Dah boleh start jalan dah. Tapi still kena guna tongkat la.”

“Hmm… kena rajin berlatih jalan la ni.”

“Nampak gayanya macam tu la, Pak Ngah.”

“Ni… dengar kata Irsyad dah nak bertunang. Kau tu bila lagi?”

“Saya ni tak ada siapa yang nak, Pak Ngah. Kaki pun macam ni lagi.”

“Sebab tu Pak Ngah suruh kau kahwin. Ada jugak orang jaga makan pakai kau nanti.”

“Orang yang jaga saya tu pun dah lari, Pak Ngah…” Meleret-leret suara itu menjawab.

Maira dah kaku. Sejak dia mula mendengar perbualan itu tadi, dia dah mula rasa sesuatu. Bermula dari soalan Pak Ngah tentang hal ‘kaki’ tu, Maira dah syak sesuatu. Kemudian bila Pak Ngah cerita tentang Irsyad, lagilah Maira rasa apa yang bermain di mindanya sekarang sangat tepat 100%. Dan bila dia dengar betul-betul suara itu…

Maira angkat muka. Dia pandang lelaki yang tengah bersandar di sofa itu – memakai jeans dan t-shirt berwarna oren lembut. Maira renung pula wajah lelaki itu. Rambut tersisir kemas, kulit sawo matang, ada kesan parut sikit di dahi lelaki itu. Eh, ini bukan Ilman! Rambut Ilman panjang dan berserabut. Bila masa pulak Ilman dah jadi kemas macam ni, kan? Merepek la, Maira! Baik kau buat kerja kau cepat!

“Abang Man, mama suruh makan dulu. Nanti masuk angin.” Zati yang baru datang dari dapur, terus meletakkan dua pinggan kek coklat di atas meja kopi itu.

Maira spontan angkat muka semula. Kali ini, mata Maira bertembung dengan mata si lelaki yang duduk di sofa itu. Dan lelaki itu pandang dia tanpa perasaan. Melalui mata lelaki itu, Maira seolah-olah teringat balik pada mata si Ilman yang bercahaya bila chicken pie terhidang di depan Ilman, mata Ilman yang kosong bila Maira membebel, dan mata Ilman yang tajam merenungnya bila dia ungkit hal fisio dulu. Maknanya…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience