BAB 12

Romance Completed 19898

“Kenapa Ilman tiba-tiba nak pinang saya, cikgu?” Maira bertanya pada Ckgu Hayati masa dia dengan Cikgu Hayati berada di dapur. Selepas Ilman ‘melamar’ dia tadi, dia terus blur. Blur sampaikan dia terus berlalu ke dapur. Kalau ikutkan hatinya, Maira dah nak balik terus ni. Tapi bila Cikgu Hayati masuk dapur tadi, terus dia tanya Cikgu Hayati soalan tadi.

Cikgu Hayati tersenyum. “Dia ikhlas, Maira. Maira jangan la fikir yang bukan-bukan.”

“Tapi saya… kitorang…” Maira tak tahu nak jelaskan macam mana. Dia dengan Ilman bukannya baik sangat pun selama ni. Dia cuma pernah jaga Ilman, itupun tak sekejap saja sebab Ilman dah naik angin dengan dia. Dan sekarang ni, Ilman nak pinang dia? Biar betul?

Cikgu Hayati yang masih tersenyum tu mengusap lembut bahu Maira – cuba tenangkan dia yang memang dah tak keruan itu. “Cikgu faham. Mesti Maira ingat Ilman tipu, kan?”

Maira yakin mengangguk.

“Ilman serius, Maira. Dia memang nak pinang Maira. Selepas Maira berhenti jaga dia dulu, Ilman memang sangat terurus. Dia jadi panas baran balik, buat hal balik, marah-marah balik. Sampai la satu hari tu dia kata dia nak buat fisio. Masa tu, cikgu memang bersyukur sangat sebab akhirnya dia tergerak hati nak ubah hidup dia.”

Maira mendengar tanpa menyampuk. Tapi dia masih pelik – apa kaitan cerita Hayati ni dengan hal Ilman pinang Maira?

“Lepas tu, cikgu tanya dia. Kenapa dia tergerak nak buat fisio? Dia cakap sebab dia dah bosan jadi beban kat cikgu. Dia ada peluang untuk jalan, jadi dia nak gunakan peluang tu sebelum terlambat. Maira tahu kan siapa yang buatkan Ilman tersedar pasal benda tu?”

Maira angguk perlahan-lahan. Dia ingat lagi, dia ada cakap pada Ilman pasal ‘peluang’ tu.

“Sebab tu Ilman suruh cikgu merisik Maira. Sebab dia kata cuma Maira seorang je yang faham dia dan boleh tahan dengan perangai dia yang pelik tu. Tapi, Maira jangan salah faham. Cikgu tak paksa Maira untuk terima Ilman kalau Maira betul-betul tak suka. Ambik masa untuk fikir, ya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience