“Ya, aku Ilman. So?” Terdengar dengan jelas nada kerek yang dibuat-buat dari suara itu.
Maira mencebik. Menyampah bila Ilman dah keluarkan nada kerek dia tu. “So, awak dah boleh berjalan sekarang.” Satu ayat penyata, dan bukan ayat berbentuk soalan.
Ilman angkat bahu. “Sikit-sikit.”
“Bagus la. Sekurang-kurangnya awak dah tak susahkan cikgu lagi.”
“I’m still.”
“Huh?”
“I’m still susahkan mama. Mama yang hantar aku pergi hospital, mama yang masak untuk aku, mama yang siapkan makan pakai aku… sejak orang tu ‘lari’.”
Maira terdiam sekejap. Dia tak pasti sama ada Ilman maksudkan diri dia ataupun orang lain. Tapi, Maira lebih senang mengklasifikasikan ‘orang’ yang dimaksudkan oleh Ilman itu adalah orang lain. Lagipun, tempoh masa Maira menjaga Ilman cuma seminggu saja. Takkanlah bila dia ‘lari’, hidup Ilman jadi kelam kabut, kan?
“Uh… siapa orang tu?” tanya Maira, yakin yang Ilman tak maksudkan diri dia.
“Dia orang yang sama yang akan jaga balik makan pakai aku selepas ni.”
Maira ambil masa beberapa saat untuk mencerna ayat itu dalam minda dia. So… maksudnya Ilman dah nak kahwin? Wah, bertuah la Cikgu Hayati nak dapat dua orang menantu! “Oh, saya ingat Irsyad je yang nak bertunang. Rupanya awak pun sama? Tahniah.”
llman berkerut dahi. “Apakebendanya blur sangat kau ni?”
“Hah?” Maira pula yang berkerut dahi. Aku salah cakap ke?
“Rumah kau kat mana?” Soalan tu pula yang tiba-tiba keluar dari mulut Ilman.
“Rumah? Kenapa tiba-ti…”
“Kat mana?” Suara Ilman dah naik sikit.
Teragak-agak Maira menjawab. Menyampahlah bila si Ilman ni dah naik-naik suara! “Kat taman sebelah tu.”
Dan pada masa itulah, Cikgu Hayati datang ke sofa itu. Cikgu Hayati duduk di sebelah Ilman. Macam manalah Maira tak perasan tadi yang lelaki ni ialah Ilman? Hmm, mungkin sebab selama ini dia cuma kenal Ilman yang berjambang dan mempunyai rambut yang berserabut. Tak sangka pula lelaki yang sihal walafiat di depannya ini adalah Ilman!
“Ma, nanti kita pergi rumah budak ni.” Ilman tuding jari ke arah Maira.
Maira ternganga. Budak dipanggilnya aku?
“Buat apa?” tanya Cikgu Hayati.
“Masuk meminang. Kan hari tu mama kata tunggu Man sihat dulu, baru boleh masuk meminang? Ni Man dah sihat la ni, walaupun still kena jalan guna tongkat. Boleh kan ma, kita masuk meminang budak ni?”
Cikgu Hayati dah tersenyum-senyum. “Tanya mama pulak. Tanya la Maira sendiri.”
Ilman menoleh semula ke arah Maira. “Macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Boleh tak aku nak masuk meminang kau ni?”
Buat pertama kalinya, selepas beberapa saat terdiam, Maira seolah-olah terjumpa semula peti suaranya yang hilang. “Apa???”
Share this novel