Bab 4

Other Completed 10419

Sudah seminggu Amirul keluar dari hospital kerana kesihatannya sudah tidak membimbangkan lagi. Hanya perlukan sokongan dari keluarga kerana Amirul masih dalam keadaan trauma.

Suatu hari makcik Halimah menemui Amirul yang sedang bersendirian di halaman rumahnya.

"Mirul, kenapa Mirul menung ni?" Tegur makcik Halimah mematikan lamunan Amirul. Amirul tersenyum.

"Mak Mah, Mirul nak minta maaf banyak-banyak kat mak Mah. Mirul banyak buat salah kat mak Mah." Jawab Amirul. Makcik Halimah tersenyum.

"Tak pe Mirul, semua tu dah berlalu. Biarlah kita lupakan je. Kita bina episod baru ya." Sambung makcik Halimah.

"Mak Mah..." Amirul berhenti dari berkata-kata.

Makcik Halimah merenung wajah redup Amirul yang amat dia rindukan dan menanti kata-kata Amirul yang akan di utarakan padanya.

"Emmm... tak pe lah mak Mah. Tak de pape lah." Sambung Amirul. Makcik Halimah hairan. Tapi dia faham.

"Tak pe Mirul, kalau Mirul dah siap nak cerita pada mak Mah, mak Mah sedia mendengarnya." Jawab makcik Halimah. Makcik Halimah faham benar dengan Amirul. Pasti ada sesuatu yang ingin di bicarkan. Amirul tersenyum tanda terima kasihnya kerana makcik Halimah memahami hasratnya itu.

"Mirul da makan ke?" Soal makcik Halimah menukar topik. Amirul geleng.

"Jom ke dapur makan nasi. Mak Mah masak lauk kegemaran Mirul tau. Asam pedas ikan pari dengan ulam-ulam." Sambung makcik Halimah.

Amirul setuju dan mengekori makcik Halimah ke dapur. Keadaan yang hanya berlaku 10 tahun yang lalu, kini di rasai semula oleh makcik Halimah. Amirul dulunya memang anak yang mendengar kata. Dan dia amat sayangkan makcik Halimah seperti ibunya sendiri.

Setibanya mereka di dapur, makcik Halimah membuka sangai yang menutupi makanan yang sudah di masak olehnya. Dan bau asam pedas itu menusuk ke lubang hidung Amirul yang sudah lama tidak menjamah masakkan makcik Halimah.

"Sedapnya bau asam pedas ni. Buat Mirul lapar pula." Sapa Amirul, lalu menarik kerusi untuk duduk menghadap masakkan makcik Halimah.

"Amboi, makan berdua je ke?" Soal satu suara dari depan pintu dapur.

"Eh, papa, mama... marilah kita makan sama-sama. Dah lama Mirul tak makan asam pedas mak Mah ni mama, papa." Jawab Amirul mengajak datin Amira dan dato'Azrul.

"Asam pedas??? Wah... mesti sedap ni kalau makcik Halimah masak." Dato'Azrul berseloroh sambil menuju ke meja makan.

"Haah. Mama pun dah lama tak makan asam pedas mak Mah." Sampuk Datin Amira pula.

"Jom lah kita makan sama-sama cepat. Mak Mah, apa lagi, duduklah. Kita makan sama-sama." Pinta Amirul.

Makcik Halimah terkocoh-kocoh menarik kerusi untuk duduk bersama mereka. Suasana makan tengahari itu membuatkan makcik Halimah terharu dan gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience