Bab 14

Other Completed 10419

Ramadhan berlalu dengan pantas. Esok atau lusa, Aidilfitri menjelma. Hari ini Amirul bercadang untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Dato' dan Datin tidak dapat menyertai Amirul kerana mendapat jemputan berbuka puasa bersama rakan kongsi mereka.

Sesudah subuh, Amirul bersiap untuk kerumah anak yatim. Dalam perjalanan ke sana, Amirul mendapat panggilan dari encik Nazaruddin.

"Assalammualaikum Amirul." sapa suar dari talian.

"Waalaikumsalam abang Naza. Ada apa call saya ni?" Soal Amirul.

"Boleh Amirul datang kemari?" Jawab encik Nazaruddin. Amirul hairan mendengar permintaan encik Nazaruddin itu.

"Saya memang dalam perjalanan kesana ni bang. Tengah drive ni. Tapi jangan risau saya pakai hands free ni. Ada apa-apa ke abang nak pesan?" Tanya Amirul lagi. Encik Nazaruddin serba salah untuk beritahu Amirul tentang Nabil yang menghidap penyakit barah tulang belakang.

Nabil memang aktif. Walaupun sakit dia tak akan lupa dengan solat dan perkara yang lain. Segalanya di lakukan sendiri. Tapi kini Nabil terlantar di atas katilnya setelah di kemoterapi. Dan dia sering memanggil nama Amirul.

"Mengenai Nabil." Suara encik Nazaruddin bergetar. Amirul risau. Dia tahu yang Nabil ada penyakit barah tulang. Dan encik Nazaruddin ada beritahu padanya yang dia akan di kemoterapi semalam. Pasti Nabil sedang derita sakit sekarang. Bisik hati kecil Amirul.

"InsyaAllah bang, saya faham. Kalau tak de aral saya akan sampai 2 jam lagi." Jawab Amirul pantas. Dan talian terputus. Sepanjang perjalanan, Amirul tak henti-henti berdoa agar dia dapat bertemu dengan Nabil. Sesekali air matanya mengalir. Dengan pantas ia menyeka air matanya. Zikir dan doa sentiasa bermain di bibir Amirul.

Setelah 2 jam perjalanan, Amirul pun sampai.

" Bang, macamana dengan Nabil bang?" Soal Amirul kerisauan.

"Dia ada dalam biliknya. Katanya dia nak berpuasa juga. Sebab nak berbuka bersama kamu katanya." Jawab encik Nazaruddin.

"Dia puasa juga bang? Allah, larat ke dia bang?" Soal Amirul lemah.

"Entah lah Amirul. Abang dah larang dia puasa kerana keadaan dia tu. Tapi dia tetap berdegil.

"Nabil tahu saya nak datang ke bang?" Soal Amirul lagi. Encik Nazaruddin geleng.

"Tapi dia yakin kamu pasti datang." Jawab encik Nazaruddin. Amirul memang ingin membuat kejutan pada anak-anak yatim itu. Hatinya semakin sayang pada mereka. Dan hubungan Amirul seumpama ayah buat anak-anak di situ. Encik Nazaruddin juga sudah di anggap seperti abangnya. Walaupun dia hanya anak tunggal.

"Saya nak jenguk Nabil ya bang." Pinta Amirul. Encik Nazaruddin angguk.

"Kalau kamu dapat pujuk dia supaya makan, tenang hati abang. Dia puasa tu buatkan hati abang ni tak senang duduk je rasanya." Pinta encik Nazaruddin pula. Amirul angguk.

"InsyaAllah bang saya akan cuba pujuk Nabil." Amirul pun berlalu ke kamar Nabil. Setibanya Amirul di kamar Nabil, dia melihat kebesaran Allah pada Nabil. Walaupun dalam kesakitan dia tetap berzikir. Terkumat kamit bibirnya membaca zikir. Air mata Amirul menitis. Amirul segera menyeka air matanya. Lalu senyum. Pintu bilik Nabil di buka.

"Assalammualaikum Nabil." Sapa Amirul. Namun Nabil tetap dalam zikirnya.

"Nabil, pakcik Amir datang ni. Nabil tak nak jumpa pakcik Amir ke?" Bisik Amirul. Dengan beratnya Nabil membuka mata.

"Waalaikumsalam ...pakcik Amir." Jawab Nabil lemah. Badannya begitu lemah sekali hinggakan wajahnya seolah-olah ditelan oleh tulangnya.

"Nabil dah makan?" Soal Amirul. Nabil geleng.

"Saya puasa pakcik." Jawab Nabil. Amirul memandang wajah sayu Nabil.

"Nabil kan sakit. Kalau mudarat pada Nabil, puasa Nabil tak sah tau. Allah murka." Terang Amirul. Nabil tunduk.

"Tak berdosa ke pakcik? Ustaz bagi tahu kalau tak puasa tak dapat pahala." Jawab Nabil. Amirul tersenyum mendengar jawapan Nabil.

"Kalau Nabil sihat, kuat dan tak mudaratkan diri Nabil. Tapi Nabil tak puasa, itu berdosa. Tapi kalau sampai mudaratkan diri, puasa tu jadi murka Allah." Terang Amirul lagi. Nabil dongak memandang Amirul.

"Kalau macam tu, Nabil nak berbukalah pakcik. Boleh pakcik Amir ambilkan Nabil air?" Jawab Nabil. Amirul angguk. Lalu keluar dari kamar Nabil. Amirul terserempak dengan Nabilah anak encik Nazaruddin.

"Dik, boleh bawakan segelas air dan sepinggan nasi atau apa-apa makanan yang ada. Abang nak bagi pada Nabil." Pinta Amirul pada Nabilah.

Nabilah angguk dan berlalu dari situ. Amirul kembali ke kamar Nabil. Kelihatan Nabil seakan bertambah lemah. Amirul keluar memanggil encik Nazaruddin. Mereka berlari ke arah kamar Nabil. Nabilah juga tiba pada masa yang sama. Mereka bertiga masuk bersama. Nabil semakin lemah. Amirul segera memangku Nabil.

"Nabil, minum air ni sayang." Rayu Amirul. Nabil gagahkan matanya supaya terbuka. Nabil menghirup sedikit air.

"Al..ham...du...lillah..." ucap Nabil. Amirul lega mendengar suara Nabil. Lalu Nabil menghirup lagi air, hingga titisan yang akhir. Nabil terasa bertenaga. Walaupun tidak sekuat mana.

"Syukurlah Nabil dah ok." Ucap encik Nazaruddin. Tersenyum lega. Amirul juga menarik nafas lega.

Sebelum masuk waktu maghrib, mereka sudah bersedia duduk menunggu waktu berbuka. Nabil gagahkan dirinya untuk turut serta. Dia duduk di sebelah Amirul. Setelah azan kedengaran, Safwan yang berusia 4 tahun, anak yang paling muda di situ. Membacakan doa berbuka puasa. Nabil hanya memerhati. Dia tidak punya selera untuk makan. Hanya 3 biji kurma dan segelas air kosong.

Puas Amirul mengajak Nabil makan. Tapi dia tidak mahu. Dia memandang rakan yang lain makan. Tersenyum sendirian. Wajahnya lesu. Usai berbuka mereka solat maghrib berjemaah. Nabil turut sama. Dia lakukan solat di atas katilnya. Kerana dia tidak larat untuk berdiri.

"Nabil ok?" Soal Amirul. Nabil angguk dan tersenyum. Amirul mengusap kepala Nabil. Dia begitu sayang akan Nabil. Kerana apa, Amirul juga tidak tahu. Segala cerita 'pakcik Amir' yang Amirul temui berlaku padanya. Dia tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience