Bab 3

Other Completed 10419

Masuk hari ini, sudah hampir setahun Amirul kaku di pembaringannya. Belakang badan Amirul hampir tipis di mamah tilam. Dato', Datin dan makcik Halimah merenung Amirul. Dato' dan Datin seolah-olah hampir putus harapan. Namun makcik Halimah lah yamg memberi kekuatan. Tanpa di sedari mereka ber tiga terlelap. Datin dan makcik Halimah berada di sisi Amirul. Cuma Dato' berada di sofa.

Tiba-tiba, Amirul bangkit dari baringannya seolah-olah baru keluar dari kelemasan. Nafasnya laju. Makcik Halimah dan Datin Amira terjaga dari lelap mereka.

"Bang, panggil doktor bang!" Jerit Datin Amira pada Dato' Azrul.

Dato' Azrul segera berlari keluar mencari doktor.

"Mirul...anak mama." Sapa Datin Amira. Amirul seperti mencari sesuatu. Di pandang sekeliling. Datin Amira terus memeluk Amirul.

"Mirul kat mana ni?! Mirul kat mana?!!" Soal Amirul sambil menanggalkan topeng oxigen . Seperti sedang di kejar orang lagaknya bertanya soalan.

"Istighfar nak." Sapa makcik Halimah menenangkan Amirul.

"Mirul sekarang ada di hospital nak." Sambung makcik Halimah.

Kelihatan Amirul merenung tangannya yang bercucuk jarum. Dan menarik nafas lega seolah-olah terlepas dari cengkaman. Seketika doktor tiba di bilik Amirul.

"Tolong tunggu di luar sebentar ya. Nanti saya panggil semula pakcik dan makcik selepas doktor periksa anak makcik dan pakcik." Pinta seorang jururawat penuh sopan. Datin Amira, Dato' Azrul dan makcik Halimah menuruti kata jururawat tersebut. Mereka pun menunggu di luar bilik Amirul. Menanti penuh debaran.

Selepas 10 minit, doktor keluar. Mereka bertiga berdiri serentak dari tempat duduk mereka.

"Macamana dengan anak kami doktor?" Soal Dato' Azrul.

"Alhamdulillah, anak encik dan puan sudah pun berjaya melepasi waktu komanya. Dan kini dalam keadaan stabil. Namun dia masih perlukan perhatian dari hospital." Terang doktor.

"Syukur ya Allah." Ucap Dato' Azrul menadah tangan.

"Terima kasih doktor." Sambung Dato' Azrul. Mereka bertiga meluru ke dalam bilik Amirul.

"Anak encik nanti akan di pindahkan ke wad biasa ya." Sambung doktor tadi.

Mereka mengangguk sahaja. Makcik Halimah menangis tanda syukur kerana Amirul sudah tidak dalam koma lagi. Mereka segera menjenguk Amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience