Bab 2

Other Completed 10419

Pada malam makcik Halimah menjaga Amirul, makcik Halimah merenung wajah polos Amirul yang dalam keadaan tidak berdaya itu dengan linangan air mata. Hatinya tidak berhenti mendoakan kesembuhan buat Amirul. Makcik Halimah pun terlelap di sebelah Amirul sambil tangannya menggenggam tangan Amirul.

"Mak Mah, tolong Mirul mak Mah. Mirul tak nak mati mak Mah." Ucap Amirul sambil memeluk kaki makcik Halimah.

"Ish, apa Mirul cakap ni? Mirul tak mati pun kan." Jawab makcik Halimah sambil mengusap kepala Amirul.

"Mak Mah, Mirul tak nak mati. Mirul banyak buat salah pada mak Mah, ibu dan ayah. Mirul berdosa mak Mah. Mirul lupa akan tanggungjawab Mirul pada Allah mak Mah." Amirul merayu pada makcik Halimah.

"Mirul nak mak Mah tolong apa?" Soal makcik Halimah. "Ajar Mirul solat mak Mah. Mirul dah lama tak solat mak Mah. Mirul nak ngaji, Mirul nak jadi baik. Mirul tak nak mati dalam dosa mak Mah." Jawab Amirul sambil teresak-esak.

Makcik Halimah turut menangis mendengar kata-kata Amirul.

"Sudahlah Mirul. Nanti mak Mah ajar Mirul solat, ngaji dan jadi orang yang baik ya." Pujuk makcik Halimah.

"Mak Mah, tolong Mirul mak Mah!!!" Jerit Amirul berkali-kali. Dan makin lama suara Amirul semakin menjauh.

Makcik Halimah tersedar dari lenanya.

"Astaghfiirullahhal'azim." Ucapan itu terpacul dari mulutnya setelah sedar dari mimpi buruknya. Dengan segera tangan Amirul di genggam erat.

"Mirul, jangan tinggalkan mak Mah ya." Bisik makcik Halimah di telinga Amirul. Airmatanya tumpah lagi. Entah untuk kali yang keberapa. Wajah Amirul tetap kaku tanpa ada tindak balas. "Nanti mak Mah ajar Mirul solat ya." Sambung makcik Halimah.

Sudah 5 bulan lamanya Amirul dalam keadaan koma. Makcik Halimah, Datin Amira dan Dato' Azrul sabar dengan ujian yang menimpa mereka. Dato' dan Datin sanggup meluangkan masa untuk menjenguk Amirul.

Walaupun masih sibuk dalam dunia perniagaan, namun mereka tidak mahu melepaskan tanggungjawabnya pada anak tunggalnya. Hari itu, seperti tiba sebuah harapan bila makcik Halimah memberitahu pada Doktor, mata Amirul seakan-akan mahu terbuka.

Setelah di periksa oleh Dokto, keadaan itu biasa bagi pesakit koma. Reaksi Amirul itu kemungkinan akan ada perkembangan positif. Makcik Halimah gembira mendengar khabar baik dari Doktor. Makcik Halimah sentiasa berbicara dengan Amirul yang kaku.

Walaupun tiada sepatah jawapan pada setiap persoalan yang di ajukan oleh makcik Halimah. Dan selepas solat fardhu, makcik Halimah sentiasa membacakan ayat suci Al-Quran di sisi Amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience