Bab 15

Other Completed 10419

Hari ini ramadhan yang akhir buat semua umat islam. Amirul bercadang untuk menyambut raya kali ini bersama anak-anak yatim. Amirul menyatakan hasratnya pada papa dan mamanya. Dan mereka setuju. Mereka juga ingin turut serta.

Semua jemputan di tolak, agar dapat beraya bersama anak-anak yatim. Petang itu mereka ke rumah anak yatim itu. Amirul sangat penyayang. Dia tidak lupa pada makcik Halimah yang pernah membelanya waktu dia kecil lagi. Setibanya dia di rumah makcik Halimah, kelihatan rumah makcik Halimah begitu bercahaya. Amirul pun memberi salam.

"Assalammualaikum. Mak Mah." Panggil Amirul.

"Waalaikumsalam." Jawab suara dari dalam. Amirul hairan, mengapa suara itu kedengaran lain? Sedangkan dia amat kenal suara makcik Halimahnya. Pintu terkuak berdiri seorang wanita yang agak muda di depan Amirul.

"Encik cari siapa ya?" Soal wanita itu. Amirul terkedu sebentar.

"Mak Mah ada?" Jawab Amirul dengan persoalan.

"Oh, mak Mah. Ada, kejap ya." Jawabnya lagi. Wanita itu berlalu masuk.

Dato' dan datin turut menunggu. Tidak lama selepas itu, makcik Halimah pun keluar. Tersenyum melihat Amirul. Walaupun wanita tua itu pernah membelanya sejak kecil, namun dia tetap bukan mahramnya. Amirul membalas senyuman makcik Halimah. Makcik Halimah sudah agak uzur. Dia di pimpin wanita tadi.

"Oh kamu Mirul. Masuklah nak. Dato', Datin masuklah sekali." Jemput makcik Halimah. Mereka pun masuk sebentar. Berbual sekadarnya kerana akan menyambut hari raya bersama anak yatim. Selesai urusan di rumah makcik Halimah, mereka pun meminta diri.

Setelah tiba di destinasi yang di tuju, mereka melihat sekumpulan kanak-kanak sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka dan separuh daripadanya menyiapkan tempat untuk solat seperti kebiasaannya. Mereka bertiga sampai sebelum waktu maghrib. Jadi sempatlah berbuka bersama. Amirul mencari kelibat seseorang. Mengapa tidak kelihatan? Bisik hati Amirul.

"Pakcik Amir cari siapa?" Tegur suara anak kecil di sebelahnya. Memang suara itulah yang sedang di carinya. Amirul tersenyum lega. Dato' dan Datin turut membantu apa yang patut. Amirul duduk sebelah Nabil.

"Pakcik cari kamu lah, sapa lagi pakcik nak cari? Nabil sihat tak hari ni?" Jawab Amirul. Nabil tersenyum manja.

"Alhamdulillah pakcik, hari ni Nabil sihat. Hari ni Nabil dapat puasa penuh. Ayah Naz pun bagi Nabil puasa." Jawab Nabil akan pertanyaan Amirul. Mereka pun berlalu ke meja makan untuk berbuka puasa.

Usai solat maghrib, mereka menanti perutusan bagi menetapkan tarikh hari raya puasa. Masing-masing duduk menonton television dengan penuh minat. Waktu yang di tunggu pun tiba.

"Tarikh hari raya puasa jatuh pada esok hari." 'Bla....bla...bla...' Setelah mendengar pengumuman tadi, mereka pun beramai-ramai bertakbir tanda ramadhan telah pun berlalu.

Amirul terasa sayu bila mengenangkan bahawa ramadhan telah pun berlalu. Terasa rindu untuk bertemu ramadhan akan datang lagi. Namun masa bukanlah manusia yang tentukan segalanya ketentuan Allah.

'Ya Allah, semoga aku dapat bertemu ramadhan akan datang dalam rahmat MU.' Doa Amirul dalam hatinya. Air matanya berlinang.

Nabil menghampiri Amirul yang sedang merenung kanak-kanak yang asyik bermain bunga api. Pelbagai ragam. Amirul tersenyum sendirian. Terubat rasa rindunya pada zaman kanak-kanaknya. Walaupun dia anak tunggal namun dia pernah merasai gembiranya menyambut hari raya.

"Pakcik Amir." Tegur Nabil. Amirul tersentak dari lamunannya.

"Ya Nabil. Ada apa?" Jawab Amirul dengan soalan. Nabil duduk di sebelah Amirul.

"Pakcik tahu tak Allah kat mana?" Soal Nabil. Amirul terpana mendengar soalan Nabil. Amirul senyum, lalu di usap kepala Nabil.

"Allah ada di semua tempat dalam dunia ni sayang." Jawab Amirul. Nabil memerhati kelilingnya. Amirul berkerut dahi. Hairan melihat gelagat Nabil.

"Nabil cari apa?" Soal Amirul pula. Nabil memerhati wajah Amirul.

"Tadi pakcik cakap Allah ada di mana-mana saja. Dan Allah paling rapat dengan orang yang ingin rapat dengan NYA." Jawab Nabil. Amirul tersenyum sendiri.

"Maksud pakcik tadi, Allah memang ada di mana-mana. DIA sentiasa ada dengan kita. DIA maha melihat segalanya." Terang Amirul. Nabil makin bingung.

"Nanti bila Nabil dah belajar tentang sifat wajib bagi Allah, barulah Nabil akan faham maksud pakcik tu." Amirul menghilangkan rasa kebingungan Nabil.

"Sekarang ni,Nabil belajar je ikut aturan fahaman Nabil ya." Sambung Amirul. Nabil tersenyum dan mengangguk.

Memanglah hidup ini selagi nyawa di kandung badan, jangan hanya mengejar dunia semata. Hidup yang tersisa jangan pula di sia-siakan. Amirul penuhkan dadanya dengan ilmu ketuhanan. Dia sering mendekatkan diri dengan Allah.

Anak yatim menjadi teman agar dia sentiasa ingatkan Allah. Amirul bernasib baik kerana usianya masih panjang agar dia dapat mendekatkan diri dengan Allah. Dia juga mengajak kedua orang tuanya turut mengingati tentang akhirat.

Sepanjang 10 tahun Amirul menjalani hidup di pondok yang terletak di Mesir. Itu pun setelah kedua orang tuanya pergi buat selamanya. Dia menjadi penduduk sementara di sana. Setiap hari dia dapat menghadap Ka'abah. Betapa beruntungnya Amirul kerana dia telah di beri banyak peluang agar dia dapat mencari jalan pulang. Ramai ahli agama yang telah di temui. Sambil belajar dia juga mengajar anak-anak yatim yang tidak bernasib baik untuk belajar.

Mencari jalan pulang bukanlah sesuatu yang sukar, hanya diri sendiri yang menyukarkannya. Berjuanglah demi Allah, kerana pulang kita nanti mengharap redha dari NYA.

*****TAMAT*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience