Bab 8

Other Completed 10419

"Hello, Mirul ada?" Kedengaran suara perempuan di talian. Makcik Halimah pun bertanya.

"Siapa ni ya?"

"Eh! Kau pekak ke?! Aku nak cakap dengan Mirul! Bukan dengan engkau!" Tengking suara di talian. Makcik Halimah terperanjat. Lalu memanggil Amirul.

"Assalammualaikum... siapa ni?" Soal Amirul.

"Wei Mirul! Kau da kenapa? Mabuk ke kau?" Soal perempuan itu sambil ketawa berdekah-dekah. Kedengaran dia bersuara pada rakan yang ada bersama dengannya. 'Wei, Mirul da mampos la. Ni aku rasa bukan Mirul ni.'

"Karmila! Kau jaga sikit mulut kau tu!" Amirul bersuara. Makcik Halimah sedikit kaget mendengar suara Amirul yang seperti marahkan seseorang.

'Wei, Mirul marah wei.' Ejek suara perempuan itu. Amirul hilang sabar, ganggang di letakkan.

"Mak Mah, kalau telefon tu bunyi, dan suara perempuan tadi juga, jangan di jawab ya. Letak je telefon tu." Arah Amirul. Makcik Halimah mengangguk tanda menurut perintah. Telefon berdering sekali lagi. Bila terdengar suara perempuan tadi, makcik Halimah terus meletakkan ganggang. Dan makcik Halimah meneruskan kerjanya.

Hari ini, Amirul terima sepucuk sampul biru yang besar. Tetapi, penghantarannya tidak pula di sahkan. Dari mana pulak surat ni? Soal hatinya. Amirul pun masuk dengan sampul yang masih kejap di pelukkannya.

"Apa tu Mirul?" Soal Dato' Azrul.

"Entahlah papa. Mirul keluar tadi, lepas tu Mirul nampak sampul ni kat atas meja luar tu. Sapa yang hantar pun Mirul tak tahu pa." Terang Amirul.

"Kalau posmen hantar barang dah tentu dia nak tandatangan kan." Sapa Datin Amira. Amirul angguk.

"Apa isi kandungan sampul tu Mirul? Cuba Mirul bukak." Sampuk makcik Halimah pula.

Dato' Azrul dan Datin Amira setuju dengan cadangan makcik Halimah itu. Amirul pun ke meja makan dan di letakkan sampul biru itu. Dengan berhati-hati Amirul membuka sampul biru.

Alangkah terkejutnya mereka berempat melihat isi kandungan sampul biru itu. Sehelai sejadah, seutas tasbih berwarna hijau muda, sejumlah wang dan sepucuk surat. Amirul pun membaca surat itu.

Tiba-tiba matanya berkaca-kaca, lalu menitislah air matanya. Makcik Halimah, Dato' Azrul dan Datin Amira terpana melihat reaksi Amirul. Datin Amira mendekati Amirul.

"Mirul, kenapa Mirul menangis ni?" Soal Datin Amira. Amirul belum dapat menjawab soalan mamanya.

Dia mendapatkan sejadah dan tasbih yang ada di depan matanya. Lalu di peluk erat. Air matanya sahaja yang berbicara. Datin Amira cuba menenangkan anaknya yang dalam kesedihan itu.

Hatinya jua terpaut melihat tangisan anaknya. Matanya mula berkaca jernih. Cuba juga untuk di tahan. Namun hati ibu begitu rapuh dan mudah tersentuh. Air matanya turun jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience