Bab 9

Other Completed 10419

Malam itu seusai makan malam, Amirul duduk bersama papa dan mamanya. Makcik Halimah pula sedang mengemas meja makan.

"Papa, Mama, Mirul nak minta maaf sebab selama ni Mirul selalu tipu papa dan mama. Mirul liar bila papa dan mama tak de kat rumah. Mak Mah selalu kena marah dengan Mirul. Mirul selalu bergaul dengan kawan-kawan Mirul yang tak tentu arah. Setiap malam Mirul balik lewat." Amirul membuat pengakuan.

Dato' Azrul dan Datin Amira kaget. Makcik Halimah hairan, kenapa Amirul mengaku semua kelakuannya selama ini pada papa dan mamanya. Namun Dato' dan Datin tidak dapat lagi memarahi Amirul. Segalanya sudah berlalu. Tiada apa yang dapat di lakukan.

"Sampul yang Mirul dapat pagi tadi dari seorang pakcik yang Mirul jumpa di masjid tempoh hari." Sambung Amirul bila melihat papa dan mamanya tidak bersuara. Lalu Amirul megeluarkan sejumlah wang rm50000. Datin Amira dan Dato' Azrul kehairanan.

"Ini duit apa ni Mirul?" Soal papanya. Amirul tersenyum mendengar soalan papanya. Mereka saling berpandangan satu sama lain.

"Duit ni amanah dari pakcik Amir yang Mirul jumpa hari tu. Dia minta Mirul sedekahkan di rumah anak yatim." Jawab Amirul tenang. Dato' Azrul dan Datin Amira angguk tanda faham.

"Tapi, kenapa dia pilih Mirul yang serahkan duit tu?" Soal Datin Amira pula. Amirul senyum kelat. Dia pun hairan, kenapa dia di pilih untuk menyerahkan duit itu ke rumah anak yatim. Amirul hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

"Surat yang Mirul dapat tu pulak?" Soal Dato' Azrul lagi. Amirul tunduk.

"Surat tu dari pakcik Amir. Wasiatnya selepas dia meninggal." Jawab Amirul hiba.

"Pakcik Amir tu da meninggal ke?" Soal Dato' Azrul lagi. Amirul angguk.

"Macamana kamu tahu pakcik Amir tu da meninggal Mirul?" Sambung Dato'Azrul.

"Siapa tahu yang dia masih hidup dan saja nak permainkan kamu." Terang Dato' Azrul membuat andaian.

"Tadi lepas solat maghrib Mirul dapat panggilan dari hospital yang mengesahkan kematian pakcik Amir papa." Jawab Amirul dengan nada yang pilu. Papa dan mamanya mengangguk.

"Pa, Ma, esok Mirul nak cari rumah anak yatim tu ya. Mirul tak nak pegang duit ni lama-lama pa, ma." Rayu Amirul minta restu. Mereka mengangguk tanda setuju.

"Papa izinkan Mirul. Papa harap apa yang kamu uat ni nanti akan membuahkan hasil yang memuaskan hati kamu."

"Hati-hati ya sayang." Lembut suara Datin Amira. Tanda kasihnya dia pada anaknya yang satu itu. Amirul pun mula berfikir untuk arah tuju yang akan dia pergi esok pagi.

"Terima kasih mama, papa. Doakan Mirul selamat pergi dan pulang ya." Pinta Amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience