Amirul seorang remaja yang terbiar walaupun dilimpahi dengan wang ringgit oleh ibu bapanya. Amirul hanya tahu melepak dengan rakan-rakan yang lebih dewasa darinya. Walaupun Amirul baru sahaja berusia 17 tahun, namun segala jenis arak dan rokok pernah di cubanya untuk bersuka ria.
Ibubapanya hanya sibuk dengan urusan dunia perniagaan mereka tanpa mengambil kisah tentang Amirul. Segalanya di serahkan pada makcik Halimah pembantu rumahnya. Hanya makcik Halimah sahaja tahu bagaimana perangai Amirul yang kekurangan kasih sayang kedua orang tuanya.
Amirul pula sering menengking makcik Halimah bila dia menegur perangai Amirul. Dan kebelakangan ini, Amirul jarang pulang kerumah. Makcik Halimah lah satu-satunya insan yang risaukan keadaan Amirul bila dia tidak pulang selama beberapa hari. Makcik Halimah pernah beri tahu pada Datin dan Dato' tentang ketiadaan Amirul, tetapi jawapan yang di terima amat menghampakan makcik Halimah.
Makcik Halimah sering mendoakan Amirul agar tidak ada kejadian buruk berlaku pada Amirul. Setiap kali lepas solat makcik Halimah tidak pernah tinggal doanya buat Amirul dan keluarganya. Makcik Halimah seorang yang lemah lembut, dia tidak pernah membantah. Setiap tugasan yang di beri, pasti makcik Halimah dapat selesaikan. Itulah yang membuatkan Datin Amira dan Dato' Azrul naik lemak.
Makcik Halimah sebatang kara. Tiada anak juga tiada saudara. Maka itulah Datin Amira mengambil makcik Halimah.
Malam itu makcik Halimah tiba-tiba terjaga dari tidurnya kerana mengalami mimpi buruk. Dia bermimpi yang Amirul terdampar di satu kawasan lapang dan tubuhnya berlumuran dengan darah. Cepat-cepat makcik Halimah beristighfar.
"Astaghfirullahal'azim...astaghfirullahal'azim...astaghfirullahal'azim.... Ya Allah jauhkanlah perkara buruk berlaku keatas anakku Amirul ya Allah." makcik Halimah segera berdoa sambil mengurut-urut dadanya yang berombak dengan nafas laju. Makcik Halimah bingkas dari katil dan menuju ke bilik air. Makcik Halimah mengambil wuduk dan terus menunaikan solat sunat.
Seusai solat dia berzikir. Tiba-tiba kedengaran telefon Dato' Azrul berbunyi. Jam di dinding menujukkan pukul 3 pagi. Mungkin Dato' Azrul belum lelap lagi. Dan kedengaran suara Dato' keras. Makcik Halimah terkejut mendengar suara Dato' Azrul yang tiba-tiba itu. Dia pun bingkas dari sejadahnya. Mendekati pintu biliknya.
Tiba-tiba pintunya di ketuk. Makcik Halimah segera membuka pintu biliknya, dan kelihatan Datin Amira dalam keadaan cemas.
"Kak mah, Amirul kemalangan. Saya dan Dato' nak ke hospital ni. Siap cepat." Arah Datin Amira. Makcik Halimah terpana mendengar kata-kata Datin. Dia pun segera bersiap. Sepanjang perjalanan makcik Halimah diam membisu. Hanya airmatanya yang memberitahu betapa dia amat risau dengan keadaan Amirul waktu itu. Dato' dan Datin juga tidak banyak bercakap.
"Macamana Mirul boleh excident honey?" Soal Datin Amira mematikan suasana bisu.
"Entahlah baby, I pun tak tahu." Jawab Dato' Azrul.
Makcik Halimah menggelengkan kepalanya mendengar perbualan Dato'dan Datin.
Setibanya di hospital, dengan berat hati makcik Halimah melangkahkan kaki menuju wad ICU yang menempatkan Amirul. Keadaan Amirul begitu meruntun hati tua makcik Halimah. Hampir kesemua tubuhnya di balut dan banyak pula wayar-wayar yang melingkari tubuh Amirul. Makcik Halimah hanya mampu menangis melihat keadaan Amirul. Kelihatan wajah sugul Dato' dan Datin setelah selesai bertemu dengan doktor yang merawat Amirul.
"Honey, kita dah banyak membiarkan Mirul bebas. Baby sedih tengok keadaan Mirul Honey." Kedengaran suara Datin Amira dan esakkan tangisannya. Dato' Azrul hanya mampu merenung Amirul yang sedang terbaring kaku di atas katil hospital.
Dalam hatinya, hanya tuhan saja yang tahu. Kelihatan ada titisan air jernih menuruni pipi Dato' Azrul. Mungkin menyesal kerana membiarkan anaknya di limpahi dengan kemewahan. Hanya Amirul satu-satunya anak tunggal Dato' Azrul dan Datin Amira. Tetapi mereka hampir gagal mendidiknya. Mereka leka dengan dunia. Langsung tidak pedulikan anaknya.
Baru kini mereka sedar yang mereka masih sayangkan anaknya. Mereka bertiga bermalam di hospital malam itu. Amirul masih dalam keadaan koma. Entah bila Amirul akan sedar.
Makcik Halimah dan Datin Amira bergilir-gilir menjaga Amirul. Memastikan yang dia sentiasa bersih. Makcik Halimah pula setiap kali masuk waktu solat, pasti dia mengingatkan Amirul. Di ambilkan wuduk Amirul dengan cara untuk orang yang sakit.
Datin Amira dan Dato' Azrul kerap menjenguk anaknya. Serba sedikit ternampak perubahan pada Dato' dan Datin. Makcik Halimah tersenyum sendiri melihat perubahan yang positif akibat Amirul di timpa musibah. Makcik Halimah sabar menanti Amirul sedar dari komanya.
Share this novel
nice novel