Bab 6

Other Completed 10419

Pulang dari Kuala Terengganu, Amirul bersungguh-sungguh belajar solat, mengaji dan semua perkara yang wajib ke atas hambaNYA. Amirul makin dapat merasai ketenangan dalam dirinya.

Mama dan Papanya sudah tidak memaksa Amirul lagi untuk menyambung pelajarannya. Setiap hari Amirul pasti akan mencium Papa dan Mamanya sebelum mereka bekerja dan selepas pulang dari kerja. Makcik Halimah pula tetap membataskan dirinya walaupun menganggap Amirul seperti anaknya sendiri.

Setiap kali lepas solat, Amirul akan belajar mengaji dengan makcik Halimah. Solatnya pula akan di pantau oleh dato' Azrul. Setiap kali ada kesempatan, mereka akan solat berjemaah. Amirul semakin hari semakin rindu akan sesuatu. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang di rindui itu.


Satu hari seusai solat Jumaat, Amirul berteleku di dalam masjid seolah-olah mendapat ketenangan dan rindunya semakin dalam rasanya. Kemudian dia di tegur seseorang.

"Assalammualaikum saudara." Sapanya sambil duduk di sebelah Amirul dan menhulurkan tangan tanda untuk bersalaman.

Amirul terjaga dari fana'nya.

"Waalaikumsalam." Jawab Amirul.

"Dah lama pakcik perhatikan saudara. Saudara ada masalah ke?" Soalnya. Amirul tersenyum.

"Amirul. Tak de pape. Cuma..." kata-kata Amirul terhenti di situ. Pakcik itu mengangguk.

"Cuma apa?" soal pakcik itu lagi.

Amirul geleng.

"Pakcik tengok kamu macam mencari dan merindui seseorang lagaknya." Secara spontan pakcik itu meneka.

Amirul hairan. Belum pun dia membuka bicara, pakcik yang belum pun dia kenal boleh tahu apa perasaan dia saat itu. Amirul tersenyum.

"Sebenarnya, pakcik pernah alami apa yang kamu alami." Sambung pakcik itu. Amirul jadi berminat pula dengan cerita pakcik itu.

"Pakcik pernah di belasah sekumpulan samseng yang ganas. Bukan kerana salah pakcik." Pakcik itu melanjutkan ceritanya. Amirul berkerut dahinya. 'Macam cerita aku pulak?' Bisik Amirul.

"Lepas tu, apa jadi pada pakcik?" Soal Amirul ingin tahu. Pakcik itu tersenyum. Lalu menceritakan kisah selanjutnya. Hingga membuat air mata Amirul menitis.

"Kini, pakcik rasa tenang setelah mengetahui yamg pakcik kenal siapa akan DIA." Hanya sampai di situ saja pakcik itu bercerita. Amirul menangis tunduk kerana cerita yang di ceritakan oleh pakcik bernama Amir itu memang berlaku pada dirinya.

"Pakcik....." Amirul bersuara lalu memandang ke sebelahnya. Pakcik Amir sudah tiada di sisinya. Amirul tercari-cari. Bukan lama dia mengsat air matanya. Hanya sesaat. Kemana perginya pakcik Amir? Soal hati Amirul.

Ayat terakhir dari pakcik Amir tadi, "Kamu kenallah DIA, DIA akan selalu ada." Amirul termanggu seorang diri. Dan Amirul pun bingkas dari duduknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience