Bab 10

Other Completed 10419

Amirul pun memulakan perjalanannya. Kereta miliknya yang sudah sekian lama dia tak pandu, kini berada di tangannya. Doa memulakan perhalanan pun di baca. Moga perjalanannya lancar tanpa halangan.

Makcik Halimah memberi beberapa bekalan untuk mengisi perutnya nanti. Sepanjang jalan Amirul membuka cd zikir. Hatinya menjadi tenang. Perjalanannya juga mudah.

Setelah bertanya dengan beberapa orang kampung yang terletak di utara itu, Amirul akhirnya menemui rumah anak yatim yang di cari. Lega rasanya setelah tiba di perkarangan rumah anak yatim itu. Amirul menemui pengasas rumah anak yatim tersebut.

"Assalammualaikum." Sapa satu suara dari belakang Amirul. Amirul segera menoleh.

"Waalaikumsalam." Jawabnya.

"Kenalkan saya, Nazaruddin. Ayahanda pada anak-anak di sini." Mereka bersalaman.

"Saya Amirul dari Kuala Lumpur." Sambut Amirul.

"Atas tujuan apa encik datang kemari ya?" Soal encik Nazaruddin.

"Saya di amanahkan oleh seseorang yang bernama Amir untuk menyerahkan wang ini buat menampung perbelanjaan anak-anak di rumah ini." Jawab Amirul.

"Encik pasti kenal dengan encik Amir kan? Katanya dia kenal rapat dengan encik." Sambung Amirul. Encik Nazaruddin hanya tersenyum. Dalam fikirannya jenuh mencari rakannya yang bernama Amir.

"Dan saya akan tunaikan hasrat encik Amir tu." Sambungnya lagi.

"Kenapa encik Amir tak ikut sekali?" Soal encik Nazaruddin.

"Dia dah meninggal dunia cik." Sayu jawapan Amirul. Encik Nazaruddin sedikit terperanjat. Lalu melafazkan "Innalillahiwainnailaihiroji'un."

"Saya berharap encik Nazaruddin dapat terima duit yang di amanahkan pada saya ni." Pinta Amirul.

"Panggil saya Naza saja sudah memadai." Jawab encik Nazaruddin.

"Sebagai Ayahanda di sini, saya akan terima wang itu." Sambungnya.

"Marilah saya bawa encik Amirul melawat rumah anak-anak kesayangan kami ini." Pelawa encik Nazaruddin. Amirul setuju. Hatinya makin tenang melihat wajah-wajah suci dan polos di rumah itu. Matanya terpana melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring lesu di atas katil.

"Encik Naza, kenapa dengan budak itu?" Soalnya. Encik Nazaruddin tersenyum.

"Oh, anak itu sedang sakit. Sudah 3 hari dia tidak mahu makan @ minum." Jawabnya. Amirul mengangguk. Lalu mendekati anak yang sakit itu.

Amirul cuba untuk bermesra dengan anak-anak yatim yang ada di situ. Hatinya semakin lembut. Hatinya tertarik dengan tingkah anak-anak itu. Anak-anak yatim itu pula mudah mesra melayan Amirul.

Sebelum sampai tadi, Amirul banyak berbelanja untuk anak-anak yatim di situ. Hatinya semakin luluh bila seorang demi seorang bercerita tentang hidup mereka. Malam itu, Amirul bermalam di rumah anak yatim itu. Dan pertama kalinya dia mengikuti solat berjemaah, mendengar ceramah dan makan berjemaah.

Tiba-tiba datang seorang budak ke arah Amirul.

"Pakcik, saya nak makan." Pintanya. Semua mata tertumpu pada suara itu. Ya, itu suara Nabil yang terlantar tadi.

"Alhamdulillah." Mereka seraya berkumpul ke arah Nabil.

"Nabil nak duduk dengan pakcik tu." Pintanya. Lalu di pimpin Nabil kepada Amirul. Malam itu terasa kebahgiaan yang tak pernah dia rasakan. Makan malam itu menjadi sejarah istimewa buat anak-anak yang ada di rumah tersebut.

Seusai makan mereka beramah mesra. Nabil juga semakin bertenaga. Di sepertiga malam mereka mengerjakan qiamulail. Amirul cuba turut serta. Semuanya pengalaman indah dalam hidup Amirul.

Dan dia bertekad untuk istiqomah dalam melakukan pengalaman baru itu. Dia yakin dia boleh lakukan. Anak-anak yang kecil lagi boleh lakukan, masakan dia tidak boleh. Pasti malu andai dia tidak melakukan perkara yang wajib dan sunat itu. Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada. Esok pagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience