Bab 12

Other Completed 10419

Di tepi pantai Amirul termenung seorang diri. Melihat kebesaran Allah. Merenung dosa silam.

Air mata mengalir perlahan. Hati makin sebak. Terasa hatinya ingin terbang bertemu Allah agar dapat memohon ampun padaNYA. Amirul pun berlalu ke surau yang berhampiran. Wudhuk di ambil, lalu melangkah masuk ke dalam surau dengan rasa rindunya.

Terasa damai hatinya bila mengadu pada Allah. Memohon ampun atas dosanya yang lampau. Terlalu banyak dosa telah di lakukan. Terasa dirinya terlalu kerdil. Teramat hina. Air mata mengalir lagi.

Dan tiba-tiba Amirul rebah ketika kaki melangkah untuk keluar dari surau itu. Matanya berpinau lalu gelap dunia di rasakan. Orang ramai yang melihat Amirul rebah, segera membantu. Di bawa Amirul ke hospital yang berhampiran. Amirul pengsan. Salah seorang dari mereka yang membantu menemui telefon bimbitnya. Lalu keluarganya di hubungi.

Sudah 3 hari Amirul tidak sedarkan diri. Dato' Azrul dan Datin Amira begitu gusar sekali. Lebih merisaukan mereka, Amirul menghidapi penyakit barah otak. Datin Amira menangis selama 3 hari.

Dengan berat mata, Amirul cuba untuk sedarkan dirinya. Hasilnya dia berjaya membuka matanya. Kebetulan doktor berada di dalam bilik Amirul. Dengan segera Amirul di periksa agar tiada kemudaratan yang berlaku. Kerana Amirul pernah koma. Amirul tersenyum memandang mama dan papanya.

"Alhamdulillah, nampaknya encik Amirul dah melepasi saat kritikalnya." Beritahu doktor pada Dato' Azrul dan Datin Amira. Mereka mengangguk. 2 hari kemudian Amirul di benarkan untuk pulang.

Semenjak di katakan Amirul menghidap barah otak, dia sering ke rumah anak yatim ang pernah di kunjungi. Dan dia jadi semakin rapat dengan anak-anak yatim di situ. Nabil menjadi anak angkat Amirul.

Terkadang dia akam membawa Nabil pulang kerumahnya bertemu Dato' Azrul dan Datin Amira. Mereka juga sudah tidak terlalu mengejar dunia. Sedikit sebanyak, Amirul telah menyedarkan kedua ibubapanya tentang pentingnya menjaga hubungan dengan Allah walaupun dalam kesibukkan duniawi.

Terdetik lah dalam hati Amirul setelah dia sering kerumah anak yatim dan rapat dengan penghuni di situ. Wujudkah pakcik Amir tu? Jangan-jangan akulah pakcik Amir tu. Bisik hatinya. Kalau tak macamana pulak Nabil panggil aku Amir? Hatinya tertanya-tanya. Boleh jadi itu hanya kebetulan saja.

Amirul mematikan persoalan hatinya setelah kepalanya terasa berat dan sakit. Barah otak tahap akhir bukanlah mudah untuk meneruskan hidup. Amirul bersyukur di beri peluang untuk menebus kesalahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience