Bab 11

Other Completed 10419

Pagi itu suasana terasa sayu. Sedih rasanya untuk meninggalkan rumah yang dapat merubah hatinya menjadi tenang dan damai. Seusai mengemas barangan keperluaannya, dia pun bertemu dengan encik Nazaruddin. Suasana kanak-kanak di rumah anak yatim itu amat meriah, sekalipun mereka tidak beribu dan bapa.

"Encik Naza, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menumpangkan saya bermalam disini." Amirul memulakan bicara. Memghulur salam pada encik Nazaruddin. Encik Nazaruddin menyambut salam Amirul.

"Perkara biasa je tu encik Amirul."jawab en. Nazaruddin. Amirul tersenyum.

"Tapi saya ada soalan nak tanya dengan en. Amirul dari semalam lagi." Sambung en. Nazaruddin. Amirul sedia mendengar persoalan yang bermain dalam fikiran en. Nazaruddin.

"Apa dia encik Naza?" Soal Amirul.

"Kalau encik Amirul tak keberatan, boleh saya tahu siapa encik Amir tu ya?" Soal encik Nazaruddin. Amirul menggaru kepala yang tidak gatal. Aik, tak kan encik Naza ni tak kenal ngan pakcik Amir tu kot? Bisik hati Amirul.

"Saya pun kurang pasti encik Naza. Sebab saya hanya pernah bertemu dengannya sekali sahaja." Jawab Amirul.

"Tapi dia kata dia memang rapat dengan encik Naza dan anak-anak di sini." Sambung Amirul.

Encik Nazaruddin mengangguk. Dia terus sahaja menutup cerita tentang 'Amir' yang tidak dia kenali itu. Sedang Amirul dan encik Nazaruddin berbual, datang sekumpulan kanak-kanak mendekati mereka.

"Pakcik Amir dah nak balik ke?" Nabil menegur. Amirul sedikit terperanjat mendengar panggilan nama 'Amir' itu di tuju padanya. Encik Nazaruddin juga terpana.

"Ya Nabil, pakcik dah nak balik. Kenapa ya?" Jawab Amirul.

"Pakcik Amir jangan lupakan kami semua ya. Selalulah pakcik jenguk kami ya." Pinta Nabil dengan petah. Amirul angguk. Matanya bergenang dengan air jernih. Menanti titisan menitik.

"InsyaAllah, pakcik akan selalu datang jumpa kamu semua nanti ya." Jawab Amirul dalam sebaknya. Encik Nazaruddin juga turut merasai suasana pilu itu.

"Pakcik Amir, Nabil sayang pakcik. Terima kasih sebab pakcik dah datang jenguk kami di sini." Ucap Nabil lagi. Amirul angguk. Lalu Amirul pun pergi ke arah keretanya.

Anak-anak kecil yang suci itu turut mengiringi Amirul. Hati Amirul makin sebak. Melangkah kaki kedalam kereta. Mereka melambai-lambaikan tangan pada Amirul tanda selamat jalan. Amirul membalas lambaian mereka.

Kereta pun meluncur perlahan meninggalkan anak-anak kecil yang mengejar kereta Amirul. Sesampai di pagar, mereka berhenti mengejar. Tahu batasan mereka. Amirul pun meninggalkan rumah anak yatim itu dengan perasaan yang terlalu erat rasanya. Terasa rumah itu amat mendamaikan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience