Bab 13

Other Completed 10419

Hari ini Amirul akan ke rumah anak yatim lagi. Kali ini, dia mengajak mama dan papanya. Mereka turut merasa teruja. Pagi lagi mereka bersiap untuk ke kuantan.

Mama Amirul sekarang sudah tidak biarkan rambutnya berkibar-kibar. Kini Datin Amira memakai tudung. Cantik. Ayu. Sopan. Suaminya juga suka dengan penampilan baru isterinya itu. Nak masuk syurga, biarlah ajak satu kerabat sekali. Itulah kata-kata Dato' Azrul tempoh hari.

Persiapan untuk hadiah anak-anak yatim sudah pun di bawa. Segala kelengkapan untuk rumah anak yatim juga Dato' Azrul sedia menghulurkan. Makcik Halimah pula sudah sebulan berhenti kerja di rumah Amirul kerana sakit tuanya.

Dalam perjalanan ke kuantan, Amirul singgah di rumah makcik Halimah. Di hulurkan beberapa helai nota duit rm50. Setelah melepaskan rindunya pada makcik Halimah, dia pun meneruskan perjalanan.

Tiba di rumah anak-anak yatim itu, Amirul di sambut mesra oleh anak-anak yang mengenalinya. Mereka memekik gembira.

"Pakcik Amir. Pakcik Amir. Kawan-kawan, pakcik Amir datang!!!" Kedengaran suara memanggil rakan yang lain. Amirul kenal suara itu. Ya. Itu suara Nabil. Dia tersenyum. Apabila Amirul keluar dari kereta, mereka menerpa ke arah Amirul untuk bersalam.

"Anak-anak, pakcik Amir tu kan baru sampai. Janganlah serbu pakcik macam tu. Pakcik mesti penat." Sapa encik Nazaruddin. Kanak-kanak yang tadi sedang gembira menyambut Amirul dengan kekecohan. Kini keadaan reda.

"Tak pe abang Naza. Merekalah penghibur saya." Jawab Amirul. Encik Nazaruddin tersenyum. Kemudian keluar pula Dato' Azrul dan Datin Amira.

"Eh, tok pa ngan tok ma pun ada?" Sapa Nabil sambil mendekati mereka. Bersalaman.

"Kawan-kawan, ini lah tok pa ngan tok ma yang saya ceritakan tu." Nabil berceloteh. Keletah sungguh anak kecil itu.

"Apa lagi, pergi salam dengan tetamu kita tu semua ya." Arah encik Nazaruddin.

"Oh ya bang, itulah mama dan papa saya. Dato' Azrul dan Datin Amira. Saya harap abang tak keberatan terima kunjungan mama papa saya ya." Amirul perkenalkan mama dan papanya. Sementara itu, Dato' Azrul dan Datin Amira melayan karenah anak-anak kecil itu. Tengahari itu mereka di jamu makan berjemaah oleh encik Nazaruddin.

"Tak mengapa Mirul. Lebih ramai lebih meriah." Jawab encik Nazaruddin.

Usai solat zohor berjemaah, mereka di pelawa makan tengahari. Setelah itu mereka beramah mesra bersama kanak-kanak di situ dan memberi sumbangan hadiah buat mereka. Alangkah gembiranya mereka dapat barang yang di berikan oleh Dato' Azrul dan Datin Amira. Selesai memberi, mereka pun berangkat pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience